Quantcast
Channel: monsterz
Viewing all 79 articles
Browse latest View live

Tidak sengaja tidak batal puasa

$
0
0


Perbuatan yang tidak sengaja, dipaksa ataupun terlupa seperti makan dan minum tidak membatalkan puasa. Sekalipun seseorang itu telah makan dan minum dengan banyak sekali. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang lupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, maka sempurnakanlah puasanya. Sesungguhnya Allah yang memberikan dia makan dan minum” (Riwayat al-Bukhari).

Demikianlah semua perbuatan yang tidak sengaja ataupun terlupa. Termasuk terkeluar air mani disebabkan mimpi atau terfikir secara yang tidak diusahakan. Jumhur ulama menyatakan tidak batal puasa. Di samping di sana wujudnya pendapat minoriti ulama seperti al-Imam Ibn Hazm, al-San’ani, as-Syaukani dll yang berpendapat keluar mani walaupun dengan sengaja ia tidak membatalkan puasa sebab tiada dalil mengenai hal itu. Adapun majoriti ulama berpendapat batal.

Apapun, sesuatu perbuatan yang tidak disengajakan tidak membatalkan puasa. Termasuklah tertelan air semasa mandi ataupun hujan ataupun suri rumah yang terbiasa merasa makanan ketika masak lalu memakannya kerana lupa, kesemua itu tidak membatalkan puasa.




Sumber : Facebook Dr.MAZA ( Dr. Mohd Asri Zainul Abidin)

BOLEHKAH SOLAT TERAWIH + WITIR HANYA 11 RAKAAT?

$
0
0



Hal ini ada keluasannya. Jangan berbalah sehingga menafikan solat 11 ataupun 20 rakaat.

Berdasarkan riwayat yang sahih dalam al-Muwata karya al-Imam Malik bin Anas, bilangan rakaat yang Saidina Umar perintah untuk dilaksanakan adalah sebelas rakaat. Kata al-Saib bin Yazid:

“Umar telah memerintahkan Ubai bin Ka’ab dan Tamim al-Dari untuk menjadi imam kepada orang ramai sebanyak sebelas rakaat” (Riwayat Malik).

Maka dengan itu riwayat al-Baihaqi melalui Yazid bin Khasifah daripada al-Saib bin Yazid yang menyebut bilangan yang ‘Umar perintahkan sebanyak dua puluh rakaat adalah bercanggah dengan riwayat sebelas rakaat yang sahih tadi. Sedangkan dari segi kekuatan riwayat (sanad), riwayat sebelas rakaat itu lebih kuat, maka kalangan ulama hadis ada yang menganggap riwayat dua puluh shaz (ganjil) kerana menyanggahi rawi yang lebih kuat.

Justeru, riwayat dua puluh dihukum daif oleh sesetengah ahli hadis. Sebahagian pula menerima riwayat 20 rakaat Yazid bin Khasifah dan mentakwilkan bahawa ada hari Umar memerintahkan sebelas rakaat dan ada hari pula yang diperintahkan 20 puluh. 

Apapun, hadis al-Imam Malik tadi yang menyebut sebelas rakaat menafikan dakwaan yang menyatakan sesiapa yang solat tarawih beserta witir sebelas rakaat tidak sah.

Sebenarnya, para ulama salaf solih sendiri berbeza pendapat tentang bilangan rakaat bagi solat tarawih bersama witir. Antaranya, pendapat yang menyatakan empat puluh satu, tiga puluh sembilan, dua puluh sembilan, dua puluh tiga, tiga belas dan sebelas. Adapun dari segi riwayat amalan Nabi s.a.w, Ummul Mukminin Aishah r.aha ditanya mengenai solat Rasulullah s.a.w pada bulan Ramadan, jawab beliau:

“Rasulullah s.a.w tidak pernah melebihi sebelas rakaat samada dalam bulan Ramadan ataupun selainnya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini juga menunjuk perbuatan mencela solat tarawih sebelas rakaat adalah tidak sepatutnya. Bahkan ramai juga ulama hadis yang mengutamakan bilangan sebelas rakaat ini sebagai mencontohi Rasulullah s.a.w.

Saya bersetuju dengan pendapat bahawa tiada had rakaat yang ditetapkan oleh Nabi s.a.w. dalam hal ini. Seseorang beribadah berdasarkan kemampuannya. Nabi s.a.w tidak pernah menetapkan, bahkan memberikan keluasan dalam hal tersebut dengan menyatakan solat malam dua rakaat, dua rakaat sehingga apabila hendak masuk subuh berwitirlah. Lajnah Tetap dan Kajian Ilmiah serta Fatwa, Arab Saudi sendiri ketika mengulas hal menyebut:

“Tiada menjadi salah untuk menambah lebih dari sebelas kerana Nabi s.a.w tidak pernah menghadkannya sedikit pun. Bahkan apabila ditanya tentang solat malam baginda menyebut: “Dua rakaat, dua rakaat (secara dua rakaat setiap solat), jika seseorang kamu bimbang masuk waktu subuh, maka solatlah satu rakaat sebagai witir kepada apa yang telah dia solat sebelum” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam hadis ini baginda tidak menghadkan sebelas atau selainnya. Ini menunjukkan ada keluasan dalam solat malam pada Bulan Ramadan atau selainnya”. (Fatawa al-Lajnah al-Daimah, 7/195, Riyadh: Riasah Idarah al-Buhuth).



Sumber : Facebook Dr.MAZA ( Dr. Mohd Asri Zainul Abidin)

Rahsia mengapa doa mustajab di bulan Ramadhan

$
0
0


Doa! Semua insan inginkan agar doanya mustajab. Hidup tanpa doa adalah satu kemusnahan. Banyak perkara yang kita perlu mohon kepada Allah. Bukan sahaja nikmat atau cita-cita yang diidamkan pada masa hadapan, namun kita juga perlu memohon agar tidak dihilangkan nikmat dan cita yang telah dicapai. Insan sentiasa memerlukan Tuhan dalam hidupnya. Kehidupan ini jauh lebih besar dari kudrat seorang insan untuk dia mengawalnya. Betapa ramai para penguasa yang merasai diri mereka hebat, tetapi akhirnya tumbang dan tewas. Betapa canggih dan teguh kapal ‘Titanic’ yang bina, namun tenggelam selepas beberapa hari belayar. Siapakah yang menguasai alam?! Allah, Allah dan Allah. Awal dan akhir. Zahir dan batin.

Semakin dekat insan dengan Allah, semakin mustajab doanya. Kemustajaban doa sangat berkait dengan kekusyukan jiwa hamba yang berdoa. Semakin tertumpu perasaannya kepada kebesaran Allah, semakin pantas doanya dimustajabkan. Sebenarnya, bukannya susah untuk berdoa, tetapi yang susah ialah mencari jiwa yang khusyuk yang menyebabkan doa mustajab. Ramai orang tersalah sangka dalam hal ini. Mereka hanya tertumpu kepada waktu, ungkapan dan tempat berdoa tetapi melupai perkara asas iaitu kekhusyukan diri insan yang berdoa itu. Maka jangan hairan jika ada insan yang tidak dimustajabkan doanya sekalipun dia berada di Mekah, ataupun berada pada bulan Ramadan. Walaupun unsur tempat yang mustajab ataupun waktu mustajab telah dipenuhi, namun dia gagal memenuhi perkara yang asasi iaitu jiwa yang khusyuk yang benar-benar memohon dengan penuh erti seorang hamba. Tumpuan perasaan kepada Tuhan dengan penuh kerendahan diri dan harapan. Jika unsur itu dipenuhi, kemudian diikuti dengan tempat ataupun waktu yang mustajab maka doa menjadi amat mustajab.

Setelah kita memahami hal ini, maka kita cuba memahami bahawa Allah menjanjikan untuk memustajabkan doa mereka yang berpuasa. Ini kerana, puasa pada bulan Ramadan dapat membentuk jiwa yang khusyuk. Ramadan pula waktu yang Allah sayang disebabkan bulan pilihanNYA dan suasana hamba-hambaNYA taat kepadaNYA. Maka Allah setelah menyebut tentang kewajiban berpuasa pada bulan Ramadan, maka Allah ikuti dengan janjiNYA di mana DIA berfirman: (maksudnya):

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah: 186).


Sumber : Facebook Dr.MAZA ( Dr. Mohd Asri Zainul Abidin)

Doa siapakah yang mustajab di bulan Ramadhan

$
0
0


Setiap manusia yang hidup pada waktu ini akan memasuki Ramadan. Muslim dan juga bukan muslim. Mereka yang berpuasa dan juga mereka yang bermaksiat. Apakah setiap orang dimustajabkan doa mereka pada bulan Ramadan? Sudah pasti bukan demikian fahaman yang betul. Doa dimustajabkan apabila insan itu berpuasa. Puasa itu mendatangkan pahala. Puasa itu juga mendidik rohani agar tunduk kepada kehendak Allah. Puasa menyuburkan keikhlasan dalam jiwa. Lantas puasa membentuk kekhusyukan yang luar biasa. Dengan itu doa orang yang berpuasa dimustajabkan.

Sesiapa yang berpuasa dalam ertikata yang sebenar akan dapat merasai perbezaan jiwanya. Lebih mendalam dia menghayati puasanya pada hati, lidah dan tingkah, maka bertambahlah kekhusyukan jiwanya. Bertambah pula sayang Allah kepadanya. Apabila dia berbuka puasa, dia telah menyempurnakan arahan Allah. Sayang Allah melimpah kepadanya. Maka Nabi s.a.w bersabda: Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:

“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka”. (Riwayat Ibn Majah, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dll. Sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ahmad Syakir dalam ‘Umdah al-Tafsir menilainya sahih).

Al-Munawi menukilkan satu pendapat yang menyebut: “Dikhususkan untuk umat ini mengenai doa dalam firman Allah: (maksudnya)
“Berdoalah kepadaKU nescaya AKU mustajabkan untuk kamu” (Al-Ghafir: 60). Itu asalnya untuk para nabi. Kemudian diberikan kepada umat ini apa yang diberikan kepada para nabi a.s. Namun, urusan umat ini bercampur baur disebabkan nafsu menguasai jantung hati mereka maka ia pun terhijablah. Maka, puasa itu mencegah nafsu. Apabila seseorang meninggalkan syahwatnya, maka bersihlah jantung hatinya serta bersinarlah cahaya maka dimustajabkan doa. Maka hadis ini dan yang seumpamanya hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan hak puasa dengan sebenarnya. Dia memelihara lidah, jiwa dan perbuatannya”. (Al-Munawi, Faidh al-Qadir 2/634, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Justeru, Ramadan bulan diberkati. Puasa pula menjadikan kita bersih jiwa dan nurani. Gabungan keberkatan bulan dan kebersihan jiwa menjadikan doa kita mustajab. Jika sekadar bulan yang diberkati sedangkan jiwa kita tetap kotor, maka janji Allah ini mungkin tidak untuk kita.


Sumber : Facebook Dr.MAZA ( Dr. Mohd Asri Zainul Abidin)

Hukum memberus gigi ketika berpuasa

$
0
0


Islam menggalakkan bersugi (berus gigi) kerana ia mengelakkan bau busuk mulut seseorang. Bahkan, kalaulah tidak menjadi beban kepada umat ini sudah pasti kita diwajibkan bersugi lima kali sehari. Ini seperti sabda Nabi s.a.w:
“Jika tidak kerana bimbangkan membebankan umatku nescaya akan aku perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Apabila kita berpuasa, bau mulut kita menjadi kuat. Ini sesuatu yang sukar dielakkan. Allah tahu hakikat tersebut. Allah Maha Tahu bahawa bau tersebut terhasil kerana kita tidak makan dan minum sepanjang hari keranaNYA. Justeru itu, Nabi s.a.w bersabda:
“Bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Namun ini tidaklah bererti orang yang berpuasa itu disuruh untuk membiarkan orang lain mencium bau busuk mulutnya. Itu akan menyakiti orang lain. Apatahlagi di zaman kini yang mana kita bekerja di tempat awam, ataupun membabit ramai orang di sekeliling. Tambahan lagi, jika terdapat mereka yang bukan muslim, tentu akan menimbulkan rasa yang tidak selesa terhadap muslim yang berpuasa pada bulan Ramadan ataupun boleh menghilang gambaran keindahan Islam.

Maka pendapat yang menyuruh kita membiarkan bau busuk mulut semasa berpuasa tidak begitu kukuh dari segi sifat semulajadi ataupun neutrality agama ini. Dengan menghormati perbezaan pendapat, namun realiti kehidupan yang mesra menolak pandangan tersebut. Ini ditambah dengan hadis-hadis yang seakan menggalakkan untuk seseorang yang berpuasa mengekalkan bau mulutnya itu adalah lemah dari segi riwayat. Tidak kukuh untuk disandarkan kepada Nabi s.a.w. seperti yang dinyatakan oleh al-Imam Al-Mubarakfuri dalam Tuhfat al-Ahwazi. Maka tidak boleh menjadi hujah. Apatahlagi bertentang dengan sifat Islam itu sendiri. Hadis-hadis yang menggalakkan kebersihan dan juga bersugi adalah umum merangkumi setiap waktu termasuk bulan Ramadan.

Antara hadis yang tersangat daif yang digunakan dalam bab ini ialah dikatakan Nabi s.a.w bersabda:“Jika kamu berpuasa maka bersugilah pada waktu pagi dan jangan bersugi pada waktu petang”. Ia diriwayatkan oleh al-Bazzar, at-Tabarani dan lain-lain. Namun ia terlalu daif yang tidak boleh dijadikan hujah. Di samping di sana ada hadis daif lain namun lebih kuat ataupun kurang daif daripadanya iaitu diriwayatkan ‘Amir bin Rabi’ah berkata: “Aku melihat Rasulullah bersugi sedangkan beliau berpuasa” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Abu Daud dll).

Apapun galakan bersugi bagi setiap waktu solat yang diriwayatkan dalam hadis yang sahih adalah asas dalam amalan muslim. Ertinya, bersugi sentiasa digalakkan tanpa mengira samada puasa ataupun tidak. Nabi s.a.w dalam hadis sahih yang lain menyatakan tujuan bersugi dengan menyebut:“Bersugi itu membersihkan mulut dan menjadikan Tuhan redha” (Riwayat Ahmad, an-Nasai, Ibn Hibban dll).

Justeru itu, jadikanlah puasa itu menzahirkan keindahan pekerti dalam perkataan dan perbuatan yang mengeratkan hubungan baik sesama masyarakat. Oleh itu, jangan jadikan bau mulut kita menimbulkan keresahan orang lain terhadap mereka yang berpuasa. Berpuasa dan bersugilah!



Sumber : Facebook Dr.MAZA ( Dr. Mohd Asri Zainul Abidin)

Jangan makan dengan tangan kiri

$
0
0


Sempena puasa dan adab berbuka puasa hal ini perlu diingatkan.

Makan dengan tangan kanan adalah adab makanan yang paling zahir dalam majlis makan muslim. Ia lambang yang nyata dan adab yang tertonjol. Dalam hadis lain baginda menyebut:

“Apabila seseorang kamu makan, makanlah dengan tangan kanannya. Apabila dia minum, minumlah dengan tangan kanannya. Ini kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kiri” (Riwayat Muslim).

Hadis ini hendaklah difahami di sudut spiritualnya. Baginda bercakap di sudut spiritual yang hanya dapat difahami oleh orang yang menghayatinya. Sikap anti-syaitan diajar oleh Islam sehingga kita disuruh berbeza dengannya dalam segala cara, termasuk cara makan.
Makan ataupun minum dengan tangan kiri adalah amalan syaitan. Islam menyatukan budaya makan dengan menjadikan tangan kanan sebagai adab makan yang jelas kelihatan bagi orang muslim.

Malangnya, masih ada yang makan ataupun minum dengan tangan kiri. Ini termasuk mereka yang menggunakan garpu (folk) untuk menyuap lauk ataupun makanan lain ke mulut. Juga mereka yang minum tangan kiri kononnya kerana tangan kanan ada bekas makanan. Kesemuanya ini dilarang oleh Nabi s.a.w dan ditegaskan ia menyamai cara syaitan.



Sumber : Facebook Dr.MAZA ( Dr. Mohd Asri Zainul Abidin)

Cara solat yang betul bagi wanita

$
0
0

Cara solat khas untuk wanita
“Biar susah sekarang, jangan susah di alam baqa’”

Dari Abdullah bin Amr r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda ,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..**

Sebuah artikel khusus dipinjam untuk tatapan para muslimah dan mukminah. Walaupun penulis asalnya tidak dapat dikenalpasti namun mudah- mudahan banyak darinya dapat kita jadikan pedoman dalam memperbaiki diri insha ALLAH.


Photo: Cara solat khas untuk wanita “Biar susah sekarang, jangan susah di alam baqa’”  Dari Abdullah bin Amr r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda ,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..**  Sebuah artikel khusus dipinjam untuk tatapan para muslimah dan mukminah. Walaupun penulis asalnya tidak dapat dikenalpasti namun mudah- mudahan banyak darinya dapat kita jadikan pedoman dalam memperbaiki diri insha ALLAH.  Selamat menimba ilmu..  Baiki cara solat khas untuk perempuan. Ingatlah.. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita.  Kaum lelaki tolong forwardkan pada kawan2 perempuan anda dan isteri.  Ilmu yang terlalu bernilai, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Bila pergi solat di tempat awam, lihat macam2 gaya org dirikan solat, baru kini timbul kesedaran utk kongsi cara betul solat bagi muslimah agar solat kita berkualiti.  Bagaimana solat yg tidak berkualiti diterima Allah...umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, kita dicadangkan mengambil masa 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa.  2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :  1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesal-lah.  2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.  Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.  1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir : i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga iii. Mengangkatkedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).  Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.  2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.  3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.  4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"  5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.  6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara : i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.  7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.  Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallahh. ." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.  9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.  10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.  Perlu diingatkan bahawa kain yg digunakan utk solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:  1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).  Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.  2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.  3) Adakain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.  Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat. Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi.  Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna.  ‘Biar susah sekarang, jangan susah di alam baqa'.  **Dari Abdullah bin Amr r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda ,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..**  LIKE l SHARE l COMMENT

Selamat menimba ilmu..

Baiki cara solat khas untuk perempuan. Ingatlah.. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita.

Kaum lelaki tolong forwardkan pada kawan2 perempuan anda dan isteri.

Ilmu yang terlalu bernilai, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Bila pergi solat di tempat awam, lihat macam2 gaya org dirikan solat, baru kini timbul kesedaran utk kongsi cara betul solat bagi muslimah agar solat kita berkualiti.

Bagaimana solat yg tidak berkualiti diterima Allah...umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, kita dicadangkan mengambil masa 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa.

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita.
Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesal-lah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkatkedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya
kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara : i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallahh.
." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Perlu diingatkan bahawa kain yg digunakan utk solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini).
Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Adakain telekung yg indah bersulam dan berkerawang.
Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung,
rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.

Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat.
Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi.

Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna.

‘Biar susah sekarang, jangan susah di alam baqa'.

**Dari Abdullah bin Amr r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda ,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..**

Asus Memopad 7 review

$
0
0

Assalamualaikum

Dulu aku pernah jugak beli tablet china tapi tau jela kan baterinya sangat la tak tahan lama, lepastu aku jual balik dekat lowyat dapat la RM50 daripada harga asal Rm150. Sebelum beli aku ada buat comparison dekat google dan youtube dengan beberapa brand lain, ada jugak minat dengan tablet Acer Iconia A1-830 sebab design dia macam ipad mini tapi disebabkan harga yang agak mahal, aku terpaksa cari tablet yang mampu milik, maklum la student kan.

Nak dijadikan cerita aku sebenarnya nak beli tablet ni dekat lowyat sebab banyak jenis tab yang aku boleh pilih tapi kawan aku suggest satu tempat jual handphone atau tablet murah dekat subang jaya iaitu kedai directD. boleh google untuk maklumat lanjut. Dorang ada jugak iklan barang dekat mudah.my, kena pandai cari la. Tempat orang membeli belah gadjet secara borong sebab murah kot, tak tipu ! Tapi kalau nak beli dekat kedai directD ni,sebelum datang kena tau dulu handphone apa yang korang nak beli sebabnya kedai ni bukan macam kedai biasa yang boleh kita survey dulu handohone tu dan tengok dalam dia, bagitau je nak brand yang mana satu nanti dorang ambilkan. Kalau di directD ni korang dah confirm nak beli baru boleh buka kotak, once kotak dah buka consider sold.



Setelah membuat pilihan yang bijak lagi murah aku grab Asus Memopad 7 ME70C ni sebagai tablet kesayangan aku. First bila dah buka kotak tu, pandangan pertama wow teruja sangat dapat pegang memopad ni sebab ringan dan senang nak pegang bagi tangan kecil macam aku ni. Harga dia cuma Rm269 je berbeza dengan harga asal iaitu Rm499. Ungtungkan ? Free gift dia cuma dapat stand holder dan cable OTG je. No screen protector dan cover, so terpaksa beli di Sunway Piramid sebab situ je yang berdekatan.

Sedikit review daripada orang yang tak mahir teknologi :




Apa beza memopad dengan fonepad? Ok memopad hanya ada wifi sahaja manakala fonepad boleh call atau sms which is boleh letak simkad.Tapi bagi aku tak perlu nak call semua sebab aku dah ada satu handphone sony kesayangan pon dah cukup, tab hanya untuk guna wifi sahaja. Dari segi camera, memopad 7 hanya berbekal dengan camera 2mp dan front camera 0.3Gmp sahaja dan sangat la tak sesuai untuk mengambil gambar dan menjadi ratu selfie. Internal storage 4gb and ada slot untuk SD card .

Hanya terdapat dalam dua warna sahaja iaitu color hitam dan putih. At first mestilah aku nak warna putih kan sebab nampak elegant sikit kononnya, tapi time beli tu takde stok pulak makanya terpaksa ambil warna hitam. Ok jugak warna hitam, aku ni dah la jenis susah nak jaga barang elok-elok, kalau beli putih nanti cepat kotor pulak.



Bagi aku performance dia memang best, laju tapi kalau internet habis kuota jadi lambat la kan hahaha. Haa memang aku ni tak langgan apa-apa wifi pon, kalau nak harap wifi kolej memang selamanya limited je. So aku guna alternatif lain iaitu aku guna hotspot daripada handphone untuk connect wifi dekat tablet asus ni. Mudah kan. Memopad 7 ni memang support untuk document viewer, so senang kalau aku nak baca nota slide atau buat kerja dengan menggunakan tab ini. Aku download je apps officesuite dan polaris dekat Playstore dan dah boleh baca document. So far dah pakai sebulan and setakat ni masih ok alhamdulillah. Urusan kerja dan nota aku sekarang lebih terurus.

Kafe atau kedai makan hipster sekitar Ipoh

$
0
0

sekarang ni bukan macam zaman dulu lagi sebab susah nak cari tempat makan yang best-best. kalau kita tengok sekarang ni kedai makan atau kafe tumbuh bagai cendawan di atas jalanan. untunglah aku dapat kawan-kawan yang memang jenis suka jalan-jalan cari makan punya geng, ada duit kita pergi takde duit kita duduk rumah makan masakan mak. hahaha

apa yang menariknya mengenai konsep kedai makan sekarang ni ialah para pemilik kedai menarik minat orang ramai untuk datang kedai dengan buat konsep hipster. remaja sekarang memang suka dengan hipster-hipster ni sebab memang sesuai sangat dengan jiwa dorang. bab nak promote kedai makan ni memang senang sebab sekarang semua orang dah ada instagram dengan facebook. upload je dekat instagram, automatik kawan-kawan kita dah tahu pasal kedai tu. jom kita tengok antara kafe atau kedai makan yang korang boleh berkunjung untuk makan-makan.


1. 253 Classic

Kedai ni berhadapan dengan Stadium Hoki Ipoh. Makanan dekat sini memang murah la ceritanya, memang ramai sangat orang sampaikan aku nak cari tempat pon susah. Ada promosi pada waktu-waktu tertentu and boleh la dapat makanan western dengan harga yang murah giler. 253 Classic juga ada buat kombo, so kalau korang nak makan tapi dalam masa yang sama tak cukup bajet boleh ambil set combo yang disediakan. Dengar cerita 253 Classic bukak lagi satu cawangan dekat kawasan bercham, betol ke ? ke dah bukak ? hihihi




2. Karat Cafe

Kafe ni terletak bersebelahan dengan thumb's kafe. Memula tak tahu nak makan dekat thumb's kafe atau karat kafe, tapi disebabkan konsep Karat kafe lebih menarik hati aku maka makan dekat sini jela. Bila masuk dalam korang akan merasai seperti berada dalam rumah kampung yang moden dan cantik.


memang sempoi sangat menu Karat kafe ni, ko ambil kertas putih lepastu peronyok-peronyok sikit lepastu print menu. hahaha. kalau kita tengok dekat sini makanan dia berada pada paras mampu milik dan tak la murah sangat. harga standard la kan kalau makan western food.






3. Mat periuk Cafe

Kafe ni terletak di kawasan perumahan Kampung Tersusun Tasek. Kena pandai cari la, kebetulan pulak sahabat baik aku memang tinggal situ so senang la mencarinya. Kafe ni aku rasa yang terawal jugak buka berbanding dengan kafe yang lain. Chef Kamarul merupakan pemilik kafe ni dan satu lagi cawangan Mat Periuk Kafe sudah dibuka dekat Tambun.







4. Hobo Cafe

Kafe ni aku belom try lagi tapi dari gambar-gambar yang aku tengok memang konsepnya cun sangat. Bab makanan tu tak boleh cerita lagi. Kafe ni terletak dekat pekan ipoh, berhampiran dengan kawasan gerbang malam.



5. Gomok cafe

Kafe ni jugak aku belom try lagi tapi daripada apa yang telah di share oleh sahabat-sahabat aku, inilah antara gambar-gambar yang ada. Katenya makanan dekat sini agak mahal sedikit la bagi mereka yang bajet ciput ni.




6. Thumb's cafe

Belum try lagi. Jom layan gambar je.




7. El Negra Distro + Studio

Belum try lagi. Jom layan gambar je.




ini adalah antara tempat yang korang boleh pergi untuk jalan-jalan cari makan. mungkin ada banyak lagi tempat lain yang aku terlepas pandang tapi sebagai kita orang Melayu ni, orang islam mestilah nak cari tempat makan yang halal kan? so ini antara cafe milik orang Islam. Di jamin halal !

dan bagi sesiapa yang rajin menonton cerita Kopi bersama Ustaz Kazim di TV9 boleh la tengok-tengok sebab cerita ni banyak mengambil cafe di Ipoh sebagai lokasi pengambaran.



Masalah jerawat di dahi

$
0
0


Aku rasa rata rata remaja atau perempuan kat luar sana akan mengalami masalah sama dengan aku iaitu jerawat dekat dahi. Aku pon tak tau la pasaipa jerawat dekat dahi ni ada je memanjang tak hilang-hilang. Kalau korang pernah tengok ada satu video ni pasal dia predict kita punya jerawat ni berpunca dari apa, dekat dalam video tu adalah cakap kalau jerawat dekat upper forehead ni berpunca dari masalah poor digestive system iaitu bahagian usus. So kita perlu banyakkan makan dan minum benda yang tinggi dengan antioksidan iaitu antaranya, green tea, air lemon dan berry. Bagi bahagian lower forehead pulak berpunca daripada tidur yang tak tetap, stress, depressi ataupun bad blood circulation. so kena tidur awal dan tenangkan minda kita dengan perkara yang kita minat. Rasanya teori ni boleh pakai tak ? aku tak tau apa-apa sebab aku bukan macam dr fatin liyana mahupun dr anwar fazal sebab aku hanyalah student software engineering hahaha. tapi rasa macam betol dah tu..

Bagi menyelesaikan masalah aku ni, aku nak share sikit la apa aku buat bila jerawat dah naik banyak dekat dahi. Kadang-kadang tu memang naik dia tak nak kalah, bengkak yang besar punye bak hang and kadang-kadang tu jadi ruam sampai penuh satu dahi. Selalunye aku akan sapu ubat yang memang selalu aku pakai bila ada jerawat tumbuh iaitu krim nixoderm



pakai ni dekat jerawat yang memang dah masak sangat tu tapi degil tak mau keluar. Letak sikit je and gosok dikawasan sekitarnya.  tolong jangan picit jerawat ye kalau tak nak tempat jerawat tu berlubang. bila apply krim ni akan rasa pedih and rasa nak garu je tapi sabar sikit ye, dalam beberapa minit lepas tu dah kembali normal. Tunggu la beberapa jam lepastu basuh, aku selalu sental dulu dengan tisu sebab kalau cuci dengan air je susah sikit nak hilang. Korang akan dapati tempat jerawat akan mula pecah dengan sendirinya, dan ambil la tisu lap nanah or darah yang keluar tu. Rasa macam scary bila cerita kan ? tapi kalau dah dapat keluar memang bahagia gila laaa. Tapi kalau jerawat korang masih degil tak keluar jugak lepas apply krim tu, sapu lagi sekali. Dalam esok atau beberapa hari akan datang, korang akan dapati tempat yang korang letak krim tu akan mengelupas. Tapi normal la mengelupas or kering sikit sebab nak tukar kulit baru kan. Tapi jangan risau tak banyak pon, melainkan korang apply krim tu for the whole face tu memang cari nahas la mengelupas satu muka.


Masalah mungkin tak selesai macam tu je kan? Ok sekarang timbul pulak bekas merah-merah atau ruam ataupun parut ataupun sebaliknya. Bagi masalah yang ni pulak, solutionnya adalah aku akan letak je bam pala and sapu dekat whole dahi aku nak bagi surut semua bengkak-bengkak yang ada. Kalau jerawat tu meninggalkan ruam pulak, aku akan sapu lotion calamine yang baby punya untuk ruam tu. aku ambik je ubat anak saudara aku pakai so aku pon tumpang pakai. Mula-mula aku try dekat ruam dekat dahi, 2 hari lepas tu Alhamdulillah dah surut. 

Bagi mengatasi masalah parut pula, aku akan pakai krim acne hiruscar ni. Tapi krim hiruscar ni kesan dia lambat jugak la, sampai berbulan jugak la nak sembuh parut tu tapi tu semua terpulang dekat kulit masing-masing.




Ini jela sebahagian tips dan panduan yang dapat aku kongsi untuk Korang yang mengalami masalah yang sama dengan aku. Aku harap tips ni berguna la ada semua. Untung siapa muka yang flawless, dahi licin bak padang golf tu, tak payah fikir nak beli krim jerawat ye dak? Ahakkzz. Cuti pertengahan semester ( mid sem ) UPM bermula….so memang aku tetiba rajin nak update blog sebab tetiba jugak jerawat penuh dekat dahi, malu nak buh gambaq. haha. k bye

resipi churros cicah coklat ( kuih belimbing )

$
0
0

aku selalu sangat nampak orang post makan benda ni dekat facebook and instagram tapi aku tak tau apa nama dia. nampak memang sedap gila sebab dia macam ala-ala pisang goreng yang dip kan dengan coklat. kalau dapat resipi memang best la kan boleh merasa tak payah nak beli. akhirnya aku dapat jugak resipi benda ni hasil perkongsian rakan facebook, tanpa berlengah lagi aku terus share dekat sini. nampak tak semangat tu ? haha. kalau nak tau nama dia churros ataupun kuih belimbing orang panggil katenya la sebab bentuk dia tu kot kan ? nak hasilkan bentuk tu pon kena pakai nozle yang orang buat kuih tu. jom kita apa resipi churros ni and cara-cara nak buatnya. 


Bahan-bahan yang diperlukan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu makan marjerin/butter
1 sudu makan gula
1/2 sudu kecil esen vanilla.
Cara-cara nak buatnya :
  1. Didihkan air, gula, dan juga marjerin.
  2. Sementara tu, dlm mangkuk lain pukul telur dan esen vanilla sekejap
  3. Tutup api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 gune senduk kayu.
  4. Biar adunan tepung sejuk sikit dlm 5 minit
  5. Kemudian masukkan telur dan kacau cepat2 hingga sebati dengan tepung td. (saya guna mixer lagi senang)
  6. Panaskan minyak, masukkan adunan ke dalam piping bag yg ada nozzle star dan picitkan ke dalam kuali. potong setiap 5cm.
  7. Goreng hingga kekuningan dan angkat.
  8. Taburkan gula castor/icing. 


OK. Sedia untuk dimakan, nak lagi sedap boleh makan bersama coklat lepastu dip kan atau cicahkan coklat tu dengan churros yang dah siap dimasak tadi. selamat mencuba !

Lelaki ini mencipta kasut kanak-kanak yang boleh berubah saiz

$
0
0

Kenton Lee telah mencipta sepasang kasut yang sangat berguna untuk kanak-kanak yang hidup dalam kemiskinan terlampau. 




Kasut yang diberi nama " Shoes That Grow" ini sangat berevolusi kerana kasut ini boleh berkembang saiznya mengikut saiz kaki kanak-kanak yang memakainya. Ia direka untuk bertahan sekurang-kurangnya lima tahun, dengan lima tetapan boleh laras yang berbeza. Idea ini dicetus semasa Lee berada di Kenya. Beliau mendapati seorang kanak-kanak perempuan di rumah anak yatim dengan kasut yang terlalu kecil untuk kakinya. Beliau sedar ini merupakan isu yang besar kepada kanak-kanak di kebanyakan negara-negara yang sedang membangun. 







Semakin mereka meningkat usia, kaki mereka telah terkeluar daripada kasut kerana tidak mampu untuk membeli kasut baru malah mereka juga semakin terdedah kepada penyakit daripada tanah. Oleh kerana mereka membesar dalam persekitaran tanpa sanitasi, mereka terdedah kepada penyakit tanah yang dibawa oleh parasit. Oleh kerana itulah Kenton Lee membentuk satu pasukan untuk membantu lebih 300 juta kanak-kanak di seluruh dunia yang tidak mempunyai kasut. Jumlah itu tidak termasuk kanak-kanak yang mempunyai kasut yang terlalu kecil bagi mereka









.

"Shoes That Grow " telah menawarkan kasut ini kepada mereka dan jalan penyelesaian bagi jangka masa panjang untuk kanak-kanak di negara-negara yang sedang membangun. Bagi mereka yang berminat untuk membantu, organisasi Lee telah menubuhkan satu cara untuk membeli dan menghantar kasut dalam jumlah yang besar untuk kanak-kanak yang memerlukan di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut mengenai pertubuhan non-profit Lee dan membantu melibatkan diri dalam usaha ini, boleh pergi ke laman web "Shoes That Grow " dan Facebook "Shoes That Grow".

WD-40 penyembur serbaguna

$
0
0




selalu nampak spray WD-40 ni tapi tak tahu apa kegunaan sebenarnya dia ? rupa-rupanya spray ini memang merupakan spray ajaib yang dapat menyelesaikan masalah seharian kita. 


1. Menanggalkan kesan cat pada kereta

Jika kereta anda terkena cat spray sudah pasti anda pasti tidak mahu ke bengkel dan menghabiskan duit beratus ringgit untuk cat semula kereta anda. Dengan hanya menggunakan WD-40 , spray kan pada kereta anda dan kesan itu akan hilang.


2. Menanggalkan najis haiwan pada kasut

Seringkali bila kita berjalan, tanpa sedar kita terpijak najis haiwan dan najis tersebut akan melekat pada permukaan tapak kasut. Sembur WD-40 pada tapak kasut dan hilangkan najis tersebut dengan berus gigi terpakai. 



3. Tersekat cincin pada jari

Bagi penggemar barang kemas, sudah pasti anda pernah mengalami keadaan dimana cincin ada tersekat pada jari dan tidak boleh keluar disebabkan jari semakin mengemuk. Semburkan sedikit WD-40 pada cincin dan dalam masa beberapa saat cincin sudah boleh keluar dari jari anda.



4. Menanggalkan kesan stiker 

Tanpa perlu bersusah payah menanggalkan kesan stiker dengan menggosokkan air dan sabun pada kesan stiker, kini dengan WD-40 kesan stiker mudah ditanggalkan.



5. Menanggalkan marker dan crayon pada dinding

Semburkan sedikit WD-40 pada dinding rumah dan bersihkan dengan kain lap. Cara ini tidak akan merosakkan cat pada dinding ataupun wallpaper dinding rumah anda. 



6. Membersih dan melindungi perabot kulit

Semburkan WD-40 pada perabot anda dan lapkan dengan kain lembut bagi membersih dan melindungi kulit perabot tersebut.



7. Menghilangkan kotoran gris pada kulit

Anda boleh menghilangkan kotoran gris degil dengan menyembur sedikit WD-40 pada kulit.




8. Buat barbecue grill kelihatan baru

Sembur WD-40 pada barbeku grill, tunggu beberapa saat dan gosok dengan berus dawai supaya ia kelihatan seperti baru. 




9. Menanggalkan kesan makanan dalam peti sejuk

Apabila sabun dan air tidak boleh menghilangkan makanan tersangkut pada peti sejuk anda, sembur sedikit WD-40 pada setiap tempat penghadang. Kemudian lap dengan kain atau span.



10. Menanggalkan kesan teh dan kopi dari atas meja

Untuk menghilangkan kesan teh dan kopi dari atas meja, sembur WD-40 sedikit pada span atau kain yang lembap dan lap kotoran sehingga hilang.



11. Menanggalkan kesan gam

Dengan menyembur sedikit WD-40 pada jari, anda boleh menghilangkan kesan gam yang melekat pada jari anda.



12. Menanggalkan tanda lecet pada lantai

Buang tanda lecet sukar dari permukaan lantai yang keras. Hanya beberapa semburan di atas lantai dan lihatlah hasilnya.


13. Menanggalkan kesan kotoran pada karpet

Jika karpet anda terkena kotoran seperti tertumpah air kopi, semburkan WD-40 pada tempat terkena kotoran, tunggu selama satu ke dua minit dan gunakan pembersih karpet anda untuk menanggalkan kesan kotoran itu. 


14. Memudahkan pergerakan zip

Sembur WD-40 pada zip beg anda bagi melancarkan pergerakan zip tanpa tersekat.



Selamat mencuba dan membeli WD-40 di kedai berhampiran. Rasanya harga dalam RM30 kebawah. 



spongebob sebenar adalah bukan span cuci pinggan

$
0
0



SpongeBob SquarePants (sering dirujuksebagai SpongeBob) merupakan animasi siri televisyen Amerika, yang dicipta oleh Stephen Hillenburg, seorang ahli biologi marin dan seorang animator. Kebanyakan daripada siri Spongebob ini adalah pengembaraan spongebob dan rakan-rakannya di bandar bawah air "City of Bikini Bottom".



sebenarnya spongebob berasal daripada apa ?

Kanak-kanak mengatakan bahawa spongebob adalah span yang biasanya kita gunakan dalam singki didapur. Span itu mempunyai ketumpatan antara 28-32 kg / m³. Ketumpatan laut adalah kira-kira 1,207 kg / m³. Menurut fizik, apa-apa bahan atau perkara yang kurang tumpat daripada badan cecair yang tenggelam di dalam tidak akan tenggelam didalam air. Sebagai contoh, minyak adalah kurang tumpat daripada air itulah sebabnya ia terapung di atas air.


Spongebob bukan sejenis span yang kita gunakan didapur untuk mencuci pinggan. Seperti yang telah diberitahu anda sebelum ini, Stephen Hillenburg adalah seorang ahli biologi marin dan watak spongebob yang berasal dari makhluk di bawah air yang sebenar seperti Patrick (tapak sulaiman) dan Squidward (sotong). Spongebob adalah span laut, salah satu makhluk di bawah air.

apakah sebenarnya itu Span laut ?


Yellow sponge
Sponge is animal,  a simple multi-cellular, bottom-dwelling animal called “Porifera”. The word means “pore-bearing” and refers to the many tiny openings or holes visible on all sponges. There are 3 additional sub-species of Porifera: the Calcispongiae, the Hyalospongiae, and the Demospongiae. Sponges are found in every ocean of the world, particularly the Antarctic, and can thrive in not only shallow waters but the deepest regions of the seas, including sea caves where there’s little or no light. There are even some varieties that live in fresh water locations. Scientists have identified approximately 5000 species of sponges thus far. They are colorful and has various form also.



Purple sea sponge
Stable surfaces along the ocean floor. There are a few varieties that are free-standing, however, like the Barrel sponge. All sponges are commonly referred to as “filter feeders”, that is, they capture and digest bacteria, plankton, and other organic particulates floating in the water. The outer holes or pores of a sponge are called “ostia”. These lead to larger internal pores called “oscula”. Inside these larger canals are still more chambers, all lined with “collar cells”, the tops of which are funnel shaped. Minute appendages called “flagellum” hang from these specialized funnels and as these flagellum beat back and forth, they force water inside the sponge. Nutrients and oxygen are absorbed and wastes and carbon monoxide are eventually filtered out. Still other cells called “amebocytes” transport these filtered nutrients further inside the sponge.




Vending machine untuk haiwan jalanan

$
0
0




Berita gembira bagi pencinta haiwan ! Seorang manusia yang bijak bestari di Istanbul telah mencipta mesin layan diri ( Vending Machine ) yang menyediakan makanan dan air untuk anjing yang berkeliaran di bandar itu sebagai pertukaran untuk botol plastik kitar semula.
Mari kita lihat bagaimana ia berfungsi.




Vending machine ini dijana daripada tenaga solar, yang dipanggil Pugedon. Ia beroperasi tanpa sebarang bayaran kepada bandar tersebut dan menampung kos makanan yang disediakan dengan botol kitar semula yang dibuang daripada orang yang lalu-lalang disitu.

Di bandar seperti Istanbul merupakan rumah kepada lebih daripada 150,000 anjing dan kucing jalanan, Vending machine ini membantu menyediakan sumber makanan yang baik kepada haiwan sambil dapat membersihkan jalan daripada sisa buangan plastik yang boleh dikitar semula.




Turki juga mengguna pakai “Neuter and Release Program” yang mana para doktor haiwan menyediakan klinik bergerak untuk melawat setiap kawasan 2 hingga 3 hari pada satu masa dan dua kali dalam setahun untuk mensterilkan, vaksin dan menyediakan ID anjing dan kucing dan jalanan.

Ada 29 negara lain telah menerima pakai mesin ini di bandar-bandar mereka, dan menerima sambutan yang positif daripada penduduk tempatan.




Bagi maklumat lanjut mengenai projek ini, layari laman web Pugedon dan cari halaman Facebook mereka di sini. Spread the word!



Ake : Si Kucing penunggu yang setia

$
0
0

Seekor kucing yang memiliki bulu seperti sepasang tuksedo yang tampan ini menunggu di kerusi ini hanya kerana ingin menunggu tram. Di Netherlands, kucing ini telah mendapat perhatian penduduk yang menggunaan perkhidmatan tram dan penduduk sekitarnya. Penduduk Rotterdam-Kralingen sudah mula suka untuk menggunakan perkhidmatan ini semata-mata kerana ingin melihat kucing comel ini. Kucing ini diberi nama AKE.




Dia telah menunggu di hentian tram ini setiap hari selama 10 tahun , lama bukan ?



Kadang kala Ake menggunakan tram untuk berjalan-jalan dan semestinya dia menggunakannya secara percuma. Ake akan kembali ke hentian ini setelah puas berjalan bagi tujuan untuk mengambil gambar dengan para peminatnya dan juga memudahkan tuannya mencari.





Tuan Ake sangat terkejut kerana kucingnya tiba-tiba menjadi popular di tempatnya dan juga seluruh dunia.



Semua orang menyukai kucing comel ini dan selalu memberi makan padanya. Tetapi tuannya telah memberitahu diakaun Ake's Facebook page bahawa Ake mempunyai penyakit yang memerlukannya untuk mengamalkan diet seimbang, jadi tolong jangan beri makan pada dia sesuka hati. 




Cerita ini sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada kita bahawa kadang-kadang kucing comel juga dapat selesakan dirinya membuat kerja harian dan Ake telah memberi peringatan kepada kita bahawa kita patut bersyukur dengan apa jua yang kita terima di dalam kehidupan ini. 

Makanan yang TIDAK BOLEH dipanaskan semula

$
0
0

Apa yang anda lakukan apabila anda mempunyai baki makanan? Kemungkinan besar anda mungkin memanaskan semula baki makanan dan cuba untuk menikmatinya buat kali kedua. Bagi kebanyakan makanan kes-kes seperti ini akan dianggap diterima. Walau bagaimanapun, terdapat makanan tertentu yang menimbulkan risiko kepada kesihatan anda sebaik sahaja ianya dipanaskan berualang kali..


Di sini adalah senarai 7 makanan popular yang anda TIDAK boleh dipanaskan semula dan di makan lagi.


1. UMBI MERAH (BEETS)




Sayur-sayuran ini juga mengandungi nitrat, yang sangat baik untuk anda. Walau bagaimanapun, sayur-sayuran ini bukan memudaratkan jika dipanaskan, tetapi ia adalah makanan yang tidak perlu dipanaskan semula.

2. AYAM


Makan ayam selepas sehari atau lebih mmbuatkannya jadi berbahaya. Komposisi protein akan berubah, sering menyebabkan masalah penghadaman. Malah, ayam mengandungi protein lebih daripada daging merah. Adalah lebih baik untuk makan ayam sejuk, tetapi jika anda rasa ia adalah perlu untuk memanaskan ayam pastikan anda melakukannya dalam tempoh yang panjang pada suhu yang rendah.

3. KENTANG



Sayur-sayuran ini adalah benar-benar baik untuk anda. Ia mengandungi banyak nilai pemakanan. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja anda membiarkan kentang itu akan berpotensi kehilangan nilai pemakanan, dan juga menjadi toksik untuk sistem anda.

4. CENDAWAN



Cendawan ialah sebenarnya makanan yang paling terkenal yang tidak boleh dipanaskan semula. Cendawan sepatutnya dimakan selepas persediaan. Jika anda rasa perlu untuk makan mereka pada hari berikutnya pastikan anda makan mereka ketika sejuk. Komposisi protein mereka akan berubah dan juga boleh menyebabkan masalah kesihatan termasuk isu-isu pencernaan.

5. BAYAM


Pemanasan semula bayam adalah sangat berbahaya. Bayam mengandungi peratusan yang tinggi nitrat, tetapi apabila anda memanaskan semula bayam anda benar-benar menjadikan mereka nitrit. Ini juga carcinogenetic kepada badan. Bayam adalah lebih baik untuk makan dengan betul selepas persediaan.

6. TELUR



Ini adalah makanan yang berisiko tinggi untuk dipanaskan semula kerana ia boleh menjadi toksik jika terdedah kepada suhu tinggi. Walau bagaimanapun, ini tidak berlaku kepada makanan di mana telur yang terlibat sepanjang proses penyediaan. Anda terutamanya mahu menjauhkan diri daripada pemanasan semula telur rebus atau telur hancur.

7. SADERI



Sayur-sayuran ini banyak digunakan untuk sup, dan tiada siapa yang mengadu tentang itu. Seperti perkara lain dalam senarai ini saderi mengandungi nitrat. Tetapi jika anda panaskan semula sup anda memerlukan saderi, ia tidak baik untuk memanaskan semula sama seperti lobak merah. Ini hanya pemahaman umum ramai yang berkaitan dengan sayur-sayuran ini. Jadi lain kali anda berfikir tentang membuang beberapa sisa makanan dalam microwave atau ketuhar. Jika makanan anda terdiri daripada mana-mana makanan ini anda pasti perlu menimbang semula. Tetapi jika anda akan memanaskan semula makanan yang tidak digalakkan, berfikir tentang risiko kesihatan.



Cara buat pensil case dan beg make up guna gam dan mesin jahit

$
0
0

Adakah anda mempunyai kain lama di rumah anda, tetapi tiada mesin jahit dan sukar untuk mencari idea apa yang perlu dilakukan dengan kain tersebut jika anda tidak mempunyai peralatan atau kemahiran untuk menjahit. Sebelum anda berputus asa mencari cara, saya cadangkan kepada anda untuk tonton video cara-cara untuk membuat pensil case dan beg make up dibawah ini . Dengan hanya menggunakan kain, zip dan gam, anda boleh membuat sesuatu yang praktikal dan comel dalam beberapa minit. Tutorial yang ringkas dan mudah. Selamat mencuba.






Cara buat make up remover tanpa bahan kimia

$
0
0

Adakah anda pernah membaca di belakang botol makeup remover anda? Kemungkinan, anda tidak akan dapat mengenalpasti separuh bahan kimia yang disenaraikan dalam bahan-bahan tersebut. Bahan yang telah didapati mengandungi bahan kimia yang terkandung formaldehyde, unrefined petroleum, malah asbestos. Sejak makeup remover cenderung untuk menjadi langkah terakhir proses pembersihan muka, anda meninggalkan semua bahan kimia jahat pada muka anda sebelum anda tidur pada waktu malam! Terdapat satu penyelesaian yang mudah untuk masalah ini: anda boleh menggunakan bahan-bahan di dalam kabinet dapur anda untuk membuat makeup remover semula jadi yang benar-benar akan meningkatkan kualiti kulit anda. 


Untuk mencampurkan bahan makeup remover yang baik untuk kulit, anda harus menggabungkan satu bahagian minyak zaitun dan satu bahagian air. Kemudian, pecahkan kapsul vitamin E dan tambahkannya ke dalam bahan tadi.





Minyak zaitun adalah pelembab yang bagus, dan vitamin E pula membantu kulit mengekalkan minyak semula jadi. Vitamin E juga digunakan dalam kebanyakan produk anti-penuaan. Minyak dan air akan tidak akan bercampur, jadi anda perlu pastikan goncang campuran bahan tadi dengan kuat. Jika tidak, anda akan berakhir dengan lebih banyak air daripada minyak.

Daripada menggunakan air paip bagi makeup remover anda, lebih baik anda gunakan air yang telah ditapis. Air paip mengandungi mineral yang boleh menyumbat liang roma dan mencegah makeup dari tanggal sepenuhnya. Apabila anda menyiapkan DIY makeup remover atau apabila anda mencuci muka anda, cubalah menggunakan air yang ditapis untuk mendapatkan wajah yang bersih dan segar..

Jika anda tidak mahu membelanjakan wang ke atas vitamin E kapsul, gunakanlah minyak badam .


Minyak badam penuh dengan vitamin A, B, dan E, yang sering dimasukkan ke dalam produk yang dibeli dikedai. Jika anda tidak mahu keluar wang tunai untuk sebotol vitamin, pilihan ini adalah sedikit lebih murah. Jika anda terdedah kepada jerawat, campurkan satu bahagian witch hazel dan masuk ke dalam campuran bahan tadi.


Witch Hazel secara semulajadi membunuh bakteria. Tetapi dinasihatkan jangan menggunakan witch hazel pada mata anda kerana akan berlakunya bengkak. Jika anda takut untuk menggunakan minyak zaitun berat pada kulit anda, gunakan minyak jojoba sebaliknya.




Minyak jojoba adalah minyak semula jadi yang paling dekat dengan kulit anda, jojoba oil mengurangkan apa-apa reaksi negatif daripada kulit berminyak yang sering berlaku. Jika anda ingin mendapatkan bahan yang benar-benar mewah dalam bahan makeup remover anda tadi.


Air mawar penuh dengan antioksidan dan bau yang hebat. Penggunaan air mawar akan mengambil DIY makeup remover anda ke tahap yang mewah. Saya tahu minyak zaitun adalah baik untuk rambut dan kulit, tetapi saya tidak pernah menyedari bahawa minyak badam adalah lebih baik. Saya akan mula mencuci muka saya dengan air yang ditapis malam ini, dan buang makeup remover saya yang lama ! 


Viewing all 79 articles
Browse latest View live