Quantcast
Channel: monsterz
Viewing all 79 articles
Browse latest View live

Braces #4 : setahun bergigi besi

$
0
0

first sekali yang korang pandang bila bercakap dengan orang adalah gigi kan ? eh jangan tipu la sebab aku pon macam tu jugak hihi. korang jangan lupagosok gigi sebelum nak cakap dengan orang tau wkakakaka. alhamdulillah dah lebih kurang 1 tahun 3 bulan aku pakai braces. alhamdulillah sekali lagi dengan izin Allah gigi aku dah beransur-ansur menjadi sebaris and aku dapat bagi senyuman paling manis dekat masyarakat haha.



level confident pon dah tinggi sikit untuk senyum alhamdulillah. bukan sebab nak bangga or cantik tapi memang hakikat sebelum bergigi besi aku mempunyai level confident yang agak rendah, nak senyum-senyum pon tutup mulut. kalau boleh memang tak nak bukak la gigi besi ni biar je kat situ  diam-diam sampai tua boleh tak ?

sebenarnya kita sendiri pon tak sedar bila masanya gigi ni bergerak and macam mana dia bekerja. sedar tak sedar gigi tu dah elok dah sebaris. tapi kalau kau nak tunggu je depan cermin pastu tengok gigi memang berjanggut la nak tunggu labu. alhamdulillah aku takde masalah untuk makan lagi, makan ikot sedap mulut je tapi makanan yang agak keras sikit tu aku elakkan makan sebab nak jaga gigi kan.



rupanya ada la beberapa orang bertanya dekat aku pasal braces ni dekat dalam page aku and facebook aku sendiri tapi aku boleh pulak tak perasan sebab mesej dia masuk dalam inbox tapi bahagian 'other' . dah lama baru perasan, so ini haa aku bagi tengok perkembangan gigi aku dari masa ke semasa.






7 Disember 2012




10 April 2013
time ni gigi agak kritikal sikit and agak susah nak makan, cakap sebab gigi belakang tu dia dah jatuh
kebawah and gigi bawah tu jadi renggang sebab kena tarik. sakit sakit sakit 





31 Julai 2013

time ni pakai braces yang straight tu sebab doktor nak bagi kedudukan yang betul.
lepastu pakai braces yang biasa balik.





dulu

                                   
sekarang



apa-apa pon Alhamdulillah dan syukur sangat sebab ini semua kerja Allah.
mesti gigi korang lagi cantik kan, original lagi, hahaha ok bai.



Baucer buku 1 Malaysia ( BB1M ) 2014

$
0
0

selepas pemberian brim berperingkat kepada rakyat Malaysia, sekarang tiba masa untuk pemberian baucer buku 1 Malaysia ( BB1M ) bagi pelajar macam aku ni. hari ni bertarikh 2 MAC 2014 pemberian baucer buku di Dewan Putra 1 Kolej 13 Universiti Putra Malaysia ( UPM ). Alhamdullillah dapat RM250, tapi aku pon tak tau nak beli apa dengan baucer ni sebabnya buku-buku pelajaran semua dah beli dan juga aku bukanlah penggemar novel dan tidak membaca novel sama sekali. hahaha

lecturer aku ada la bertanyakan kepada kami semua, dia tanya adakah masih relevan pemberian baucer buku ni kepada student ? dan kami semua cakap tak relevan dokterrr. haa sebabnya student juga perlukan sumber kewangan untuk kehidupan seharian mereka. tambah-tambah lagi setakat duit pinjaman tu memang tak cukup la kadang-kadang untuk satu semester. cuba korang bayangkan, bukannya semua kedai boleh terima baucer buku ni dan baucer buku ini sendiri ada tarikh luputnya. so untuk mengelakkan baucer buku tidak dapat digunakan so kami akan end up dengan membeli benda bukan-bukan dekat kedai Popular atau MPH book stores tu semata-mata untuk cukupkan jumlah baucer. 

tu la aku rasa better brim pon diberi kepada student dan bukanlah kepada bukan pelajar sahaja. ingatlah wahai manusia, pelajar pon ada juga nak beli benda lain selain daripada buku. harga bagi satu buah buku pon kadang-kadang cecah sampai RM80-RM90. agak-agak cukup tak kalau nak beli buku banyak-banyak dengan baucer buku RM250 ? so macam kami yang pelajar ni lebih gemar dan memilih untuk membeli buku yang dah di fotokopi je dalam erti kata lain buku fotostat je sudahnya sebab murah dan berbaloi-baloi.

akhir kata, tak sabar nak tunggu pc fair sebab dapat habiskan baucer dekat situ hahahahaha. eh aku pon tak cek senarai kedai buku yang boleh digunakan dengan baucer buku 1 Malaysia (BB1M). Agak-agak bertambah tak kedai yang layak tu dari yang sebelum ni. ok selamat menjamu mata dengan 5 keping baucer daripadaku. 

* tangkap gambar atas laptop baru tiba-tiba terfeeling sikit mihmihmih . nanti nak buat review pasal laptop kita yang baru la tapi tak tau bila. model ASUS 450CC 4th generation 750GB HDD 



Cheeky tots ipoh

$
0
0

Selalu tak kalau keluar bawak anak-anak kecil mulalah dorang ni meragam nak itu la ini lah kan sampai satu tahap kita pon jadi marah dan orang lain pon tengok kita dengan anak kita rasa pelik je. Aku tau pon semua benda ni bukan sebab aku dah ada anak tapi aku dah ada dua anak saudara yang macam tu jugak la perangainya. So apa yang perlu kita buat adalah bawak dorang ni ke tempat permainan yang boleh tenang dan gembirakan hati dorang mesti lepastu tak meragam kan ? siapa tak sayang anak kan, so ambil sedikit masa untuk diluangkan bersama mereka.


 Kalau dekat ipoh ni ada permainan cheeky tots yang berhadapan dengan Jusco Kinta City ipoh dan dalam kawasan the garden. Kalau tak tahu jugak cheeky tot ni dekat tingkat dua atau tiga tak pasti tapi berdekatan dengan tutti frutti / ayam penyet AP atau apa-pa jela yang ada dekat situ. Kalau aku bawak je anak saudara aku datang sini, dia dah siap yeay yeayy lagi tau over sangat sebab dia dah ingat yang kalau lalu situ mesti akan pergi cheeky tots.
 Cheeky tots ni menyediakan pelbagai mainan untuk kanak-kanak dan dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Kalau nak datang sini jangan lupa bawa stokin tau kalau tak nanti kita akan di charge RM1.50 untuk sepasang stokin. Mengenai bayaran dia boleh refer table dekat bawah ni;


Kalau masuk je dekat entrance Cheeky Tots ni yang belah kiri bersebelahan dengan kaunter akan ada bilik bacaan yang comel ni



Kawasan permainan untuk kanak-kanak dewasa



Air based gesture game ( Xbox)


Kawasan permainan untuk baby 



Kadang-kadang aku join Khalif Umar main and kadang-kadang tu kalau lapar bolehlah pergi kafe Cheeky Tots ni. Makanan yang ada kebanyakannya western la and memang sedap dan terbaik. Jangan risau dengan aktiviti anak anda sebab kafe ni berdepan je dengan tempat mainan so kita boleh perhati je daripada jauh.



Antara makanan yang ada dekat sini and aku berani jamin makanan dekat sini sedap sangat. Cuba la try makan, aku rasa kalau korang yang just datang untuk makan pon boleh juga.







Kalau tempat korang tiada tempat macam ni boleh la pergi ke AEON ke atau mana-mana tempat yang ada sediakan tempat permainan macam ni. Kalau dekat ipoh, AEON station 18 ada sediakan tapi kalau dekat kawasan elit macam Kuala Lumpur tu aku tahu la belambak tempat macam ni kan. Tapi amaran keras kepada ibu-ibu, mental dan fizikal anda kena kuat untuk bawa anak anda balik kalau dia mengamuk-ngamuk tak nak keluar dari situ hahahha. Tapi kalau anak anda baik je Alhamdulillah la.


Memanah di Stars Archery Times Square

$
0
0

Pasti rata-rata dekat sini korang tau yang memanah ni merupakan permainan sunnah dari Rasulullah S.A.W. aku jugak daripada dulu lagi teringat sangat nak memanah ni tapi tak berkesempatan sebab dekat mana je aku nak pergi padang yang ada tempat memanah ni.


 Aku pun baru dapat tau yang dekat times square ada sediakan game untuk memanah ni namanya Stars Archery. Rasannya dekat tingkat 4 kalau tak silap aku dan kalau keluar-keluar je lif akan terus Nampak tempat tu. Jangan risau tak mahal la sebab harga pon agak berpatutan dan korang boleh cuba main walaupun tiada skill langsung sebab aku pon tak pernah main hahaha.



Kita boleh pilih nak pakej yang mana satu dan jumlah arrows yang kita dapat bergantung pada pakej yang kita pilih. Masa ni aku pilih pakej untuk 2 orang dan kami dapat 30 arrows, so kongsi la 15 arrows seorang. Masa nak pegang benda tu pon aku dah lenguh tangan ni sebab berat dan bila dah letak arrows lagila kena tarik sampai ke hujung mata. Semuanya diajar oleh pekerja dekat situ.



Sarung tangan ni nanti dia pakaikan lepas kita bayar.



ok, I'm done. Pengalaman yang menarik.

Meatball IKEA Damansara

$
0
0

Selalu dengar je orang bercerita tentang meatball ikea ni dan tengok gambar-gambar dekat instagram sampai terliur dan mengidam. Sedap sangat ke meatball ikea ni ??? So hari tu aku berkesempatan la nak pergi ikea sebab dah teringin sangat nak rasa makanan dekat situ. Dalam perjalanan nak Ikea damansara ni pon dah sesat walaupun dah guna GPS tapi yela nabil cakap GPS ni guna pon sesat ye tak ?? hahaha whatever…dalam 30 minit jugak kot baru jumpa jalan nak ke IKEA. 



Lepas dah jumpa parking terus tak sabar nak masuk cari makanan, tapi bila masuk impess kejap dengan design dekat ikea yang super awesome dan masa pergi tu hari ahad so orang semua berpusu-pusu dekat food court. Walaupun kena beratur panjang tapi dapat jugak beli and makan dekat situ. 

First kita cari troli dulu then beratur beli makanan.

Then...




Meatball 15 ketul                    : RM14.00
Chicken Chop with fries         : RM 9.90
Tarta Mandel Almond cake  : RM5.00

Aku order meatball yang 15 ketul tu dan Almond cake. Meatball tu sedap juga tapi aku tak makan habis la sebab bila makan banyak macam muak pulak so yang selebihnya aku bagi dekat dia suruh habiskan. Tapi dia order chicken chop tu sedap pulak sampaikan aku cilok makanan dia hahahha. Tapi kek tu serius sedap wei aku rasa macam nak pergi lagi nanti. Range harga dekat ikea ni tiada mahal sangat just affordable la kalau kita ambil sikit je, kalau ambil banyak tu banyak la harganya hihihi. Aku tak tahu pulak yang kek tu boleh beli satu kotak, so lepas ni nak beli yang daim tu satu kotak. Dengar kata RM25 je, boleh la bagi untuk birthday someone.

Almond tarta with DAIM, IKEA

Tadi rasa macam sikit je apa aku beli tapi bila dah makan rasa kenyang gila lepastu kena cepat-cepat bangun bagi peluang orang duduk sebab dalam food court tu ramai sangat orang tengah tunggu. Nak rehatkan perut pon tak boleh tapi kena pergi dekat bilik pameran IKEA dan duduk santai atas kerusi empuk hihihi. Finally dah dapat makan meatball IKEA sebab ada orang sudi nak belanja kita. So jawapan aku meatball ikea ni sedap ke tak ? Jawapannya sedap tapi kalau bagi aku yang 15 ketul seorang tu dah tak larat nak makan so better ambil makanan yang ada meatball jugak tapi dalam jumlah sedikit tapi terpulang dengan selera masing-masing.


Merawat jerawat dengan The guardian InshaAllah Pimple Stop

$
0
0
Selalunya satu masalah yang buat orang perempuan jadi stress adalah jerawat. Ini memang terbukti sebab bila tiba je waktu exam dan assignment datang dengan belambaknya akan timbul la satu dua jerawat dekat muka kadang-kadang sampai lebih tau.

Aku dah banyak kali usaha nak merawat jerawat dekat muka aku ni sampai tertipu dengan macam-macam produk yang menjanjikan hasil-hasil yang palsu. Bengang jugak kadang-kadang bila kita berhabis duit nak beli satu produk tu tapi tak berkesan. Muka aku ni agak sensitive dengan bermacam jenis produk so sampai sekarang aku just pakai compact powder je kalau keluar and aku dah tak basuh muka dengan pencuci muka, just basuh dengan air je.

Sampaikan aku pergi jumpa doctor la pasal jerawat dekat muka aku ni lepastu dapat la ubat biji tahan untuk sebulan dan ubat sapu untuk parut jerawat. Tapi lepas sebulan tu kena pergi klinik balik tengok dah makin baik atau tak and seterusnya sampai aku dah naik bosan sebab lepas tak makan ubat tu jerawat akan tumbuh balik.


Adalah suatu hari ni aku baru add seorang hamba Allah yang kalau korang pernah tengok muka dorang dekat facebook mesti kenal iaitu pasangan bahagia Nisa Jailani dan Muhamad. Memula tu just tengok gambar-gambar sweet dorang and suka baca status-status nasihat suami kak Nisa tu. And then rupa-rupanya dorang ada buat bisnes jubbah dan niqab dengan produk jerawat sekali. Nama produk jerawat tu The guardian InshaAllah Pimple Stop by Masya Allah house. Ragu-ragu jugak nak beli tapi apa salahnya kalau kita mencuba kan ? So aku pon belilah produk tu pada harga promosi time tu satu set 2 botol dengan harga RM86.

Serba sedikit informasi mengenai produk The Guardian.


The Guardian ialah product yang menghapuskan kedegilan baktiria penyebab kulit dan jerawat yang mana merawat dari dalam tanpa mengunakan satu KRIM di WAJAH , ia amat berkesan untuk membantu menghilangkan jerawat , parut jerawat , kecacatan dan putih / bintik hitam. Produk ini membantu anda dari dalam keluar, jadi ia meningkatkan dan memberi manfaat kepada kulit anda dalam jangka masa panjang.




The Guardian adalah makanan tambahan semula jadi yang telah ditunjukkan dalam ujian klinikal untuk membantu mengurangkan bilangan dan keterukan jerawat , jerawat dan kecacatan.
The Guardian bertindak dalam dua cara . Pertama, ia menghalang pertumbuhan Propionibacterium , yang hadir pada kulit yang paling banyak untuk jerawat , dan dengan itu mengurangkan bilangan tempat baru terbentuk. Kedua, ciri-ciri anti radang yang bermakna bahawa saiz tempat dikurangkan dan menyembuhkan kecacatan lebih cepat menyebabkan kulit yang licin.
Penyelesaian kejayaan bagi kulit jerawat - proned
Jerawat yang jelas dan membaiki sel-sel kulit yang rosak dengan The Guardian . Ia adalah formula kejayaan yang diperolehi 100 % untuk menghapuskan bakteria , mengurangkan sebum dan keradangan dan pembaikan sel-sel kulit yang rosak disebabkan oleh jerawat.


Menyembuhkan dan Mengurangkan
Jerawat / Jerawat
bintik hitam
whiteheads
Kemerahan dari Keradangan
kecacatan
kulit berminyak
parut jerawat
bakteria
Kesan yang baik Lain-lain
Membaiki sel-sel Bantuan rosak oleh cacat cela
Menggalakkan kesihatan dalaman dan kecantikan luar

Jerawat jelas dalam 4 - 8 minggu

Product ni dah keluar 1 bulan dah tapi hanya berurusan secara slow sebab stock susah dapat , dah 2 3 orang yang beri feed back yg sudah pun ana jangka subhanallah.....
Sekarang barulah nak besarkan product ini sebab stock dah ada dan tersedia
NOTIS : Product ni di bungkus dengan botol yang di seal kemas , ia nasihat dari doktor bagi memelihara tablet yang berkualiti tinggi. Haruslah di tutup rapat setelah habis buka.
- Pregnant mummy is not allowed

CARA PENGAMBILAN.
Ia mudah dengan pengambilan masa yang sama dan 1 kali makan sahaja sehari ( contoh jika kamu mula makan Jam 9 malam , besok juga kena pada 9 malam ) pemilihan masa ialah mengikut keslesaan kamu untuk makan semula pada masa yang seterusnya yakni masa yang sama kamu ambil di permulaan waktu.
GOOD NEWS
- Boleh STOP makan product ni bila semua dah sembuh, save money tak payah dah amalkan sampai bila-bila.
- Product botol orange tu ada fact COLLAGEN nanti kita beri details.
HARGA untuk 2 jenis product ini.
The Guardian | Supplement
Price:
∞ 1 set 1 BLUE + 1 ORANGE | RM 90
Include pos.
*Supply for 1 month.
Note: 1 set (biru + oren)
Oren dia ada collagen inside..bertindak utk anti penuaan dn renewing kulit kita...dia juga utk hilang kesan parut.... biru dia akan bertindak utk killl all the Bactria dlm bdn kita yg selalu menyebabkan jerawat dan kotoran dalaman yg lain... jd problem sblm Ni x hilang jerawat dan sakit lain sbb dlm bdn ada bakteria, pencuci muka x dpt membantu hingga ke dlm..dgn set supplement Ni ia akan renew inside ,inshaallah outside become beauty
oren | 1 biji pagi & 1 biji mlm
biru | 1 biji mlm shj
BRANDNEW !!!
Masyaallah FACE SOAP (BRANDNEW) belum keluar pasaran tapi sudah di test pada testimoni , Alhamdulillah nanti kita upload apa mereka kata tentang sabun tu. menakjubkan !!!
Masyaallah face soap mampu bertahan hingga pengunaan 3 hingga ke 4 BULAN ! RM 50 siap pos UNTUK Berasingan dengan The Guardian , jika ambil dengan The Guardian + soap RM 140 SAHAJA . PROMOSIII INSHAALLAH..... 
Kelebihan Masyaallah soap.Memudarkan parut,jeragat,pencerahan pada kulit adalah yg utama sebab ia di cipta khas tinggi dengan Collagen,anti penuaan dan kulit tak nampak kusam.
LAST NOTE PENTING : Sebelum ambil , bismillah , kena yakin Allah lah tempat kami sembah dan tempat kami mohon pertolongan , dan selawat kat nabi 3 kali dan ambillah dengan penuh keyakinan tinggi pada Allah s.w.t .........





Selepas dah try selama tiga bulan, Alhamdulillah jerawat makin kurang dan aku pernah mintak nasihat dari suami Kak Nisa ni dia cakap kena pakai untuk 3 bulan baru boleh ok sikit jerawat tu dan aku pon belilah lagi dua set. Alhamdulillah dah 3 bulan pakai dan result setakat ok dengan bantuan The guardian dan dengan izin Allah yang menyembuhkan penyakit kita. Korang yang ada masalah jerawat tu boleh try produk ni mana la tau dengan cara ni jerawat boleh sembuh. In shaa Allah.



Biskut oat chocolate choco

$
0
0

Orang cakap kalau nak jantung sihat makan la oat kan ? sejak dua menjak ni la baru aku perasan yang orang ramai duk kecoh pasal oat. Setahu aku la dah lama orang produce produk oat ni. Sekarang ni jangan cakap la asal masuk je satu produk tu dalam facebook atau instagram dan orang mula share, semua dah jadi viral dan tiba-tiba popular. Aku pon tak tahu mana datang asalnya biskut oat ni dan aku pon tak ambil port sangat, just tengok news feed sekali lalu.

Sampai la aku balik rumah sempena cuti wesak ni, rupa-rupanya kakak aku dah beli biskut oat chocolate choco ni. Aku pon apa lagi nak jugak la rasa sedap sangat ke biskut ni?




Haaa nah kita belanja tengok hihihi


So far nora bagi 4 bintang la sebab biskut ni sedap jugak and rasa pon biasa-biasa je dan kalau makan banyak akan mengenyangkan. Alaa rasa dia macam korang makan oat tapi dikepalkan menjadi biskut haaaa macam tula lebih kurang. Tapi kalau nak try rasa jugak silakan, taste masing-masingkan. Mesti peniaga online tak terlepas nak menjual biskut oat chocolate choco ni sebab dah popular kan dan harga dia aku tak pasti la sebab aku rembat kakak aku punya biskut hahaha ! macam coklat pepero tu, dah jadi viral kesedapan dia dekat alam maya ni sampaikan ada orang nak jual online pasal tu je. Tapi kalau korang nak cari benda yang dah popular ni dekat kedai mesti susah sebab orang ramai dah beli dulu dari korang hahhaa


Cepat try sebelum biskut oat choco chocolate habis. Jangan ada pulak yang mempertikaikan biskut oat choco chocolate halal atau tidak sebab dekat plastik tu ada tanda halal. makanlah tanpa ragu-ragu.


Cadbury Dairy Milk Hazelnut and Roast Almond tidak halal kerana sah ada DNA babi

$
0
0

                             

Agak terkejut bila kita dapat berita yang jenama coklat terkenal Cadbury mengandungi DNA babi pada salah satu produknya iaitu Cadbury Dairy Milk Kacang Hazel dan Cadbury Dairy Milk Buah Badam. Mula-mula ingatkan just khabar angin palsu yang orang sebarkan untuk jatuhkan syarikat Cadbury ni tapi memandangkn pihak Cadbury sendiri dah mengaku maka hal ini tak dapat disangkal lagi. Berikut merupakan jawapan daripada pihak Cadbury tentang isu tidak halal ini :



We at Cadbury would like to respond to the report dispersed by Ministry of Health, Malaysia, earlier today. 



We were informed that Cadbury Dairy Milk Hazelnut (with batch number 200813M01H I2 that expires on Nov 13, 2014) and Cadbury Dairy Milk Roast Almond (with batch number 221013N01R I1 that expires on Jan 15, 2015) analyzed by Ministry of Health tested positive for traces of porcine DNA. We have taken immediate action by recalling the products from the above two batches.



No other Cadbury chocolates are affected by this test.

We are undertaking a full review of the supply chain to ensure all quality standards continue to be met. We would like to reassure our consumers that all Cadbury chocolates manufactured in Malaysia are halal-certified by JAKIM, which includes the locations and raw materials used in the production of these products. We employ stringent quality procedures to ensure that our products are of the highest standard of safety and quality. 

Thank you for your continued support of Cadbury.

Maksud pelekat nombor dan label pada buah

$
0
0




Korang perasan tak?
Kenapa setiap buah-buahan & sayur-sayuran dilekatkan pelekat seperti di dalam gambar.
Apa maksud nombor yang ada di pelekat itu?
Ni adalah perkara asas yang perlu korang tahu apabila membaca label :


1) Jika hanya ada 4 digit nombor pada PLU?

Buah tersebut ditanam secara konvensional @ tradisional, dengan penggunaan racun serangga. So.. please make sure, buah-buahan atau sayuran dicuci bersih sebelum dimakan. 4 digit terakhir kod PLU hanyalah penerangan mengenai jenis buah atau sayur. Sebagai contoh, semua jenis pisang akan dilabelkan dengan kod 4011.

2) Jika ada 5 digit nombor pada kod PLU dan nombor itu bermula dengan “8?

Produk itu adalah produk GMO, sudah diubah secara genetik (Genetically Modified Organisms). Sebagai contoh, pisang yang mempunyai kod 84011 adalah pisang GMO.

3) Jika ada 5 digit nombor pada kod PLU dan nombor bermula dengan “9?

Produk itu ditanam secara organik (tanpa racun serangga dan bukan GMO) jadi ia lebih selamat dimakan.. Sebagai contoh pisang organik, kodnya adalah 94011.


coklat crispy mengandungi E476 sah halal

$
0
0


lepas satu, satu kisah produk tak halal ni keluar dekat facebook. tapi yang pasal cadbury hazelnut and cadbury roast almond tu memang dah disahkan ada DNA babi so korang boleh buang semua coklat tu sekarang jugak tapi bagi yang dah termakan tak apa sebab kita tak tahu kan. 


lepastu hari ni tengok facebook ada orang share pasal coklat crispy kegemaran aku sejak kecil ni tak halal. ahhhh betul ke ni ? kebetulan coklat ni memang aku bawak pergi kolej and ada lagi stok dalam bilik dan didapati memang ada kod E tu iaitu E322 dan E476. Bila aku cek yang kod E476 tu memang diantara senarai kod yang mengandungi babi. Tapi bila baca dalam satu webbsite pasal produk halal ni dia cakap yang kod E476 tu tak semestinya menggunakan babi kerana sumber dia boleh terjadi dalam sumber lemak tumbuhan juga. But lastly aku terjumpa jugak pengeluar crispy ni dah sahkan yang produk crispy ni halal kerana menggunakan vegetable oil. ahhhhh lega aku membacanya. boleh makan tanpa ragu-ragu.




Floria 2014, Putrajaya

$
0
0
Buat kerja gila jap bila dah nak tinggal satu paper je lagi untuk final exam aku dengan kawan-kawan pergi bersuka ria dekat Floria, Presint 4 Putrajaya. Yelaa tinggal satu paper je lagi so apa salahnya nak rehatkan minda kejap kita pergi tengok keindahan bunga-bunga dan hiasan-hiasan cantik daripada hasil tangan manusia yang kreatif. Sebenarnya aku tak tahu pon yang Floria ni dah pernah ada tahun sebelum ni al maklum la aku pon baru je duduk dekat UPM tu so aku ingat ada tahun ni je. HAHAHA.

Aku tahu pon sebab ramai yang post gambar payung terapung tu dekat Instagram, rupa-rupanya dekat Floria. Itulah kuasa instagram yang dapat menarik minat orang untuk pergi, tak hairan lah sekarang ni blog dah ketinggalan sebab banyak dah buat review produk, makanan dan sebagainya dekat Instagram je. Ko tau kan Fynn Jamal ? yang nyanyi lagu Arjuna Beta tu…haa famous sangat dengan tagline kok ping borak produk.





Ok lah aku bukan nak buat review sangat pon tapi serius la yang dekat Floria ni ko akan jumpa dengan bunga-bunga yang sangat cantik beserta dengan hiasan-hiasan yang kreatif. Boleh kata ko akan teruja la bila tengok dan akan suruh mak apak or kawan-kawan ambil gambar HAHAHA. Ini termasuk la aku jugak !








Kalau boleh aku nak pergi lagi la kalau ada buat lagi tahun depan, mesti hiasan-hiasan dia lagi cantik daripada tahun ni. Ok moga ketemu lagi di lain hari. 

Berakhir semester 4 UPM

$
0
0

Sedar tak sedar aku dah pon tamat semester 4 dekat upm ni. Cepat je rasanya masa berlalu, sedar sedar dah nak masuk third year and budak-budak baru akan masuk bulan 9 nanti.
Tahniah la pada adik-adik yang dapat tawaran masuk ke UPM nanti ye, kalau rasa kenal nanti tegur-tegur la ecehh.  Secara keseluruhannya sem ni meman taf sangat dah rasa macam abang sado nak bina badan je sebabnya adalah sem ni aku ambil subjek CALCULUS! ko tau kan yang calculus ni amat la payah kalau ko lemah dalam math and kurang basic. Kalau ko pandai math memang la boleh master dalam bab calculus ni. Tapi apa kan daya aku ni memang lemah sangat dalam bab-bab math ni, aku rela menghafal daripada nak mengira semua benda tu tau. Lepas tu pulak sem ni ada project untuk subjek HCI ( Human Computer Interaction ) ermmm sofaaa aku dah cuba sedaya upaya untuk projek sem ni dan hasilnye pon tak la memberangsangkan pon. Tapi takpela aku redha, tunggu jela result keluar lepas raya nanti dannn yang paling aku risaukan adalah result CALCULUS  aku, boleh pengsan woo kalau aku gagal dalam calculus sebab time final tU pon aku tak boleh buat. KECEWA beb !

Ini adalah senarai subjek aku ambil untuk semester 4 as a Software engineering student :
·         SIM 3305              -   Verification and Validation
·         MTH 3100            -   Calculus
·         SKP 2204              -   Hubungan Etnik
·         SIM 3202              -   Human Computer Interaction
·         SSK3309               -   Operating System

·         KOM 3403           -   Pengucapan Awam

Mat Periuk Cafe, Ipoh

$
0
0
Aku memang dah lama teringin nak pergi kafe-kafe klasik dekat ipoh ni dan ini semua adalah pengaruh instagram. Baru-baru ni satu kafe baru bukak dekat area kawasan Kampung Tersusun Tasek, Bercham Ipoh yang diberi nama MAT PERIUK CAFÉ, kafe kepunyaan Chef Kamarul. Dengar nama pon dah klasik apatah lagi kedainya. Baru semalam aku berkesempatan nak pergi sebab ada orang nak belanja HAHA.






Macam biasa kalau pergi tempat-tempat macam ni menu yang aku pilih mestilah western sebab dekat rumah dah makan nasi, dekat sini kita cuba western la kan. Harga dekat sini pon harga standard la dalam RM20 ke bawah.

Grilled Lamb Chop

Milo ais


dessert pon ada jugak ! nampak sedappp


Family aku yang lain order bihun sup, spaggeti meatball and kueytiaw goreng dan tak sempat ambil gambar HAHA nampak tak tahap kelaparan deme semua ? Ok la makan dekat sini rasa pon boleh la sedap jugak. Aku suka dengan design kedai, cantik ! Jom cuba makan dekat sini, bagi orang-orang ipoh yang nak datang tu, alaa area kawasan kampung tersusun tasek tu je. Kedai mat periuk cafe ni bersebelahan dengan kedai runcit. Ok la jumpa dikemudian hari ok, yummm sedapnyee tengok gambar-gambar makanan !

Waktu sahur ketika berpuasa

$
0
0


Ada orang yang bersahur terlalu awal sedang waktu subuh masih beberapa jam lagi. Ini tidak menepati amalan Nabi s.a.w. Baginda Nabi s.a.w melewatkan bersahur sehingga tinggal baki beberapa minit sebelum masuk waktu subuh. Kata Zaid bin Thabit:
“Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)”. Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama antara sahur azandan sahur tersebut?”. Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Waktu sahur pula berterusan sehingga masuk waktu Subuh. Selagi tidak masuk waktu Subuh seseorang masih boleh bersahur. Masuknya Subuh adalah waktu imsak (bermula puasa) yang sebenar, bukan beberapa minit sebelum itu. Ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda. Kata isteri baginda ‘Aishah r.aha:
“Sesungguh Bilal azan pada waktu malam (azan pertama Subuh, sebelum masuk waktu). Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis Muslim pula, baginda bersabda:
“Jangan kamu tersilap disebabkan azan Bilal, ataupun warna putih sehinggalah kelihatan waktu fajar (sebenar)”.

Hal ini selaras dengan kenyataan al-Quran: (maksudnya):
“Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam” (Surah al-Baqarah: 187).

Sumber : Facebook Dr.MAZA ( Dr. Mohd Asri Zainul Abidin)

Mandi kerana letih puasa

$
0
0


Antaranya, anggapan bahawa mandi ataupun basuh kepala apabila terlalu keletihan mengurangkan pahala puasa. Ada pula yang bertegas semasa puasa mandi selepas asar makruh. Ini tidak disokong oleh riwayat yang menunjukkan Nabi s.a.w mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika berpuasa kerana terlalu panas ataupun dahaga. 
Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:
“Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”



Sumber : Facebook Dr.MAZA ( Dr. Mohd Asri Zainul Abidin)

Korek telinga batal puasa ?

$
0
0


Antara anggapan lain ialah menyatakan semasa puasa tidak boleh memasukkan apa-apa benda ke dalam mata, telinga dan mulut, sekalipun bukan makanan dan minuman. Ini menyebabkan mereka yang gatal telinga ataupun hidung menderita sepanjang hari berpuasa. Ia berlawanan dengan sifat Islam yang mudah. Ada yang melarang bercelak kerana bimbang masuk ke dalam rongga. Pegangan ini asalkan berasas riwayat kenyataan Ibn ‘Abbas:
“Membatalkan puasa itu apa yang masuk, bukan apa yang keluar” (riwayat Ibn Abi Syaibah, sahih).

Namun, itu merupakan ulasan Ibnu ‘Abbas kepada mereka yang berbekam bagi menunjukkan ia tidak membatalkan puasa. ‘Apa yang masuk’ bermaksud makanan ataupun minuman ataupun yang mempunyai fungsi yang sama seperti makanan dan minuman yang masuk ke dalam jasad. Jika sekadar alatan tentu maka ia tidak termasuk dalam maksud ini. Jika tidak mereka yang memasukkan berus gigi ataupun kayu sugi ke dalam mulut, ataupun berkumur semasa puasa tentu dianggap batal.

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) dalam Majmu al-Fatwa, setelah menyebut tentang khilaf ulama, beliau menjelaskan puasa merupakan amalan setiap muslim. Jika perbuatan seperti bercelak yang memang diamalkan secara meluas semasa zaman Nabi itu membatalkan puasa, tentu baginda s.a.w akan menerangkannya. Juga tentu para sahabah akan bertanya mengenainya. Namun, apabila tiada hadis sahih tentang hal itu, maka menunjukkan memakai celak tidak membatalkan puasa. Demikian juga tentang mencium wangian, menyapu minyak di badan dan seumpamanya.

Maka menggunakan eye drops yang sedikit dan tidak menyebabkan ia mengalir ke kerongkong dan seterusnya adalah dibolehkan. Demikian juga memakai minyak rambut dan minyak urut sekalipun sifat minyak itu mudah meresap ke dalam kulit.




Sumber : Facebook Dr.MAZA ( Dr. Mohd Asri Zainul Abidin)

Hukum orang yang terlewat mandi wajib sehingga masuk waktu subuh

$
0
0



Antara lain ialah menganggap tidak sah puasa mereka yang belum mandi junub sedangkan waktu subuh sudah masuk. Ini berkaitan seseorang yang bersetubuh dengan isterinya, ataupun keluar air mani tetapi belum mandi junub sehingga masuk waktu subuh iaitu waktu berpuasa. Ertinya ketika dia mandi wajib, waktu subuh telah masuk.

Sah atau tidak puasa orang seperti ini?

Jawapannya, dalam hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aishah dan Ummu Salamah bahawa Nabi s.a.w pada waktu pagi (subuh) dalam keadaan berjunub sedangkan baginda berpuasa. Baginda berpuasa dan tidak berbuka (disebabkan hal itu)” (Riwayat al-Bukhari).

Maka, sesiapa yang terlewat mandi wajib sehingga masuk waktu subuh masih sah puasanya pada hari berkenaan.




Sumber : Facebook Dr.MAZA ( Dr. Mohd Asri Zainul Abidin)

Hukum muntah ketika berpuasa

$
0
0


Ada yang menyatakan sesiapa yang termuntah maka batal puasa. Sebenarnya, di sana ada perbezaan antara termuntah dan sengaja muntah. Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang termuntah tidak wajib qada (ganti puasa). Sesiapa yang sengaja muntah, hendaklah dia qada”. (Riwayat al-Tirmizi, Abu Daud, Ibn Jarud dan Ibn Hibban).

Maka sesiapa yang termuntah kerana tidak tahan dengan sesuatu bau ataupun mabuk perjalanan tidak wajib qada kerana puasanya sah. Sesiapa yang memaksa diri untuk muntah maka dia wajib menggantikan puasanya




Sumber : Facebook Dr.MAZA ( Dr. Mohd Asri Zainul Abidin)

Larangan berpuasa sehari atau dua hari sebelum Ramadhan

$
0
0


Nabi s.a.w melarang kita memulakan puasa sehari ataupun dua hari sebelum masuk Ramadan. Ini kerana syariat mula puasa ditentukan waktu oleh Allah dan RasulNYA bukan sesuka hati manusia. Suasana Ramadan dimulakan pada hari pertama Ramadan berdasarkan anak bulan.

Maka tidak boleh seseorang berpuasa sehari ataupun dua hari sebelum Ramadan bermula melainkan seseorang yang sudah menjadi kebiasaannya berpuasa sebelum itu seperti seseorang yang biasanya berpuasa Isnin dan Khamis, secara kebetulan sehari sebelum Ramadan itu Isnin ataupun Khamis, maka dia boleh berpuasa kerana itu kebiasaan sunnah yang telah dia lazimi.

Sabda Nabi s.a.w : "Jangan seseorang kamu mendahului Ramadan dengan berpuasa sehari atau dua hari (sebelumnya) kecuali seorang yang berpuasa hari (kebiasaan) puasanya maka dia boleh berpuasa pada hari tersebut" (Riwayat al-Bukhari).

Oleh kerana puasa kita telah diputuskan pada hari Ahad maka esok Sabtu adalah hari yang dilarang kita berpuasa.


Sumber : Facebook Dr.MAZA ( Dr. Mohd Asri Zainul Abidin)

Perasaan was-was ketika puasa, solat dan berwuduk

$
0
0


Syaitan telah merosakkan sesetengah orang dengan menjadikan mereka merasa was-was terhadap ibadah mereka seperti was-was ketika berwuduk, solat, puasa dan lain-lain.
Sehingga semasa solat ada yang sering berhenti kerana merasa terkencing ataupun terkentut sekalipun dia tidak pasti benarkah begitu.

Nabi s.a.w mengajar kita agar perasaan was-was seperti ini tidak diambil kira. Dalam hadis al-Bukhari, “Seorang lelaki mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia merasa sesuatu semasa dalam solatnya, apakah dia patut berhenti?. Jawab Nabi s.a.w: “Jangan sehinggalah mendengar bunyi (kentut) atau mendapati bau (kentut)”. 

Maksudnya, Nabi s.a.w mengajar agar seseorang yang merasa terbatal wuduknya secara was-was atau tidak pasti dia jangan berhenti dari solat sehingga beliau benar-benar yakin terbatal. Solatnya tetap sah, mainan perasaan tidak diambil kira. Termasuklah dalam hal ini mereka yang terasa macam terkeluar air kencing, tetapi tidak pasti samada hanya perasaan atau benar-benar berlaku, maka solat masih dianggap sah. Melainkan dia yakin tanpa ragu bahawa angin atau air kecil benar-benar telah terkeluar.

Sempena menjelang Ramadan yang mana setiap kita akan membanyakkan ibadah maka pastikan perasaan was-was syaitan itu jangan dituruti.



Sumber : Facebook Dr.MAZA ( Dr. Mohd Asri Zainul Abidin)
Viewing all 79 articles
Browse latest View live