Quantcast
Channel: monsterz
Viewing all 79 articles
Browse latest View live

Senarai model telefon rebate RM200 melalui Pakej Komunikasi Belia

$
0
0



Assalamualaikum
berita gembira untuk para belia berumur 21 ke 30 tahun apabila kerajaan mengumumkan Pakej Komunikasi Belia dimana kerajaan menyarankan 1 telefon pintar untuk 1 Belia bagi yang berpendapatan RM3000 ke bawah. tetapi apa yang korang tak tahu adalah ada antara Syarikat Telekomunikasi yang menawarkan telefon pintar 3G ( SmartPhone 3G ) sekali dengan pakej plan data mereka. So aku yang yang dah excited sangat bila kerajaan umumkan dalam bajet 2013 hari tu tiba-tiba terus rasa down sebab kena pakai tiap-tiap bulan nanti kena bayar bil pulak untuk pakej internet tu, nak tak nak kena terima jela. alahai ingatkan dapatlah merasa pakai handphone baru guna rebat RM200, tapi macam tu plak syaratnya and dorang pon tak offer semua jenis telefon tau.



Macam mana cara nak daftar rebate RM200 ? kalau yang masih berminat untuk dapatkan rebat RM200 ni boleh pergi ke :
  1. Pergi ke https://komunikasibelia.skmm.gov.my 
  2. Klik sama ada ingin membuat permohonan untuk pelajar / pekerja
  3. Jika permohonan sudah berjaya, boleh bawa dokumen di bawah ke syarikat telekomunikasi yang berdaftar :
  •   Fotostat IC / kad pengenalan
  •   Fotostat kad pelajar / kad matrik ( jika anda seorang pelajar )
     4. Anda boleh pergi ke Center Syarikat telekomunikasi pilihan untuk menebus rebat anda dengan  
         menunjukkan dokumen diatas dan nombor ID semasa mendaftar secara online.


Dekat mana nak dapatkan smartphone / handphone / telefon dari rebate RM200 Pakej Komunikasi Belia dan smartphone apa yang ditawarkan dalam senarai SKMM dan syarikat telekomunikasi ?

bagi pengguna Maxis korang boleh pilih nak guna Prepaid plan ataupun Postpaid plan. dapatkan smartphone di Maxis Center yang berhampiran. 



Prepaid plan bagi Maxis rebate RM200 Pakej Komunikasi Belia

  1. iPhone 5 - RM1999
  2. Samsung Galaxy S3 - RM1799 
  3. HTC Desire C - RM538
  4. Samsung Galaxy Mini 2 - RM399
  5. Nokia Asha 311 - RM219
  6. Samsung Galaxy Y -RM 169



Postpaid plan bagi Maxis rebate RM200 Pakej Komunikasi Belia


  1. iPhone 5 - RM1199 + serendah RM50 sebulan + 1GB internet (http://www.maxis.com.my/personal/iphone/rates.asp )
  2. Samsung Galaxy S3 - RM899 + RM75 sebulan + 5GB internet
  3. HTC Desire C - RM299 + RM28 sebulan + 200MB internet
  4. Samsung Galaxy Mini 2 - RM199 + RM28 sebulan + 200MB internet


bagi pengguna Celcom pula, Celcom menawarkan Samsung Galaxy Y tetapi bersama dengan data plan serendah RM78. So nanti dah beli smartphone ni sekali pakej dengan kena bayar bulan-bula RM78 atau lebih mengikut jenis data plan yang korang pilih.





tetapi kalau berminat korang kena Sign Up atau berdaftar dulu di alamat yang tertera di bawah :

Blue Cube CapSquare
Lot G-198 & 19C
Ground Floor, CapSquare Centre,
Capital Square,
50100 Kuala Lumpur.


bagi pengguna Digi pula, Digi juga menawarkan  Prepaid Plan dan Postpaid Plan seperti Maxis. dapatkan di Digi Store yang berhampiran.

Postpaid Plan bagi Digi rebate RM200 Pakej Komunikasi Belia

  1. Samsung Galaxy Note 2 - RM1199 + RM 88 sebulan 
  2. Samsung Galaxy S3 - RM899 + RM88 sebulan


Prepaid Plan bagi Digi rebate RM200 Pakej Komunikasi Belia
  1. Samsung Galaxy Y - RM169 + weekly 300MB internet
  2. HTC One X - RM1549 + weekly 300MB internet

bagi pengguna U Mobile pula, U Mobile menawarkan Smartphone beserta dengan U Mobile Starter Pack RM28 (UMI 28) dengan Unlimited mobile internet usage, FREE 100 minit voice call dan FREE 30 SMS ke semua rangkaian. Antara model smartphone yang ditawarkan ialah :




  1. Samsung Galaxy Y - RM199
  2. LG Optimus L3 E400 - RM199
  3. HTC Wildfire S - RM 299
  4. Sony XPeria Tipo Single - RM299
  5. Samsung Galaxy Ace Plus - RM499
  6. HTC Desire X - RM999
  7. Samsung Galaxy S3 Mini - RM999
  8. Huawei Ascend P1 - RM1099
  9. Sony XPeria SL - RM1199
  10. Sony XPeria ION - RM1299
  11. Samsung Galaxy Note - RM1599
  12. Windows Phone 8X by HTC - RM1599
  13. HTC One S - RM1638
  14. Sony XPeria S - RM1699
  15. Samsung Galaxy S3 - RM1799
  16. HTC One X - RM1799
  17. Samsung Galaxy Nexus - RM1899



dapatkan smartphone di U Mobile Store, cawangan Senheng atau cawangan SenQ yang berhampiran.

U Mobile paling banyak yang menawarkan model telefon pintar 3G ( Smartphone 3G) dari syarikat telekomunikasi yang lain tapi aku pon tak tahu la dia punya pakej internet tu ok ke tak, ada sesiapa tak yang pernah langgan pakej internet U Mobile ni , laju tak ? aku sebenarnya dah daftar rebate ni tapi masa tu tak tahu lagi kena pakai bil semua ni and sekarang aku pon keliru sama ada nak guna ke tak rebate tu sebabnya dia bagi tempoh kat kita 2 bulan je untuk guna lepas tu dah tarikh luput. Kalau dah lepas dari tarikh luput tak boleh nak guna rebate melainkan kita kena daftar untuk online yang baru semula. 

tapi memandangkan handphone favorite aku Nokia Lumia 820 / 920 tiada dalam senarai, macam nak kena fikir dua kali plak kan. dah la handphone favorite tak boleh beli, kalau beli handphone lain karang kena pulak pakai bil and bayar tiap-tiap bulan. kalau aku dah bekerja takpe jugak, ini baru je belajar. Pakej komunikasi belia ni bukan setakat bagi handphone je dekat para belia, tapi akan membebankan para belia menanggung bil internet tiap-tiap bulan. sekarang kan dah banyak kemudahan Wifi dekat mana-mana tempat especially kedai mamak, kedai makan cikai-cikai pon dah ada Wifi sekarang oooo. 

bagi yang dah bekerja boleh la manfaatkan rebate ni tapi kepada pelajar macam membebankan pulak. so buatlah pilihan dengan bijak. Tapi kalau nak tahu lebih banyak lagi smartphone apa yang di tawarkan bolehla pergi ke Maxis Center, Celcom Center, Digi Store, U Mobile Store yang berhampiran untuk mendapatkan senarai smartphone yang telah di update dan ketahui maklumat lanjut.



Shirieen @Shireeenz si gadis cilik fashionista

$
0
0


Assalamualaikum

hobi aku kalau masa lapang adalah aku suka tengok perempuan cantik. eh jangan ingat aku ni lesbian plak ok tapi serius aku suka tengok perempuan cantik sebab aku kagum dengan ciptaan Allah yang sangat indah. selain dari aku suka online facebook, menaip dekat blog aku suka juga baca-baca blog fashion sebab utamanya adalah aku memang suka sangat ikut trend fashion walaupun aku pakai ada yang serba tak kena hahaha. tapi aku baca and tengok gambar-gambar fashion terbaru dari blogger ataupun orang-orang yang pandai bergaya dekat instagram ( aku memang suka stalk instagram org..hahaha ) lepas tu aku akan shopping barang-barang yang aku nak sampai aku puas hati ! itulah adalah hobi aku paling desire sekali sebab duit pon sekali terbang...wakakaka

tapi aku nak share la dengan korang yang hobi lebih kurang macam aku ni, ada seorang ni yang aku suka stalk sebab dia memang pandai berfashion, fashionista dari Indonesia. Shirieen atau nama instagramnya @Shireeenz baru berusia 9 tahun tetapi gaya dia macam orang dah dewasa uols.....






kalau korang tengok gambar-gambar shireeeenz ni memang pandai dia mix and match kan baju dengan trend masa kini and kebanyakan dia akan pakai shawl. Memang nampak comel sangat.....

Selain dari shireeenz aku ada juga stalk instagram beberapa perempuan cantik dari Indonesia ni antaranya ialah si cantik manis Indah Nada Puspita. sweet je nama dia sesweet orangnya..and banyak lagi i fashionista dari Indonesia ni yela mana tahu korang dah boring follow orang dari Malaysia, meh kita tengok plak fashion dari negara seberang ni...



                                                            Instagram : indahnadapuspita




Instagram : dianpelangi




Instagram : sendymonarchi




                                                              Instagramshellaalaztha



Instagram : iymel



Instagram : puterihasanahkarunia



Instagram : aliaqueen


cantik kan fashion yang dorang gayakan, bolehlah jadi sumber inspirasi dekat aku and korang semua kalau nak bergaya. jangan terlalu berlebih and jangan berfashion sampai seksi dah la hehehe. jangan jadi mangsa fashion, biarlah fashion jadi mangsa kita wakakaka......

Gambar Siti Nurhaliza terbaru bertudung penuh

$
0
0


Assalamualaikum

rasanya semua orang dah tahu kan yang datuk Siti Nurhaliza penyanyi nombor satu negara ni dah bertudung penuh. yela sebelum ni kan datuk ct just bertudung separuh je and nampak juga sebahagian rambut dia tapi datuk ct telah buat keputusan setelah menyambut hari lahirnya yang ke 34 dengan memakai tudung sepenuhnya. Keputusan datuk ct juga mendapat sokongan dari suaminya yang tersayang, datuk k ataupun datuk seri khalid muhamad jiwa. 

agaknya dekat mana datuk siti nurhaliza belajar pakai tudung ala-ala hana tajima ni ye ? ke datuk ct pon ada tengok tutorial dekat Youtube cara-cara nak pakai shawl or selendang ni ? hehehe...mana tahu lepas ni ada pulak keluar tutorial cara-cara nak pakai tudung macam gaya datuk siti nurhaliza. yang pasti datuk ct dah sah-sah ada perunding imejnya yang tersendiri, orang berduit kan...diharapkan perubahan ni berkekalan. Amin










Preloved item kasut vincci, tudung bawal paisley, baju murah !

$
0
0


assalamualaikum

lama sudah tak buat preloved item sales. so kali ni aku kembali dengan kedai onlineku menjual barang-barang preloved item / ataupun barang-barang yang sudah terpakai and yang pastinya still dalam good condition. jangan risau kalau nak beli ye. Kali ni aku buat 3 barang dulu sebab ini je yang aku rasa nak jual and next time tengok la mana tahu ada lagi yang aku boleh jual. mari mari tengok apa yang aku jual,kasut vincci, tudung bawal corak paisley dan ROMP sweater pon ada. 


1. Vincci shoes / Kasut Vincci


Vincci leather shoes / kasut kulit vincci

color : brown / coklat
size : 4


 2. Tudung bawal 4 segi corak paisley

Tudung bawal 4 segi corak paisley

material : cotton
bidang : biasa / 45'
color : kuning + hijau + biru + putih

3. ROMP sweater 

ROMP sweater

size : fit to size S
material : cotton
color : red / merah


kalau berminat dan nak tahu harga boleh hantar mesej dekat facebook :

- FACEBOOK : Asmira Surianie
- http://www.facebook.com/creepymonster

Braces #4 : Setelah 3 bulan memakai braces

$
0
0


assalamualaikum

sedar tak sedar dah 3 bulan lebih aku pakai braces ni atau nama popularnya gigi besi hahaha. jangan main-main aku gigit korang nanti boleh berdarah kulit. banyak jugak perubahan dah berlaku kat gigi aku ni terutamanya gigi bawah. gigi belah atas ni nampak perubahan tapi baru sikit je bergeraknya. jom kita terokai gigi gigi ku..hahhaa..macam nak pergi rombongan sekolah pulak



slogan 

"Senyum sepuasnya selagi gigi dikandung badan "



perkembangan gigi aku sebelum dan selepas

gigi taring aku yang belah atas nampak dah macam turun sikit mencari kedudukan yang sesuai, and gigi aku yang belah atas yang masuk kebelakang sikit tu tengah nak masuk zon sebaris sebab gigi sebelah dia dah mula bergerak ke tepi. Alhamdulillah, aku pon tak tahu la bila masa gigi aku ni bergerak-gerak, sedar-sedar dah lari kedudukannya hehe.gigi belah bawah tu nampaknya semua dah nak sebaris mencari kedudukan yang sesuai. tapi ni semua makan masa lama lagi sebabnya gigi aku tak sepenuhnya tersusun lagi. nampak gayanya aku bergigi besi sampai habis degree 4 tahun dekat UPM la..semenjak pakai braces ni aku rajin sangat gosok gigi tak kira masa dan waktu..haha..maveless sangat !


kalau nak tanya aku pasal braces ni jangan segan, jangan malu. hantar je mesej dekat facebook :
- Facebook : Asmira Surianie 
- http://www.facebook.com/creepymonster



gangnam (SUPER KAMPUNG) style vs gangnam style ( KOREA ). terbaekkk lah !

$
0
0



assalamualaikum

dah jadi fenomena sekarang ni dengan gangnam style band dari korea ni, itupun aku tau mula-mula dari kawan-kawan facebook sampai jadi hits jugak kat blog dengan keyword apa itu gangnam style. mula-mula tengok macam apa ntah lagu ni terlompat sana sini memang memualkan. tapi bila dah lama tengok macam best plak sampai ternyanyi lagu gangnam style kat dalam bilik air, kat dapur, jemur kain pon nyanyi gak sambil buat gangnam style haha ( percaya ke aku buat ? ) . boleh try this exercise every morning ok sambil jiran-jiran tengok kita dengan peliks.



dalam youtube pon dah banyak orang buat video parody gangnam style ni, macam-macam gaya ada tapi dalam banyak-banyak video tu aku suka satu video dari FLY FM ni dorang buat gangnam SUPER KAMPUNG style. hahaha memang style la sebab aku baru tengok tadi sampai aku terikut-ikut masa breakfast sambil gigit roti dalam mulut, tangan dengan kaki buat gangnam style woo. antara gangnam style dari korea VS gangnam SUPER KAMPUNG style dari FLY FM aku lebih suka kampung style sebab kita kan orang kampung, bukan orang korea yang banyak buat pembedahan plastik sampai plastik dekat rumah pon tak kenal dah mana satu orang mana satu plastik. LOL LOL :D 


jom layan gangnam SUPER KAMPUNG style pagi-pagi ni, makcik pakcik atok dan nenek jangan lupa ikut serta buat style ni sebab boleh merawat tulang belakang and tulang kaki. lepas dah buat jangan lupa upload dekat youtube hahahaha. 




Persiapan masuk UPM

$
0
0



assalamualaikum

lagi satu hari je lagi aku akan tinggalkan rumah and family tercinta. sebabnya tak lain tak bukan aku nak pergi berperang. ye berperang untuk study selama 4 tahun hahaha. jangan nak gelak sangat la, nanti kat sana dah tak boleh gelak pulak, ha achaner tuu ? tengah mengira detik dan waktu je ni untuk sampai ke 2 September 2012.



sebelum ni memang aku takde pengalaman duduk kolej / hostel ke sebab masa pelajar dekat PUO dulu aku tinggal dengan family je, rumah dekat buat apa duduk kolej. haa sekarang amek kau, sekali dapat UPM ( Universiti Putra Malaysia ) Serdang. lepas dapat tau je dapat UPM sesi 2012/2013 dalam bidang khusus Bacelor Kejuruteraan Perisian ( Software Engineering ) rasa bersyukur sangat-sangat, Alhamdulillah impian nak masuk U tercapai jugak akhirnya lepastu excited terus start nak beli barang-barang keperluan. tapi sebelum beli barang-barang tu sempat lagi google apa barang yang perlu ada sebelum masuk U, nampak sangat aku memang excited and kelam sikit. jom buat checklist !

Baju Kurung (10-15 helai cukup)
Kemeja (labuh melebihi paras punggung) 
Blouse (labuh melebih paras punggung)
Kain Gelap (Hitam sahaja bagi Politeknik)
Baju Riadah (Putih Suci sahaja bagi UiTM)
T-shirt 
Pajama
Sweater Cardigan
Slacks (colour hitam paling senang kot!)
Track Pants (Hitam suci bagi UiTM)
Jeans (Politeknik tak boleh pakai pergi kelas, UiTM tak boleh ketat)
Skinny Jeans (tak boleh pakai pergi kelas)
Camisole
Kain Dalam (suka hati hang la nak warna apa pon) 
Bra & Panties + Sport Bra (kalau rajin, bawa la)
Kain Basahan / Kain Batik
Tudung (bawa la stok nak pakai setiap hari, jangan bawa sehelai je)
Anak Tudung
Brooch
Tali Pingang (kalau perlu. kalau aku pakai slack, perlukan tali pinggang)
Jam Tangan
Baldi
Gayung
Bakul Kecil (buat letak shampoo semua tu)
Laundry Bag
Sabun Basuh Baju
Softlan
 Berus
Hangers (bawak banyak banyak banyak banyak!)
Towel (2 helai)
Berus Gigi
Ubat Gigi
Shampoo
Conditioner
Sabun Mandi
Pencuci Muka
Cotton Bud
Kasut (Heels tak boleh dipakai ke kelas untuk Politeknik)
Flip Flop (1 untuk ke toilet 1 untuk keluar)
Stokin (untuk ke kelas dan untuk bersukan)
Compact Powder
Lipbalm/Lipgloss
Eyeliner
Makeup Remover
Facial Cotton / Tisu Basah
Cermin
Lens
Lens Casing
Lens Solution
Cermin Mata
Sikat
Penyepit Kuku
Getah Rambut
Deodrant
Perfume 
Pads (Day & Night)
Pantiliners
Shavers
Tweezer
Tisu Paket
Telekung
Sejadah
Al-Quran
Yaasin
Bantal
Sarung Bantal
Cadar
Selimut / Comforter
Iron (kalau malas bawa, kena pinjam jiran sebelah bilik! hehe)
Jam Loceng
Payung Kecik (ikut negeri mana kau belajar. Kalau belah utara panas gila kot)
Handphone
Charger
Pendrive
Mug, Heater (Ada 'mesin' dia kat sana tapi kalau dah pemalas tahap dewa bawak je la)
Sudu & Garfu, Mangkuk
Ubatan (Kat UiTM tu ada Unit Kesihatan, so ikut suka la nak bawa ke tak)
Mangga / Lock
I/C
Driving License (Nak sewa kereta pergi meronggeng senang ye)
ATM Cards
Cash
Beg ke Kelas
Beg Meronggeng (Handbag ke apa ke - kalau rasa perlu)
Alat Tulis 
Dictionary (Kalau power English, tak payah la bawa)
Kertas Kajang sebeban & File (untuk simpan kertas anda itu. Nak beli kat Koperasi pon bolehhh)
Stok Makanan! (Maggi, Nestum, Milo, Nesafe etc ikut suka kau la!)

bila barang-barang semua dah beli, nak uruskan plak dokumen-dokumen untuk di fotostat, untuk disahkan dan segala dokumen yang UPM nak masa nak daftar nanti dan jugak dokumen untuk pinjaman PTPTN. rumit memang rumit jugak nasib baik ada kakak and ibu tercinta membantu. aku memang 1st time pinjam PTPTN, mase diploma dulu tak pinjam pon. aku ada apply biasiswa JPA itupon kalau dapat la ikut nasib, selain tu aku ada minta bantuan dermasiswa Yayasan Perak dengan Baitulmal, tunggu jela keputusan macam mana. maklum la bukan sikit nak bayar yuran , untuk semester pertama je dah sampai RM2335.00 ! yuran poli dulu RM260 je. berbeza sangat.


tiba masa untuk packing segala barang keperluan dalam beg. rasa nak bawak semua je kan tapi beragak la sikit bukan duduk sana sampai tua haha. aku pon tak tau la kategori barang aku ni banyak ke tak sebab aku google jugak barang-barang orang masuk U ni, tengok ada je lagi yang banyak dari aku. nasib la ada group untuk student intake 2012/2013 yang senior-senior buat untuk memudahkan pelajar baru bertanyakan soalan . dari situ dah boleh tau segala jawapan walaupun kita tak tanya lagi. tengok la gambar beg-beg yang bakal aku bawak nanti, banyak tak ? haha. aku tak tau la macam mana nak bawak sikit, rumah dah la jauh, bukannya senang nak ulang alik angkut barang.





sekarang ni tengah bersedia akal, minda, fizikal, mental untuk mulakan hidup baru di UPM dan bersedia nak belajar balik sebab dah lama tak bukak buku kan. nak menyesuaikan diri dengan kawan-kawan baru, enviroment baru. arghhh harap-harap dapat survive la bila duduk sana nanti kepada kawan-kawanku yang belom dapat tawaran tu, bersabarlah rezeki mesti berpihak pada korang suatu hari nanti janji kita kena usaha, doa dan tawakal. InsyaAllah. yang paling aku suka ialah UPM ada tempat cantik dekat ladang ternakan yang dalam filem lagenda budak setan tu. aww cantik sangat photoshoot kat situ.







cantik kan ? nak tengok lagi tekan sini
oklah tunggu ye untuk update hari pendaftaran nanti. 


sesi pendaftaran di UPM Serdang

$
0
0


Assalamualaikum
minta maaf sebab lambat hari ini baru berkesempatan nak update pasal hari pendaftaran aku masuk UPM ( Universiti Putra Malaysia ) Serdang pada 2 september 2012 yang lepas bagi sesi 2012/ 2013. hati aku memang berdebar habis la sebab nak pergi tempat baru la katakan lepas tu tefikir-fikir macam mana la keadaan aku kat sana nanti kan. 

Pendaftaran bermula pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Aku and family pon memulakan perjalanan dari Ipoh pada pukul 6 pagi dan singgah untuk solat Subuh di RnR Tapah. Perjalanan mengambil masa selama 3 jam , aku sampai dekat UPM lebih kurang pukul 9 lebih la. Rasa macam tak percaya pulak dah sampai and aku kena tinggal kat situ selama 4 tahun. macam-macam dah aku fikir bila sampai situ, masa sampai pon dah sesat and kena patah balik untuk pergi ke kolej keduabelas  (12) iaitu kolej serumpun sebab kolej ni gabung semua kolej 12,13,14,15. sampai je pintu pagar nak masuk kolej kereta dah banyak parking dekat situ sebabnya untuk elakkan kesesakkan kereta kena parking dekat luar lepas tu ada perkhidmatan bas UPM bawa kita masuk dalam kolej. bawak la semua barang korang sekali time ni dan paling penting semua family kita boleh ikut naik bas tau.


dah la bawa banyak barang kan lepastu kena pulak naik tangga and daki bukit sikit sebab kolej 12 ni berbukit-bukit. Pelajar baru dikehendaki untuk mendaftar di Dewan Putra, masa tu kena masuk sorang-sorang so kena berdikari sikit la. haha


sementara aku masuk dekat dalam Dewan Putra ni, family yang menunggu kat luar dihidangkan dengan air dengan makanan percuma dekat luar. Lama jugak aku dekat dalam, lebih kurang setengah jam macam tu untuk isi borang and hantar segala dokumen yang dorang minta.


lepas dah habis selesai urusan mendaftar semua, aku pon dapat la kunci bilik. ingatkan datang dalam kul 10 pagi macam tu dapat la tempat bawah sikit, rupanya terus dapat tingkat 5 ! haha. memang lenguh la nak angkut semua barang-barang ni, nasib la ada orang lelaki kat atas ni yang tolong bawakan.



Ini la rupanya kolej 12.


ini pula rupanya bilik aku. bilik agak tidak kemas disitu ye and sempit la sikit kan sebab bilik ni untuk 4 orang, tapi dekat tengah-tengah ada partition untuk 2 orang belah kanan, 2 orang belah kiri. Bila masuk bilik ni aku ambil partition set dekat atas ni sebab katil disusun bentuk U, so ada ruang la sikit nak solat dan lalu lalang kan. kalau katil susun menegak je sempit la jugak nak lalu lalang dekat situ. Roomate aku plak ambil partition set belah kiri so aku duduk belah sini sorang-sorang je. lagi dua orang maybe senior akan masuk.


taraaaa ini la anak buah kesayangkan aku ni, memang rindu la kat dia lepas ni sebab jarang jumpa. lepas dah habis kemas semua barang-barang and makan dekat kafe dengan family, tiba la masa untuk perpisahan. alaa benda ni yang aku paling benci sekali. memang masa nak salam dengan mak, ayah dengan kakak aku tu dah menangis habis dah tak malu dengan orang lain dah. sedih gila al maklum la aku tak pernah duduk jauh dari family lepas tu kena pulak berpisah. tapi aku kena kuat, lepas ni buat apa-apa pon kena sorang je kat sini tiada siapa dah nak tolong bawakkan. pukul 4.45 petang dah nak kena siap-siap untuk orientasi pertama, 
ok lah jaga diri semua.

tips untuk pelajar baru yang nak masuk UPM :

  1. dalam bilik tiada bantal disediakan so korang kena beli.
  2. bilik berhabuk dan kotor, kena beli kain / mop dengan penyapu.
  3. kalau malas nak beli lagi, masa pendaftaran ada gerai-gerai yang akan jual barang-barang macam mop, penyapu,penyodok, tong sampah, air mineral dan sebagainya, kalau tak nak beli dekat gerai boleh beli dekat koperasi kolej.










Selamat pengantin baru kepada Ustaz Syed Kadir Al jofree dan Salima Habibi ( AF )

$
0
0

dalam pada orang semua duk kecoh pasal johan dengan lana nordin, yang tu aku tak berapa kisah sangat. tapi yang ini kisah sikit hehe. tadi baru je lepas balik dari ujian tocie yang sangat mencabar ala-ala muet speaking test tu, buka facebook and nampak Imam Muda Najdi share gambar perkahwinan Imam Muda Naufal, selamat pengantin baru jugak pada imam muda naufal...haa bawah gambar imam muda naufal ada gambar pengantin tapi aku tengok pengantin tu adalah Ustaz Syed Kadir Al-jofree. ustaz ni selalu keluar tv and paling famous selalu ada dekat tv9. ustaz ni pun baru je datang UPM hari tu bincang pasal bahaya syiah.




baru je like fanpage Ustaz Syed Kadir Al-jofree ni and tengok dia dah kahwin and ada anak-anak yang sangat comel macam muka budak-budak dekat palestine sana tu. ohhhh ok dah faham. ustaz syed kadir al-jofree ni kahwin dua rupanya, tapi takpela Allah dah tetapkan jodoh kedua dan isteri kedua dia, Salima Habibi kan. apa-apa pun tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin. Ustaz Syed Kadir Al-jofree pun sudah ikut jejak langkah Ustaz Azhar Idrus and Ustaz Zaharuddin berpoligami, asalkan dorang bahagia and dapat berlaku adil pada isteri masing-masing. Allah dah aturkan yang terbaik buat umatnya.







gangnam (SUPER KAMPUNG) style vs gangnam style ( KOREA ). terbaekkk lah !

$
0
0



assalamualaikum

dah jadi fenomena sekarang ni dengan gangnam style band dari korea ni, itupun aku tau mula-mula dari kawan-kawan facebook sampai jadi hits jugak kat blog dengan keyword apa itu gangnam style. mula-mula tengok macam apa ntah lagu ni terlompat sana sini memang memualkan. tapi bila dah lama tengok macam best plak sampai ternyanyi lagu gangnam style kat dalam bilik air, kat dapur, jemur kain pon nyanyi gak sambil buat gangnam style haha ( percaya ke aku buat ? ) . boleh try this exercise every morning ok sambil jiran-jiran tengok kita dengan peliks.



dalam youtube pon dah banyak orang buat video parody gangnam style ni, macam-macam gaya ada tapi dalam banyak-banyak video tu aku suka satu video dari FLY FM ni dorang buat gangnam SUPER KAMPUNG style. hahaha memang style la sebab aku baru tengok tadi sampai aku terikut-ikut masa breakfast sambil gigit roti dalam mulut, tangan dengan kaki buat gangnam style woo. antara gangnam style dari korea VS gangnam SUPER KAMPUNG style dari FLY FM aku lebih suka kampung style sebab kita kan orang kampung, bukan orang korea yang banyak buat pembedahan plastik sampai plastik dekat rumah pon tak kenal dah mana satu orang mana satu plastik. LOL LOL :D 


jom layan gangnam SUPER KAMPUNG style pagi-pagi ni, makcik pakcik atok dan nenek jangan lupa ikut serta buat style ni sebab boleh merawat tulang belakang and tulang kaki. lepas dah buat jangan lupa upload dekat youtube hahahaha. 




dalam mencari redha Allah

$
0
0

Assalamualaikum readers,

alhamdulillah di kesempatan ini aku masih boleh menulis setelah sekian lama aku tak menulis dekat blog ni.
alhamdulillah aku telah tamat semester 3 pada kali ini dan sekarang aku tengah beristirehat dekat rumah je
menikmati cuti yang ada. cukup-cukup la minda aku dah terpahat dengan buku, kuiz,ujian dan komputer dan sekarang ni pon aku baru je buka laptop untuk menulis entri ni setelah 4 hari aku balik rumah.

tanpa kita sedari kita sudah sampai pada tahun 2014. ya 2014, tapi dunia masih belum kiamat kan seperti yang diwar-warkan oleh orang barat yang kita akan kiamat pada 2012. pada semua kaum muslimin dan muslimat jangan risau, kamu semua masih ada kesempatan untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.

Bagaimana ingin melakukan perubahan ?

aku juga tidak terkecuali untuk melakukan perubahan pada diri aku setelah aku berumur 21 tahun. walaupun agak terlambat, tapi aku berjaya pupuk diri aku nak lakukan perubahan sebabnya aku rasa dalam masa 21 tahun aku hidup dekat muka bumi Allah ni macam aku tak buat apa-apa sumbangan pada diri sendiri, mahupun untuk semua masyarakat. perkara yang paling utama sekali aku tekankan adalah hal berkaitan SOLAT.

syukur alhamdulillah aku dikurniakan dengan emak yang amat mementingkan tentang solat. mak selalu pesan jangan tinggal solat, jangan lewatkan solat dan alhamdulillah aku dapat ikut rentak itu walaupun pada mulanya aku juga ada jugak rongak satu dua waktu sebab tertidur ataupun aku lengah-lengahkan
sampai habis waktu, Masya Allah ampunkan Ya Allah. Mak jugak selalu pesan, rajin-rajin la baca Al-quran, dari Al-quran tu berhabuk je dekat almari tu baik kamu baca, sehari satu dua muka surat pon dah cukup. Terkadang aku malas jugak nak baca kan, biasa la kita kan manusia biasa yang lemah imannya,
dicampur pulak dengan bisikan syaitan lagi la menjadi-jadi malasnya. Tapi alhamdulillah setelah kita praktis baca hari-hari, lama-lama akan jadi kebiasaan. Mula-mula aku praktis baca sehari dua mukasurat,lama-lama benda tu dah jadi biasa dan kita akan rasa nak baca dan baca lagi, MasyaAllah indahnya Al-quran itu.
Jom kita praktis baca al-quran hari-hari, tak banyak pon,sikit pon jadila terutamanya lepas solat maghrib sementara nak tunggu solat isyak. Surah yassin,surah al-mulk dan juga surah al-kahfi juga jangan lupa amalkan ye kawan-kawan yang dikasihi.

perkara kedua terpenting sekali bagi kaum hawa macam aku ini adalah AURAT. ya aurat...adakah kamu semua sudah menutup aurat dengan sempurna ? jom kita tengok balik apa yang kita pakai hari-hari apabila keluar rumah, dah cek gambar-gambar dekat facebook semua menutup aurat ke tidak? kalau tidak mohon
delete dengan kadar segera dari menjadi tatapan umum. kita pn tak tahu bila kita akan mati, so berjaga-jagalah dengan aset yang Allah dah pinjamkan ini. kan Allah dah bagi pinjam body kita dengan cukup sempurna, takkan la kita nak pulangkan balik nanti dengan cacat cela ye tak?




ingin aku kongsikan tentang kisah aku sendiri berkaitan AURAT ni,

pada mulanya aku juga seorang yang tidak menutup aurat dengan sempurna, maksudnya tutup ala kadar je, tudung singkat dan tudung tu pon sekadar nak tutup rambut dikepala je. masa tu aku pernah jugak nak berubah tapi disebabkan iman aku ni cepat goyah dek kerana terikut sangat dengan fashion yang ada sekali lagi aku rapuh. tapi lama kemudian aku fikir balik, aku pakai macam ni nak tunjuk dekat siapa? ke hanya nak menjadi tatapan dan siulan lelaki semata-mata ataupun sekadar suka-suka tanpa tujuan? haa dari situ la aku mula berfikir sedalam-dalamnye lah hoi sebab aku nak buat perubahan ni, nanti apa pulak cakap orang kan. Ya Allah, dah kenapa la aku nak fikir cakap-cakap orang sedangkan yang aku kena ikut adalah pencipta aku bukan orang disekeliling aku. hidup kita kalau dapat redha Allah pon dah cukup.


mula-mula aku berjinak dengan pakai stokin dulu. masa ni aku fikir, kalau aku pakai stokin tapi masih pakai lagi seluar ketat and baju ketat, apa fungsi aku pakai stokin ni? so pelan-pelan aku ubah cara aku pakai.aku mula la tengok semua baju-baju aku yang agak tak perlu dipakai lagi, aku simpan je dalam almari. tudung -tudung aku yang agak singkat pon dah simpan diam-diam dalam almari tu, yang tinggal untuk dipakai adalah baju-baju besar and tudung yang labuh sikit, tapi masa tu aku tak beli lagi tudung and baju lain. bila pakai yang hat lama tu, Ya Allah rasa macam apa aku pakai selama ni ? malu dengan diri sendiri wei, time tu rasa nak menangis sangat jangan cakap la...mula-mula aku malas jugak nak pakai handsock ( sarung lengan ) tu sebab aku rasa macam rimas wei, rasa macam susah nak buat kerja tapi bila dah selalu pakai kita akan jadi biasa. kaum hawa semua silalah cuba, kalau tak cuba tak tahu tau, lengan juga aurat!

kalau dulu pakai tudung bawal je lepastu letak atas bahu, dada pon terdedah tapi lepastu baru la aku mula beli tudung besar sikit. aku ni peminat tudung syria so aku beli yang saiz M, and then yang saiz M tu pon aku rasa macam dah makin mengecik pulak so beralih ke saiz L. kalau nak diikutkan, tudung bawal yang biasa tu kan macam jarang sikit, so aku lebih suka untuk pakai tudung bawal dari akel yang bidang 50 inci tu. biaq p la ada orang cakap aku macam ustazah ka, alim ka, asalkan aku beli tudung ni memang bertujuan nak tutup aurat.susah sebenarnya kalau nak dengar cakap orang,sampai kadang-kadang ada jugak sedikit terguris dekat hati ni bila orang kata kita kan, tapi nak buat macam mana. bak kata ustaz abdullah khairi, hidayah bukan milik kita, tapi milik Allah, apa  yang aku boleh buat adalah berdoa untuk mereka-mereka ni sebab doa kan senjata orang mukmin, so apalagi jom kita tembak doa.





tapi yang paling aku kesal sekali dalam hidup ini adalah hal berkaitan cinta.

Ustaz Izhar Ariff ada berkata,

" Kekhilafan pada seorang hamba apabila ia meletakkan cinta yang paling utama adalah kepada makhluk.
jika tidak diterima kecintaannya 100% ada duka pada hatinya "

cinta yang utama adalah pada illahi dan Rasulullah s.a.w

jodoh, ajal dan maut Allah dah tentukan, so kita sebagainya hambanya hanya dapat berdoa dan berusaha untuk dapat yang terbaik.
kalau benar cinta kenapa kita jauh dari pencipta , kata Pencetus Ummah Rahmat. 
bercinta jangan sampai lupa Allah, ingatlah kita bahawa rasa cinta tu pon Allah yang pinjamkan.
kalau dia nak tarik bila-bila masa pon boleh. so sayangilah diri kita sendiri, cinta Allah, cinta Rasulullah, cinta Islam sebelum nak bercinta dengan orang lain. perbaiki diri mana yang lompong sana lompong sini tu baru la kita boleh mengubah orang. semuanya bergantung pada diri kita, antara nak ke tak nak je.
jangan cakap tak boleh sebab kamu semua boleh!
aku hanya sekadar ingin memberi nasihat, aku pon banyak kekurangannya lagi, masih terkapai-kapai.
nak masuk syurga tak ?
masa depan kita, kita yang tentukan! 
Assalamualaikum.

Penjelasan isu comango

$
0
0
Assalamualaikum.
Baru-baru ini aku tengok banyak orang memperkatakan tentang isu comango sampaikan aku tertanya-tanya apa sebenarnya comango ni atau mungkin isu ni dah lama sebenarnya? Dah la lama tak tengok berita, lagipon berita sekarang pon dah tak macam dulu lagi semuanya berkisarkan politik semata-mata macam nak kempen dah aku tengok and ramai orang jugak menyokong untuk tolak comango.

Apa sebenarnya COMANGO ? hasil carian di wikipedia,

COMANGO (Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process) atau Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia ialah sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia yang mengemukakan laporan hak asasi manusia ke prosesSemakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 24 Oktober 2013 di Geneva. Gabungan ini disertai oleh 54 NGO Malaysia. Menurut kenyataan ISMA, hanya 12 daripada kesemua 54 NGO dalam gabungan Comango yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Hal ini disahkan oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia bahawa Comango adalah sebuah gabungan pertubuhan yang tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).
Kajian laporan hak asasi manusia ini dilakukan setiap 4 tahun oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC). Mereka akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta prestasi isu-isu yang melibatkan hak asasi manusia sejak tahun 2009 terhadap 193 buah negara-negara anggota PBB termasuk Malaysia. Proses ini disebut sebagai Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia.

Bagi yang nak tahu apa yang ada dalam laporan dan apa yang terkandung didalam laporan COMANGO boleh download link dekat bawah ni. Baca and faham.

---- laporan COMANGO ----




dari apa yang aku lihat, banyak kempen yang tolak sekeras-kerasnya comango  disebabkan mereka telah menekan tentang limaa perkara iaitu :-

1. kebebasan untuk murtad.
2. hapuskan hak istimewa Melayu.
3. benarkan Kristianisasi & Syiah.
4. hapuskan hukuman Syariah.
5. membenarkan perlakuan seks songsang.

aku nak kongsi and share dekat blog ni mengenai satu penjelasan mengenai COMANGO daripada saudara Mohd Syamirulah Rahim dilaman facebook beliau.

Saya ditanya, apa pendirian saya mengenai COMANGO. Mungkin kerana individu tersebut melihat saya banyak melontarkan komen-komen dan kritikan-kritikan ke laman ISMA/Arus Baru, badan NGO yang cukup kritis mengenai COMANGO ini. Jawapan saya, MAJORITI tuntutan COMANGO itu saya bersetuju, dengan sebahagian daripadanya perlu pendetailan lanjut, manakala sebahagian kecil lagi yang saya tidak bersetuju. Namun secara keseluruhan, saya katakan laporan COMANGO amat baik untuk diperhalusi dan tuntutan-tuntutannya perlu dipandang serius sama ada di peringkat negara mahupun di peringkat antarabangsa sebagaimana yang COMANGO bawakan. 1/ SUMBER Rata-rata yang bercakap mengenai COMANGO, berapa kerat sahaja yang membaca keseluruhan dokumen COMANGO tersebut. Sebaliknya, ramai yang hanya terpengaruh berdasarkan artikel-artikel pihak ketiga sama ada ISMA, Arus Baru, Harakah, hatta jentera kerajaan sendiri seperti Utusan dll. Begitu juga dengan poster-poster, saya cukup rasa skeptik kerana perenggan-perenggan yang ditulis COMANGO begitu panjang lebar penjelasannya, cuma disimpulkan dengan sepotong ayat sahaja. Islam mengajar kita untuk bersifat adil, dan meletakkan judgement sebegini adalah tidak adil meskipun terhadap COMANGO. Kita marah apabila orang yang berminat mengetahui mengenai Islam, bertanya kepada pihak yang tidak sepatutnya. Contohnya belajar mengenai Islam melalui media-media barat, atau melalui orientalis dll. Kita sering katakan, nak belajar mengenai Islam, rujuklah sumber utama Islam iaitu AlQuran sendiri. Logiknya begitulah. Mestilah terasa bangang apabila ingin tahu mengenai resepi memasak tomyam, tetapi ditanyanya kepada seorang doktor. Ya, mungkin doktor kuat makan macam saya boleh la ala kadar menceritakan resepi tomyam, tetapi tentulah yang lebih original dan tepat jawapannya, ditanya kepada chef tomyam sendiri. Begitulah kiranya mengenai sumber. Saya diajar dalam Islam, untuk mementingkan perihal sumber. Jika sesuatu mengenai agama yang diceritakan, biarlah diceritakan oleh ulama' se-alim mana sekalipun, ia tidak menghalang saya untuk bertanya dengan hormat, "Min aina laka haza?" (Dari mana kamu dapat benda ini?). Inikan pula yang disampaikan tersebut adalah naqib/naqibah/murabbi/murabbiah, tentulah mereka juga berhak ditanya. Apatah lagi terhadap artikel-artikel atau poster-poster yang disebarkan, yang tidak diketahui siapa pembuatnya. Ini sikap tabayyun yang diajar dalam Islam. Hakikatnya apabila saya membandingkan apa yang diulas/dipetik dengan apa yang sebenarnya ditulis didalam laporan COMANGO, perbezaannya sangat ketara sekali. Contohnya, mereka kata Perenggan 6(2) didalam COMANGO menuntut agar dimansuhkan hak orang Melayu. Ini pelik, kerana jika mengenai perlembagaan yang dibincangkan, COMANGO membicarakan mengenai perkara perlembagaan didalam Perenggan 2, bukannya Perenggan 6. Perenggan 6 membicarakan mengenai isu Racism. Kalau saya penulis COMANGO, yang berhasrat nak meminda perlembagaan dalam perkara hak orang Melayu, saya akan sebut dalam Perenggan 2, bukannya Perenggan 6. Nampak sangat, laporan ini dicincang dibedah dan diambil separuh-separuh, bukannya dibaca as a whole. Begitu juga contoh lain, dalam Perenggan 1, mereka mengatakan COMANGO menuntut negara menandatangani ICCPR yang membolehkan seseorang menukar agama sesuka hati. Padahal kalau dilihat Perenggan 1 membincangkan mengenai international obligations, yang bukannya ICCPR semata-mata, sebaliknya ada beberapa lain lagi international obligations seperti ICESCR, ICERD, CAT, ICRMW. Malahan dalam komponen ICCPR sekalipun, hanya satu sahaja yang menyentuh mengenai kebebasan beragama, iaitu Artikel 18 ICCPR, daripada kesemua 53 artikel yang ada. Hanya satu per 53, daripada ICCPR berbanding banyak lagi international obligations yang dituntut, mereka terus menyimpulkan bahawa Perenggan Satu adalah semata-mata untuk membenarkan orang murtad sesuka hati. Ini tidak benar. Tak payahlah bersetuju dengan Artikel 18 ICCPR tersebut, tetapi baki 52 Artikel lain yang menyentuh mengenai kebebasan ekonomi, kebebasan untuk travel, kebebasan daripada penderaan fizikal, takkan itu semua pun nak campak buang juga. Nak contoh lagi? Dalam Perenggan 3, COMANGO ada menyebut mengenai SOGI (Sexual Orientation and Gender Identities). Bila sebut pasal SOGI, terus puak-puak ISMA dsb ini membayangkan LGBT. Padahal SOGI adalah istilah umum. Saya lelaki, anda lelaki, dia perempuan, kita semua "straight", itu pun SOGI juga. Menyentuh mengenai LGBT, benarkah COMANGO menyuarakan agar hak diberikan kepada LGBT? Cuba tengok sendiri artikel penuh yang ditulis dalam laporan COMANGO. "escalation of discrimination and violence against lesbians, bisexual women, and the transgendered." (Perenggan 4.2) "Lesbians, bisexuals, gays, transgendered, inter-sexed and queer persons (LBGTIQ) are vilified, face violence, and are subjected to constant harassment by state and non-state actors alike" (Perenggan 6.1.1) "the Prime Minister has labelled the LGBT as enemies of Islam." (Perenggan 6.1.2) Kedudukan LGBT didalam Islam itu satu perbincangan yang luas. Tetapi yang COMANGO bangkitkan dalam laporan ini adalah mengenai DISKRIMINASI, KEGANASAN (VIOLENCE), GANGGUAN (HARASSMENT) ke atas mereka. Jika difikirkan dengan baik dari sudut Islam sekalipun, adakah Islam memang tidak membenarkan LGBT. Tetapi adakah ini bermaksud Islam membenarkan kita untuk mendiskriminasi mereka? Contohnya, seorang pondan datang ke sebuah restoran, tetapi tuan punya restoran menghalaunya disebabkan dia pondan. Boleh ke disisi Islam, kita buat macam ni? Apatah lagi violence (keganasan). Constant harassment - bila kita dapat tahu rakan kita rupanya seorang gay/lesbian, kita kutuk dia, boikot dia, takmau makan semeja dengan dia, hina dia. Inikah yang Islam ajar? Tentu sekali bukan. Apatah lagi melabel mereka sebagai "musuh Islam". Bukankah mereka ini golongan yang sebenarnya perlu dibimbing, jika tidak dapat mengubah mereka sekalipun, setidak-tidaknya agama tidak mensisihkan mereka. Ini pendekatan yang diambil oleh pendeta Kristian, mereka tidak bersifat menghukum sebaliknya mereka mengambil pendekatan memahami dan mencari punca. Pendek kata, saya tidak nampak COMANGO menuntut agar LGBT ini dileluasakan. Takde pun COMANGO mencadangkan agar diwujudkan persatuan khas untuk LGBT, atau NGO khas untuk membela nasib LGBT, atau peruntukan khas untuk mereka. Sebaliknya, berdasarkan apa yang ditulis dalam laporan mereka, COMANGO menggesa agar perbuatan zalim (diskriminasi, keganasan dan penghinaan) ke atas golongan ini dihentikan. Tentu sekali saya bersetuju. Contoh terakhir saya nak bagi, adalah mengenai isu penghapusan undang-undang syariah. Serius, saya meneliti dari muka pertama hingga akhir, tidak ada pun yang dikatakan menghapuskan undang-undang syariah, sebaliknya yang ada hanyalah cadangan penambahbaikan, terutamanya dalam lampiran (annex) yang disediakan oleh SIS. Saya ambil contoh, Perenggan 6.4 : Repeal S377A of the Penal Code that crinimalises consensual anal and oral sex. COMANGO menuntut agar kesalahan anal and oral sex dibuang dari undang-undang. Hah? Biar betul? Mana boleh camni! Rilek, yang disebut di atas adalah Penal Code. Bukannya undang-undang Syariah. Agama kita memang la mengharamkan perbuatan homoseksual. Tetapi ianya tidak semestinya haram bagi penganut agama lain. Kita nak paksakan hukum Islam ke atas orang lain, sudah tentulah zalim namanya. Boleh kita paksakan undang-undang, non-muslim juga diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan? Tangkap non-muslim yang tak puasa, usung dalam van jenazah? Tentulah tidak boleh. The best way regarding this, pada pandangan saya, adalah kesalahan liwat itu dihukum melalui undang-undang syariah, bukannya Penal Code. Takde problem. Begitu juga contohnya Perenggan 9.1, Hak untuk Privasi dibawah kesalahan syariah. Yang ini saya setuju sangat, perkara ini telah berulangkali dibangkitkan oleh Dr. Asri didalam siri-siri kuliah dan artikelnya. ISLAM TIDAK MEMBENARKAN TAJASSUS (MENGINTIP). Yang serbuan-serbuan maksiat di hotel-hotel itu, tidak ada didalam sumber asal Islam. Yang dibuat sekarang ni pun hanya berdasarkan prinsip saad'ul zarai sahaja. Hakikatnya ia membawa banyak kelemahan. Islam tak mengajar kita mengaibkan orang macam tu. Seterusnya, perenggan 9.2.1, COMANGO menyenaraikan masalah-masalah didalam undang-undang Syariah. Dalam bab ini, SIS mengambil banyak peranan membawa cadangan pindaan ke atas beberapa akta didalam undang-undang ini. Saya ulang, PINDAAN. Sebagai contoh, didalam lampiran yang dikemukakan (disediakan oleh JAG, yang antara ahlinya adalah SIS), dibincangkan mengenai tafsiran "harta sepencarian". Cerita panjang lebar boleh dibaca sendiri, tapi ringkasnya, definisi "harta sepencarian" sedia ada adalah terlalu longgar, yang membolehkan seorang suami apabila sudah menceraikan isterinya, mengambil tindakan membekukan akaun isterinya sendiri agar isterinya tidak boleh ambil duit dari akaun, padahal akaun itu milik isteri itu sendiri, atas nama "harta sepencarian". Ini sudah tentu kezaliman kepada isteri yang diceraikan. Anda setuju ke, bila bercerai laki anda call bank dan bekukan akaun anda, padahal time tu la anda takde duit tinggal sehelai sepinggang? Di sini isu yang SIS bangkitkan, agar definisi "harta sepencarian" itu dipinda semula. Bukannya batalkan terus undang-undang syariah, bak kata ISMA! Begitu juga contoh lain, mengenai isu syarat berpoligami, akta sedia ada menggariskan syarat "just OR necessary". Bermaksud seseorang lelaki yang ingin berpoligami, perlu memenuhi syarat ADIL atau perlu. Dalam banyak kes, mahkamah tidak dapat membuktikan bahawa lelaki mampu berlaku adil, tetapi kebenaran berpoligami terpaksa diberikan juga kerana lelaki tersebut menggunakan alasan "perlu" (seperti mencegah dari berlakunya zina dsb). Apa yang SIS cadangkan, adalah dipinda perkataan OR menjadi perkataan AND, iaitu agar lelaki "adil DAN perlu", dengan ini lelaki yang didapati tidak mampu berlaku adil (contohnya tidak cukup nafkah yang mampu diberi), tidak lagi sewenang-wenangnya dibenarkan poligami. Bagi saya, ini suatu pindaan yang bagus. Takde masalah, biarpun datang dari SIS, tapi memandangkan apa yang dicadangkan itu bagus, tak sepatutnya kita menolak begitu sahaja. 2/ SUBSTANTIAL Sekaligus membawa kita ke bab seterusnya, iaitu mengenai SUBSTANTIAL. Boleh ke kita menerima cadangan SIS tu? Bukankah SIS ini organisasi yang memutarbelitkan Islam, memandai-mandai menggunakan kefahaman sendiri dalam menafsirkan Islam, ahli-ahlinya tak pakai tudung. Mana boleh dengar cakap orang yang macam tu! Ye ke? Islam mengajar kita, sokongan atau penolakan kita terhadap sesuatu, mestilah secara substantial. Apa maksud substantial tersebut? Maksudnya, hendaklah bukan secara superficial, atau atas sekadar nama. Saya ambil contoh dalam Islam, kita belajar mengenai halal dan haram sesuatu. Halal dan haramnya sesuatu perkara/makanan/perbuatan, adalah bersifat substantial. Contohnya, beer. Kita tahu, beer itu haram, sebabnya ada khamar (unsur yang memabukkan). Tapi, adakah semua beer itu haram? Root beer, yang selalu kita minum, tak haram pula. Ini kerana, kita tahu dalam root beer tidak ada khamar. Ianya hanya sekadar nama. Kita tak mengatakan semua itu haram, asal nama beer sahaja, haram. Kita kena selidiki perinciannya. Begitu juga, tidak semestinya semua yang dimasak orang bukan Islam itu, haram. Tidak, sebaliknya sesuatu masakan yang dimasak mengikut prinsip Islam yang betul, adalah halal, tidak kira siapa yang memasaknya. Ayat mudah yang selalu orang guna pakai adalah - unzur ma qola, wa man qola (Lihatlah apa yang dicakap, bukannya siapa yang bercakap). Kan selalu kita dengar ayat ni? Dalil bagi kaedah ini adalah sebuah hadis sahih, bahawasanya Abu Hurairah pernah menceritakan kepada Rasulullah s.a.w peristiwa beliau berjumpa dengan iblis, dan iblis mengajarkan beliau untuk membaca ayat kursi. Rasulullah s.a.w mengiyakan apa yang diajar oleh iblis tersebut. Ini menjadi pedoman kepada kita, bahawa sesuatu itu yang datang hatta dari iblis sekalipun, sekiranya betul, maka kita terima. Rasulullah s.a.w mengajar kita untuk bersikap substantial, tidak prejudis. Sedangkan dari syaitan pun Rasulullah s.a.w mengakuinya, inikan pula dari SIS. Taktau la kalau kita kata SIS tu lagi teruk dari iblis kot. Kisah ini diriwayatkan didalam Sahih Bukhari. Ibnu Hajar Al-Asqalani melalui komentarnya didalam kitab Fathul Bari membawa pengajaran dari hadis ini mafhumnya; "Orang faajir (pelaku maksiat) seperti syaitan, kadang kala tidak membawa manfaat, dan kadang kala ada manfaatnya. Boleh sahaja seseorang mengetahui sesuatu namun tidak mengamalkannya. Boleh sahaja seorang kafir itu benar dalam sesuatu yang tidak ditemui pada seorang muslim. Dan orang yang biasa berdusta, berkemungkinan sahaja jujur pada satu waktu yang lain." Penolakan, atau persetujuan kita terhadap COMANGO, adalah sesuatu yang substantial. Kita tidak menolak COMANGO semata-mata kerana SIS menjadi kepalanya. Mentang-mentang ada nama Marina Mahathir, kita assume ini mesti benda mengarut ni. Tak bolehlah macam itu, ianya tidak bertepatan dengan apa yang diajar dalam agama. Kita tidak "membangkang for the sake of membangkang". Kalau SIS tiba2 keluarkan pernyataan "kita mestilah makan nasik", tiba-tiba ada diantara kita bangkit kata - "mengarut, mana boleh makan nasik, kita makan benda lain!", semata-mata sebab yang sebut awal2 tu adalah SIS. Tak ke lucu jadinya tu? KESIMPULAN Isu COMANGO menuntut kita agar mengamalkan apa yang dipelajari melalui Islam, seperti kepentingan bertabayyun, kepentingan berlaku adil, dan kepentingan mempunyai ilmu dalam apa yang dibuat. Jikalau kita menghadkan input kita kepada sumber-sumber yang telah ditapis - contohnya hanya membaca apa yang dilaporkan oleh ISMA, sudah tentulah kita memahami dengan apa yang mereka mahukan kita fahami. Terfikirkan kita, bagaimana begitu mudah sekali mereka merumuskan perenggan-perenggan yang berjela-jela panjang, menjadi satu ayat beberapa perkataan yang ringkas? "Menuntut hak dibenarkan umat Islam untuk murtad""Menuntut dibenarkan penyebaran syiah dan kristianisasi""Menuntut diiktiraf budaya seks songsang (LGBT)""Menuntut hak istimewa bangsa Melayu dipinda.""Menuntut keistimewaan hak jagaan anak kepada bukan Islam.""Mendesak penghapusan hukuman syariath". Saya mohon anda tanya diri sendiri, logik kah, sebuah laporan 22 mukasurat dengan 120 perenggan lebih (lebihkurang), dirumuskan kepada hanya enam ayat di atas sahaja? Orang yang mindanya berjalan pasti akan terfikir, selain point-point di atas, apa perkara lain yang disentuh ek. Nama pun laporan. Betul ke itu yang disimpulkan? Takkan la takde information leakage. Dan orang yang jujur mahu mengetahui kebenaran, pasti akan membuka laporan asal COMANGO ini dan meneliti setiap satunya, dan meneliti keseluruhannya secara penuh. Mustahil sesuatu yang kompleks sebegini, ada orang yang boleh "setuju semua" atau "bangkang semua", takkanlah tidak ada langsung point positif yang di-highlight oleh COMANGO. Tidak bersetujukah anda dengan Perenggan 13.2 - Ensure that all children in Malaysia, regardless of their status, have access to education at the same costs. Tidak bersetujukah anda dengan Perenggan 14.5 - Increase the amount of financial support to PWDs (sila baca sendiri apa itu PWD). Tidakkah anda rasa selamat dengan tuntutan pada Perenggan 7.2 - The right to life encompasses the right to be free from violence. Atau paling-paling cikai pun, kalau anda sayang kucing at least sokonglah Perenggan 7.2.1 dan 7.2.2, "Research has shown that there is a connection between violence against animal and violence against humans: pet abuse is 1 of 4 predictors of domestic violence; 65% of persons arrested for animal crimes have been arrested for battery against another person; and of 36 convicted multiple murderes, 46% admitted torturing animals as adolescents. Promoting and protecting animal rights is important in itself, but may also have an impact on Malaysia's efforts to reduce violent crimes." Tengok kucing anda kat sebelah tu. Hak dia pun, COMANGO pertahankan! Atas sebab itulah, satu yang saya terkilan dalam bab tuntutan COMANGO ini adalah, pada pandangan saya, kita komuniti Muslim sepatutnya lebih terkehadapan dan menjuarai isu-isu yang dibangkitkan oleh tuntutan COMANGO ini. Banyak tuntutan yang digariskan - seperti hak pekerja, hak ke atas alam sekitar, hak ke atas penduduk minoriti dan kaum asli, hak bagi mendapatkan servis kesihatan, hatta hak haiwan sendiri, semua ini merupakan perkara-perkara yang sedia ada dituntut didalam Islam. Saya menjadi malu apabila sebuah NGO yang sering kita kritik bahawasanya mereka ini tak faham Islam, mereka ini sekular, liberal, dsb, tetapi lebih prihatin berbanding kita yang mengaku Muslim, mengaku lebih faham Islam berbanding mereka. Jika mereka boleh mengumpulkan 54 NGO untuk sama-sama memperjuangkan sesuatu yang menjadi HAK UNIVERSAL SETIAP MANUSIA (dan haiwan), kenapa tidak ada wakil dari Islam turut serta? Yang ada pun, SIS tu jelah. Apabila kita menyebut "BISMILLAAHI AR-RAHMAAN AR-RAHIM", kita menyeru kepada sifat pemurah Allah ke atas sekalian umat manusia terlebih dahulu (Ar-Rahmaan), sebelum sifat kasih Allah ke atas umat Islam yang khusus (Ar-Raahim). Tetapi kenapa tidak kita bawa dan praktiskan ia? Secara keseluruhan, tuntutan COMANGO adalah tuntutan yang baik. Terdapat beberapa modifikasi pendetilan yang perlu dilakukan, manakala lompong-lompong yang ada boleh ditampung dengan adanya undang-undang syariah di negara kita. Namun untuk menolak COMANGO secara totok, bagi saya adalah satu kerugian yang besar. Kepada puak-puak yang bangkit marahkan COMANGO, saranan saya, sediakanlah satu lagi laporan "versi Muslim" yang mengekalkan sisi-sisi baik laporan COMANGO, maka nescaya saya akan segera mengangkat tangan dari laporan COMANGO dan menjulang laporan anda pula. Wallahua'lam.

harap yang melihat boleh membaca, yang membaca boleh mencerna. yang tidak cakna jangan memukul rata. Apa-apa kekasaran yang tercatit bukanlah untuk menyakiti rakan dakwah yang telah banyak bekerja untuk ummah. Ambillah penjelasan ini dengan keterbukaan ilmiah dan kelapangan ukkhuwah. Aku rasa ada betul dan salahnya sebab kita pon tak boleh la percaya 100% dengan apa yang dilaporkan sebab kita sendiri tak pernah nak menilai apa sebenarnya yang terkandung dalam laporan comango tersebut. yang buruk datang daripada saya, yang baik daripada Allah S.W.T. Wallahua'lam.


bahaya sushi terhadap kesihatan jantung

$
0
0

syukur alhamdulillah dekat Malaysia ni kaya sangat dengan makanan dan nasib baik jugak la sushi bukan antara makanan kegemaran aku. pada penggemar sushi dan yang selalu sangat makan sushi tu diharapkan dapat la kurang-kurangkan makan selepas membaca kajian dekat bawah ni.


SUSHI selama ini dikenali sebagai makanan sihat kerana ia mengandungi rendah kalori tetapi kaya dengan omega-3. Tetapi kajian mendapati, rutin pengambilan sushi akan membuatkan tubuh terdedah kepada lebih banyak logam, sekali gus meningkatkan risiko penyakit jantung. Menurut kajian tersebut, ikan mentah berpotensi membahayakan kesihatan kerana tinggi kandungan logam berat. Raksa boleh menyebabkan sistem saraf terjejas jika diambil dalam jumlah yang banyak manakala raksa dalam makanan cepat diserap oleh tubuh. Ikan seperti tuna gergasi, todak, yu atau sardin memiliki kandungan raksa yang tinggi kerana ia memakan ikan lebih kecil. Kajian sekumpulan penyelidik Majlis Pertahanan Sumber Alam Semula Jadi (NRDC) di New York, Amerika Syarikat (AS) mendapati pengambilan ikan dicemari raksa boleh memberi menyebabkan kemandulan dan tekanan darah.




Selain itu, ia juga menyebabkan lupa ingatan, menggeletar dan buta manakala peningkatan kadar raksa meningkatkan risiko penyakit jantung. Keputusan analisis penyelidik daripada Universiti Rutgers di New Jersey itu membabitkan pengambilan raksa oleh lebih 1,200 orang responden. Peserta yang mencatat bacaan tinggi kebanyakannya merupakan peserta yang gemar memakan sushi. Mereka turut disoal lebih lanjut berkenaan jumlah dan jenis sushi yang dimakan setiap bulan. 

Penyelidik mendapati, kebanyakan peserta percaya sushi akan memanjangkan umur mereka tetapi meragui bahawa kandungan raksa pada sushi cukup tinggi untuk membahayakan kesihatan mereka. Menurut kajian Pusat Perubatan Wexner Universiti Ohio, AS, kadar raksa yang tinggi dikaitkan dengan penyakit jantung melalui aktiviti enzim pada dinding pembuluh darah. "Selain memberikan kesan positif daripada omega-3, cemaran raksa pada ikan sushi memberikan kesan negatif seperti rendahnya kadar kolesterol baik, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok serta kelahiran pramatang," jelas para penyelidik. Lembaga Pemantau Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA) menyarankan pengambilan hanya dua sajian ikan yang mengandungi omega-3 pada setiap minggu.



cara nak mula pakai tudung labuh

$
0
0

assalamualaikum sahabat.

wahai kaum hawa sekalian, korang dah periksa apa yang korang pakai hari ni ? adakah sudah cukup menutup aurat? atau adakah ianya telah sempurna ditutup ? kalau belum jom kita berubah. tak susah la nak berubah, kita cuma perlu yakin dengan diri, kalau orang lain boleh buat, kenapa kita tak boleh buat ? kalau korang semua boleh follow undang-undang manusia, kenapa tak boleh follow undang-undang daripada Allah S.W.T iaitu pencipta kita ? tak panas la pakai tudung labuh ni, kan cantik menutup dada. ingat ! dekat neraka lagi panas tauuu....

jom baca kisah dari Nur Hafizah Bahijah tentang macam mana dia boleh start untuk pakai tudung labuh ni.



"Aku & Tudung labuh"

Bismillahhirrahmanirrahim.....Assalamualaikum wbt...

Syukur Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...

Hmm..dengan penuh semangatnye..hehe..
hari nie Nur nak kOngsi pengalaman Nur tentang..

"Tudung Labuh"

Sebelum tue...nak stOry sikit..Nur sebenarnya baru 2 3 tahun jagung bertudung labuh nie..ermm...hari pertama menjejakkan kaki ke universiti

Nur bukan dari sekOlah agama...jadi nak pakai tudung labuh dulu..
Hmm..nak..tapi 2la..diri nie masih takde kekuatan 2...

Nur sukaaaaaa sangat tengok muslimah bertudung labuh nie taw...
kalau Nur jumpa je sape2 yg pakai tudung labuh kan..mintak maaf banyak2 la..sebab Nur akan pandang budak tue sampai laa dia hilang dari pandangan...hihii..

itu baru bertudung labuh..belum lagi pandang yang berniqab...

Setiap kali Nur pandang mereka...hati nie tak putus-putus berdOa...

Ya Allah..kuatkan aku untuk berubah..untuk mengikut syariatMu...Permudahkan Ya Rabb...

ok..Nur mula dari Nur fOrm 6 dulu..erm..upper 6...

masuk je upper 6,Nur labuhkan sikit tudung sekolah...labuh sikit je..hehe..
pastu tudung biasa 2...dari Nur lilit2 tue kan...angkat sane..angkat sini...
Nur jatuhkan..biar menutupi dada...

dalam masa yang sama..
Nur biasa-biasakan diri dengan pakai stOkin kaki & sarung lengan...
Ingat lagi mase skOlah dulu Nur pernah dapat surat layang..hehee..

mungkin sebab pergaulan Nur yang semakin Nur jaga mase tue..

"Ijah,ko tak payah la nak pakai stokin sampai kat tangan tue..menyampah aku tengOk..nak jadi ustazah la konOn...perangai ntah pape jugak"

(err..bunyi dye lebih kurang macam tue la kot..)

Surat 2 dye letak dalam buku Nur rasenye..xpun dalam meja..ntahla..

Tabahkanlah hati wahai diri..

:::Teguhkanlah pendirianmu walaupun hakikatnya jalan ini penuh dengan onak duri..Bukannya Tuhan tak mengerti apa yang tersirat di sanubari..
Jangan kau ragui kerna ironinya Dia yang memegang hati-hati ini..

::Biarlah! Jangan hiraukan kata-kata manusia yang kadangkala menjengkelkan hati..Bukan kata-kata manis atau puji-pujian manusia yang aku cari..
Andai disetiap langkah itu adanya redha Illahi, itulah yang sepatutnya aku kejari..

Thanks beb!
surat ko 2 sebenarnya sikit pon xgOyahkan keinginan aku nak berubah..
malah aku "superb" kan lagi dengan Jubah n t shirt muslimah...(^_^)v

Mase tue Nur tinggalkan terus seluar jeans & pakai la sluar slack yg longgar...
kadang2 pelik..

dalam mase perubahan luaran Nur tue...
dalaman..hati nie xboleh dibiar sepi...

kat sane xde usrah..xde la naqibah yg nak bantu...Nur cuma banyak beli buku2 agama..beli banyak2...bawak pegi sekOlah pastu bagi kawan2 baca..hehe..lepas baca tue..kami kongsi2 la....ade yg xfaham..suruhla kawan2 tanye ustaz.. (sendiri xnak g tanye :p)

Alhamdulillah..mase Nur skolah dulu...
Surau di asrama Nur 2 bOleh dikatakan hampir setiap hari akan ade ceramah..tazkirah...

Haa..yang 2la banyak membantu Nur...Malamnya dihias dengan Qasidah...
tangah malam ade pulak Qiamulai...

Dulu...waktu perubahan Nur..Nur banyak bersendiri..suka duduk sOrang2..
bukan xnak bercampur dengan kawan2..tapi ntahla..cari waktu nak muhasabah diri...

balik je dari sekolah..Nur akan akan panjat koridor tingkap 4 tue..
atas bumbung rumah warden..hehe..
(okk Nur memang budak nakal :P)

tempat 2 cantiklaa....hijau je..
luas permandangan..angin pon kuat..
tenang sangat rase hati nie..

kat situ..Nur menangis..Nur study..dengar lagu Maher Zain..hihii..
Alhamdulillah kat situ jugak Nur berjaya hafal beberapa surah...

n sekadar berkOngsi..surah paling Nur suka..Ad Dukhan...
sebab ape? Nur pernah jumpa 1buku nie kat library...xtaw la buku ape..
tp dalam 2 ade tafsir surah ad dukhan..bila baca maksud dye...tersentap terus..uhu..

Lepas 2...Nur cuba perkuatkan ibadat dengan sOlat sunat...
Berpuasa..Ingat lagi buku amalan sOlat sunat Ateh yang Nur ambil senyap2 kat rumah..sampai sekarang xpulang2..hehee...

Nur ade kawan2 yang suka bercerita tentang agama dengan Nur..
jadi Nur xlepas peluang...cikgu keluar je..Nur terus pusing belakang..mintak dia kOngsikan apa2 yang bermanfaat...hehe..

mase tue Nur mula baca & faham ayat2 suci Al Quran..
kalau dulu main baca je..memangla xmenusuk ke jiwa kan...cuba fahamkan ayat2 2...Allah...

xpayah beli nOvel..macam2 kisah ade dalam tue..
semua tue berterusan sampaila Nur habis skolah...lepas exam STPM tue..Nur duduk rumah je...

Mase cuti yang panjang tue..Nur perkuatkan lagi dengan main faceboOk..
err..xdela..hehe...bukan2...Nur banyak dengar ceramah2 agama dalam u tube...

baca ayat2 motivasi dalam Fb..jujur ya...Fb sangat2 membantu Nur dalam mencari kekuatan untuk perubahan nie..

Nur pun tukarla tudung nur yang kecik 2 pada tudung budang 50...yang ade cOrak2 tue....
pastu Nur tukar pulak dengan tudung bidang 60...masih lagi yang bercOrak2...tapi kadang2 je...
kadang pakai yang 50 tue balik...hihii..

Hati masih berdoa & berdOa...Ya Allah..permudahkan.permudahkan..permudahkan...

Masa Nur dipanggil temuduga di Uitm shah Alam...1 je Nur tertarik masa pegi sane...Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah....
hati tersentuh sangat tengok masjid 2...

Ya Allah...Aku ingin selalu berada disini...permudahkan Ya Rabb..
(padahal nak g temudga dlm uitm..huhu)
sebab Nur kalau bOleh nak sambung kat UUM ke...
xde la kat tengah2 bandar kan..
takut sangat xboleh jaga dri kalau duduk shah alam 2...

Perubahan berjalan seperti biasa..Alhamdulillah..masih istiqamah...& 1 hari...

"Anda telah ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Uitm Shah Alam"

Alhamdulillah..ok!ini masanya!

Allah..hari yang paling bermakna...
Hari pertama Nur mengenakan tudung labuh bidang 60 kosong 2...
& itulah tudungku hingga ke akhir hayatku ini..InsyaAllah...

Bayangkan mase 2..Nur cuma ada 3helai tudung labuh..
2helai hitam & warna krim..

tapi dengan kecekapan Ateh..hehe...secepat mungkin dye tempahkan 7 helai tudung labuh... so,dapatla Nur pakai tudung2 tue dengan senang hati..hehe..

Lepas2 tue..tak beli dah...jahit sendiri je...

UITM SHAH ALAM....
kalau dengar kata2 Orang..aii..rase xnak langsung jejak kaki kat sane...
macam2 cerita Nur dengar...ingat lagi pesan cikgu Nur beberapa hari sebelum Nur masuk U...

Orang lain semua dia pesan suruh belajar rajin2...tp Nur...

"Hafizah,jaga diri baik2...jaga pergaulan..cari kawan yang baik2..kat sane sOsial sgt..saya xnak nanti bile jumpa awak lagi sekali awak da berubah..!"

Yea cikgu..saya da berubah...saya da berubah cikgu...Alhamdulillah..Allah bantu saya cikgu :')

kat Fakulti memangla xramai yang pakai tudung labuh...ade dalam 2 3 orang je...tp cuba pergi surau....pegi masjid...Majlis2 ilmu..ramai sebenarnya muslimah bertudung labuh nie...

Alhamdulillah...kawan2 Nur semua ok je..Walaupun macam pelik bila sesat Nur sOrang bertudung labuh dalam geng2 kami..tapi diorang terima Nur seadanya..sayanggg korangglahhh...

Kat sini baru la ade usrah..Naqibah...Alhamdulillah...mereka sangat2 baik...

sebenarnya macam nie...
"Kat mana sekalipun kita berada..asalkan kita hadirkan bersama Allah & Rasul dalam hati kita..InsyaaAllah..campaklah kat mana-mana pun...kita masih bOleh teguh berdiri sebagai seOrang muslimah yang kuat"

Jadi..pesan Nur...sape2.yang nak berubah..berhijrah..bertudung labuh...
teruskan..jangan ditangguh-tanguh...kita xtahu bila kita akan mati...
entah esok..mungkin japlagi..sape taw kan..

Sesungguhnya Allah memandang usaha kita, bukan pada hasilnya...
Kerana Allah yg menentukan sama ada Dia mahu memberikan kepada kita atau tidak...
Jadi jom berusaha sama-sama kembali mengikut syariat Islam yang Indah...

Hidayah memang milik Allah tapi diri kita sendiri yang kena cari hidayah tu!
Dalam Al-quran ada tertulis..
Allah tidak akan ubah nasib seseorang,melainkan dia sendiri berusaha mengubahnya..

Jadi ayuh dapatkan hidayah Allah. ..

"Hidayah itu bukan ditunggu,tapi dicari"


-Jom berubah keranaNya!!



INGAT ! PERUBAHAN KENA ISTIQAMAH, JANGAN PEDULI APA ORANG NAK KATA, YANG PENTING ALLAH REDHA.

cara makan orang berpurdah / niqab

$
0
0

assalamualaikum sahabat.

indahkan berpurdah dan menutup aurat ? sebenarnya yang tertutup lebih indah dari yang terdedah. pernah tertanya-tanya tak macam mana kalau orang yang berpurdah atau niqab ni makan dekat luar? ataupun korang pernah nampak tak mereka-mereka ni makan macam mana ? dulu aku pon tertanya-tanya jugak macam mana dorang nak makan dengan kain yang tertutup dekat mulut tu, and then pernah la aku nampak ada dua orang wanita berniqab ni makan. nak dijadikan cerita plak aku ni macam excited nak tengok, so aku tenung jela dia. dalam hati aku berkata " mesti cantik dia ni..." sampaikan aku rasa dia pon naik segan nak makan sebab aku duk je tenung dia lama-lama. kesian pulak kan, dah la orang tu makan, aku pulak pergi tengok dia buat ape...maklumlaa aku tak pernah tengok lagi tula yang excited semacam...uishhh berat-berat.





aku nasihatkan dekat korang yang belum pernah tengok ataupun yang teringin jugak nak tengok tu, sila la berhenti jadi stalker dia..hahaha..sebabnya pernah la aku terbaca dekat status seorang perempuan berniqab ni dia merungut disebabkan bila dia nak makan, ramai sangat yang duk tenung dia lama-lama lepastu bisik-bisik dengan kawan sebelah. sampaikan golongan berpurdah ni kalau nak makan dekat luar kena cari tempat yang agak jauh dari pandangan orang tau tak. bayangkan kalau ianya terjadi dekat korang, mesti korang pon akan rasa sangat annoying kan ? 

aku nak berkongsi tentang cerita daripada salah seorang rakan facebook aku Nur Hafizah Bahijah mengenai bagaimana orang yang berniqab ni makan. mungkin ramai orang bertanya dekat dia and dia dengan rela hati share dekat semua orang. 

Aku, Niqab & Makan 

Bismillahhirrahmanirrahim...Assalamualaikum wbt.... 

InsyaAllah sedikit perkOngsian dengan ilmu yang serba sedikit ini mengenai cara makan menggunakan niqab atau dalam nama lain purdah... 


Alhamdulillah..hampir 4 tahun kot Nur mengenakan purdah..
Empat tahun jagung gtue...ngee.. 

Mase mula2 Nur pakai purdah dulu, memang Nur takkan makan di luar...=_='
sebab Nur pun tak tahu nak makan macammana...uhu...

Baik.. Niqab nie banyak jenis...
ade yang tutup dahi, ade yang purdah separuh..macam2 la haii...
nak cite bab jenis banyOp dOoh~ 

Kebiasaannya, Nur memang suka pakai purdah separuh yang macam2 warna tue..pink,biru,hijau..banyakla..warna yang cerah2... 

Taapi, sekiranya dimaklumkan lebih awal yang Nur perlu makan diluar...
Nur akan pilih niqab yang tutup dahi untuk makan..
sebab niqab tue besar sikit dari yang lain..

so, kalau angkat pOn orang tak nampak muka..labuh kan...

takpun Nur akan pakai jugak niqab separuh tue tapi yang warna hitam...
kalau kotor pOn takde la nampak sangat...kan 

Pernah sekali mula2 dulu,
ikut mak mertua g walimah jiran..
Nur pakai niqab separuh warna biru terang..
Mak sendukkan Nur rojak buah...

err..Nur mase tue tak prO mane lagi makan guna purdah..
abis cOmot niqab Nur..da macam kucing..kucing pOn lagi cOmey dari Nur..wuwu...

satu lagi, bagi yang mula berjinak-jinak pakai niqab..
awOp semua digalakkan memilih makanan yang tak berkuah..
yela nanti kena niqab dah cOmot macam Nur..hehe.. 

sO, pilihla makanan yang kering seperti my favOurite nasi gOreng 
kuih muih ker..banyak lagi la..yang tue kena fikir sendiri neh..hehe...

digalakkan pakai tangan je.. sunnah erkpOm... 
& lebih senang nak suap dalam mulut... senang nak detect kat mane mulut..
(kot la ade orang konfius mulut ngan hidung kat mana..haha ) 

Lepas tue kOt nak jugak makan pakai sudu, garfu or chOpstick..
pOn bOley...mane yang awOp semua selesa la yea...

Oh yea..makanan awOp semua tue agak2 kalau besar sangat..
contoh pizza ke..ayam kfc ke..pape jela..potOng la kasi kecik dulu..
senang nak ngap dalam mulut nanti..hehe.. 

Dann..elakkan makanan yang kuat baunya..
sebab bau akan melekat pada niqab ,
dan awOp akan rase tak selesa dengan bau yang betul2 depan hidung tue..hehe

Air pulak, sebaiknya bukan air panas la..uhu...agak susah jugak tue...
Tapi kalau nak jugak..kasi la jadi suam dulu & hirup perlahan-lahan...

Nur suka guna straw, sangat senang dan cepat..
Alhamdulillah En. Suami memang selalu sediakan straw untuk Nur bila beli air di luar..

Waktu makan diluar,
sebaikknya pillihla tempat yang agak tersOrok n membelakangi orang lain...

Nur pulak, Nur akan pastikan belah kanan Nur takde Orang atau En. Suami yang berda disebelah kanan Nur sebab kain niqab yang diselak adalah disebelah kanan.

Caranya,
tundukkan sedikit, gunakan tangan kiri untuk menyelak sedikit helaian niqab sebelah kanan (jangan tinggi sangat) dan tangan kanan untuk suap makanan..

Minum air pOn same... selak sikit dan minum...

Tips paling penting!!

Bila makan, jangan hiraukan orang sekeliling yang pandang pelik kat kita..

"Act like a prO okk.." 

Keyakinan & rilex itu penting.. rilex sister, sister rilexx... 

Kalau makan makanan yang pedas,
nescaya secara tak semena-mena anda akan selesema..hee...

sO, sediakan tisu & seperti biasa dengan penuh prO nyaa..
lap la hidung kalian dengan penuh sOpan dan santunnya 

"Practice make perfect..!"

Bila awOp semua dah biase makan berniqab..
dengan senang hati, silalah pilih apa sahaja makanan yang nak dimakan..
yang berkuah ke..macam2 lah...

Silakan makan dengan "Pro" nyaa...sekian

Anak pengacara Makan Angin TV9 Adzriefaiz Adzlan (Faiz) menderita sakit Biliary Atresia

$
0
0


Adra Afieya bt Adzriefaiz


baru dapat tahu daripada facebook yang anak kepada pengacara Makan Angin di TV9 Adzriefaiz Adzlan ( Faiz ) menderita sakit Biliary Atresia dan memerlukan bantuan dalam anggaran sebanyak 1juta untuk kos liver transplant anaknya Adra Afieya yang berumur 5 bulan. Allah Allah Allah, lihatlah raut wajah comel anak dia tu, kecil-kecil lagi dah ditimpa ujian sebegini. kita sepatutnya bersyukur sebab dapat hidup sihat sampai ke saat ini. diharapkan faiz dan isteri, Suliza Ismail ( Liz Ismail  ) tabah menghadapi ujian daripada Allah S.W.T

mungkin ramai yang bertanya kenapa kos terlalu mahal sampai 1 juta ? boleh baca dekat bawah ni mengenai penjelasan tentang persoalan berikut :

Adra Afieya Binti Adzriefaiz 

Disini sy tulis sedikit information buat yang tanya cmna boleh jadi sakit tu,kenapa cost rawatan terlalu besar.dan banyak lagi persoalan yang tak mampu untuk kami ulas untuk kalian setiap seorang.secara ringkas sy bagi sedikit details ;

Baby adra start from jaundice since 3 days after birth. rawatan followup jaundice dekat kpj tapi tak dapat detect until her mummy sendiri tersedar perut adra makin membesar n besar. Then from there kpj refer pakar gastro at Pusat Perubatan Universiti Malaya. Doktor pakar mmg suspect Bliary Atresia. So doktor sarankan untuk operate selepas buat biopsy pada minggu lepas. Result after operation adra menghidap penyakit biliary atresia yg memerlukan operasi KASAI.

Rawatan KASAI telah dilakukan ke atas adra. Tapi untuk kes baby adra sbnarnya rawatan KASAI perlu dijalankan pada bayi yang berumur bawah 150hari. ADRA telah pun melebihi 150hari dan ini menyebabkan hati adra telah rosak.ya hati baby adra rosak. Oleh itu, percentage untuk adra fully recovered tidak diketahui.

Apa yang doktor cakap, once hati rosak dia x boleh utk pulih balik, tapi biopsy utk hati dia blom diterima jadi xsure baper percent dah damage n operation kasai ni bukan utk memulihkan tapi utk membantu baby fight lebih lama n in the end mana mana baby perlukan transplant cuma adra xtau bape lama bertahan sebelum buat transplant hati.

Doc nasihatkan cri funds ealier just in case coz baby punya liver transplant dilakukan di singapore.. the figure around 150k sin dolllar. That is only the operation cost.tak termasuk lagi ubat , wad, cost rawatan susulan dan sebagainya.

Kalo di Hosp Selayang waiting list ramai.. dan most of it mmg adult sahaja.

Allah itu maha besar,kita sebagai umatnya bantulah seadanya.ikhlas kita niat kita hanya Allah yang tahu.

Hanya Allah mampu membalas jasa kalian.Kamk paham banyak yang bertanya 'kenapa mahal''untuk apa''betul ke' dan kami paham kerana kalian tak melihat surat,keadaan baby adra sendiri.



Adra Afieya bt Adzriefaiz


Adra Afieya bt Adzriefaiz

Adra Afieya bt Adzriefaiz



Sedikit information tentang Biliary Atresia.

S1 : Apakah penyakit Biliary Atresia ?

Biliary Atresia adalah sejenis penyakit di mana terdapat ketidak wujudnya sistem hempedu luar, menyebabkan penyakit kuning jaundis yang berpanjangan.

S2 : Apakah puncanya penyakit Biliary Atresia? 

Puncanya tidaklah diketahui. Bagaimanapun penyakit ini wujud sejak kelahiran lagi. Banyak teori-teori telah dikemukakan. Besar kemungkinan sistem hempedu luar diserang oleh antibodi badan sendiri (“auto-antibodies”).

S3 : Bilakah penyakit ini selalu dikesan? 
Pada kebiasannya, penyakit ini dapat dikesan di antara umur 2 hingga 4 minggu.

S4 : Apakah gejala dan tanda-tanda penyakit Biliary Atresia? 

Gejala penyakit ini termasuklah kekuningan yang berpanjangan dan najis yang pucat. Air kencing juga berwarna kuning pekat. Tanda-tandanya adalah seperti kuning jaundis mendalam, najis yang pucat, pembesaran hati dan limpa.

S5 : Bagaimanakah penyakit ini dapat dipastikan? 

Penyakit ini cuma dapat dipastikan melalui pembedahan sahaja. X-ray sistem hempedu luar semasa pembedahan (“operative cholangiogram”) akan dapat menunjukkan samada ianya normal ataupun tidak. Kadangkala biopsi hati dan penyiasatan darah juga dilakukan sebelum pembedahan.

S6 : Apakah rawatan bagi penyakit ini? 

Rawatannya ialah melalui pembedahan sahaja. Tiada ubat yang dapat merawat penyakit ini. Pembedahan ini dipanggil pembedahan Kasai, sempena nama Pakar Bedah yang mereka kaedah ini. Di dalam pembedahan ini, sistem hempedu luar akan dibuang dan usus kecil akan disambungkan ke porta hepatis. Prognosis penyakit ini adalah lebih baik jika pembedahan ini dapat dilakukan sebelum berumur 60 hari. Diperingkat terjadinya kerosakan hati, pemindahan hati sahaja yang dapat merawatinya. Bagaimanapun kaedah ini tidak didapati di negara ini pada masa ini.

S7 : Apakah masalah dengan penyakit Biliary Atresia? 

Pesakit-pesakit boleh mendapat “cholangitis” di mana terdapat radang pada sistem hempedu di dalam hati. Ini boleh menyebabkan demam yang tinggi, jaundis yang mendalam dan najis yang lebih pucat. Dalam jangka masa yang panjang ,kerosakan hati (“liver cirrhosis”) akan timbul. Ini boleh menyebabkan muntah darah dan asites (Ascites).

S8 : Apakah prognosis selepas pembedahan Kasai ini? 

Satu pertiga daripada pesakit tidak dapat apa-apa menafaat, satu pertiga akan bebas dari jaundis dan hidup sebagai bayi normal dan satu pertiga lagi akan memerlukan rawatan yang berpanjangan di hospital untuk komplikasi-komplikasi yang timbul.

S9 : Apakah nasihat yang patut diberi oleh jururawat kepada pesakit Biliary Atresia? 

Jururawat boleh menasihati ibubapa pesakit tentang pentingnya membawa anak-anak yang ada kuning yang berpanjangan ke hospital secepat mungkin untuk penyiasatan yang dilakukan sebelum umur anak meningkat lebih daripada dua bulan.

Dr. Zakaria Zahari



Adra Afieya bt Adzriefaiz


Untuk cerita dan maklumat lanjut mengenai perkembangan terkini Adra, sila lihat page Facebook 
DONATION FOR ADRA AFIEYA. Marilah kita sama-sama menyumbang supaya Adra kembali normal dan berdoa akan kesembuhan bayi comel ni. 

Untuk sumbangan : 562227327760 ( Maybank )
(Akaun Adzriefaiz)

Al-Fatihah - Tuan Guru Dato Harun Taib telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 12 lebih.

$
0
0


Tuan Guru Dato Harun Taib


Al-Fatihah Untuk Al-Marhum Tuan Guru Dato Harun Taib. 

Baru sekitar jam 11.30 malam mendapat kelegaan apabila dimaklumkan oleh saudara Hamdi, anak Tuan Guru Dato Dr Harun Din bahawa beliau semakin stabil di IJN pada saat ini. Beliau hanya perlukan rehat dan tidak dapat menerima mana2 tetamu. Tidak sampai setengah jam kelegaan, satu berita mengejutkan daripada Ustaz Hamdi bahawa ayah beliau, iaitu Tuan Guru Dato Harun Taib telah ke rahmatullah sekitar jam 12 lebih. 

Kedua-dua Tuan Guru Harun mempunyai anak yang sama namanya, iaitu Hamdi. Dua Tuan Guru yang bagi saya banyak berjasa kepada masyarakat. Semoga Tuan Guru Dato Harun Din semakin sihat dan semoga roh Tuan Guru Dato Harun Taib mendapat rahmat dan nikmat di sisi Allah swt. 



Siapakah Tuan Guru Dato Harun taib ?


TRIBUTE BUAT USTAZ HARUN TAIB: 
DIA MURABBI, AYAHANDA DAN TEMAN
[Bacalah sekadar atas kemampuan diri untuk mengenali insan ini]
Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor.

Seharian alam siber berdecak dengan berita keuzuran Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, juga euforia syahdu dengan berita Dr Harun Din yang juga turut dimasukkan ke wad CCU IJN. Saya dan rombongan terbang ke bumi Tawau untuk program ekspedisi Dakwah yang kami rancang beberapa bulan yang lepas. Kedua tokoh ini adalah jantung hati jemaah yang disayangi dan sentiasa didoakan kesihatan mereka, keduanya juga adalah ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Panggilan telefon yang ringkas daripada YB Ustaz Mohd Nor Hamzah , mengkhabarkan kepulangan Tuan Guru Ustaz Dato Harun Taib ke rahmatullah seperti percikan petir yang mengoncang sukma. Sosok besar gerakan Islam semenjak pulang dari Ardhul kinanah pada tahun 1981 itu tak terhitung baktinya kepada medan amal Islami di tanahair ini. Anak didik Ikhwanul Muslimin semenjak di bumi Nabawi, serta melanjutkan kesarjanaannya di kampus al Azhar bersama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Beliau antara tokoh kaderisasi dakwah yang unggul dalam PAS, selain almarhum Ustaz Yahya Othman dan Tuan Guru Presiden PAS. Semenjak pulang ke Terengganu daripada pemukiman ilmu di Asia Barat , beliau secara sepenuh masa mewakafkan diri beliau dalam perjuangan, membangunkan PAS yang mula mendapat tempat direlung hati anak-anak muda di awal dekad 80an akibat kebangkitan Islam yang sedang menyelimuti dunia Islam. Ustaz Harun antara sarjana PAS yang terkenal alim, haraki dan sentiasa subur dengan majlis pencerahan, juga tokoh tajnid yang sentiasa berlanglangbuana ke serata dunia untuk mengkaderkan amilin parti.

Beliau bersama Ustaz Yahya Othman dan murabbi muda PAS yang lain telah menyusun manhaj tarbiah PAS pada tahun 1982 , seterusnya mendapat reputasi cemerlang dalam dunia pendidikan PAS. Dalam pertengahan dekad 1980an, beliau membentangkan kertas kerja tentang pendidikan pra sekolah di bawah PAS dan akhirnya PASTI telah muncul sebagai produk pendidikan jamaah yang sangat piawai dan membanggakan gerakan Islam tertua di negara ini. Bersama teman- teman pimpinan yang lain dalam Badan Perhubungan PAS Terengganu, beliau telah mengasaskan Maahad Darul Quran Rusila pada tahun 1985, bahkan turut menjadi tenaga pengajar yang awal. Sekolah kader terbesar PAS ini juga telah melahirkan ribuan alumni daripada rahimnya, bahkan mampu mengilangkan tenaga pakar PAS sehingga mampu duduk di Majlis Syura Ulama PAS seperti Ustaz Zaharuddin Mohamad.

Tokoh tarbiyah ini juga telah membangunkan jihad taalim di kawasan pedalaman Terengganu,iaitu di Kampung Kubang Lembek sehingga terbangunnya markas tarbiah, sekolah rendah Islam Darul Ehsan, KUDQI. Kesan pentarbiahan kepada masyarakat Hulu Terengganu juga menyaksikan DUN Manir menjadi kubu kuat PAS sejak zaman berzaman dan kini anakandanya , Hilmi mewakili konstitusi tersebut.

Ustaz Harun mula menjadi nama besar apabila memenangi Pilihanraya kecil Teluk Pasu pada tahun 1989 dengan menewaskan Haji Abdul Rahman, seterusnya menang dalam PRU pada tahun 1990 di DUN Manir. Beliau antara 10 orang calon APU yang dihantar ke Wisma Darul Iman dalam pilihanraya umum 1990 yang menyaksikan aksi serpihan UMNO, Semangat 46. Beliau antara nama besar dalam gerakan Islam yang juga melahirkan banyak karya-karya haraki seperti ' muslimat Pembangun Ummah', 'berbilang-bilang jemaah' serta puluhan kertas kerja yang menjadi teks usrah dalam PAS.

Murabbi ini telah menunjukkan keteladanan yang indah di jalan dakwah, membentuk keluarganya untuk sama-sama berjuang dan mengucur keringat di medan amal Islami. Isterinya , Ustazah Zainab pernah menjadi Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, anak- anak lelaki beliau, Ustaz Hilmi dan Ustaz Hamdi menjadi tokoh penting dalam pemuda PAS . Yang paling penting beliau melahirkan ribuan anak didik di medan perjuangan dengan pelbagai latarbelakang sosial dan pendidikan. Markas Tarbiah Kubang Lembik, menjadi saksi sejarah bagaimana gigihnya sosok ini membangunkan tarbiah serta menjadi kilang tajnid.

Peranan paling besar almarhum ialah apabila dilantik menjadi Exco kerajaan Terengganu dalam penggal 1999 sehingga 2004, beliau diamanahkan sebagai Pengerusi Pendidikan dan Pembangunan Dakwah Negeri Terengganu. Lilitan serban merah putih dan wajah jernih itu tidak pernah gagal untuk memberikan idea yang terbaik bagi membangunkan pendidikan Islam dan dakwah. Terengganu akhirnya menubuhkan pelbagai institusi pendidikan seperti SRAB, KOSTAQ, KOSPINT, pemerkasaan KUSZA sebagai sebuah universiti, serta menubuhkan Unit Pembinaan Insan dan Unit Mubaligh untuk merancakkan dakwah di negeri Tok Ku Paloh itu.

Malam merangkak sepi dan sayu apabila saya meluncurkan tulisan belasungkawa ini kerana almarhum seperti bapa saya. Semenjak ditamrinkan dalam Ikatan Pelajar Islam Terengganu di Kubang Lembik di alam kampus, sehinggalah saya menjadi aktivis Dewan Pemuda. Beberapa kali disergah kerana itulah cara beliau mendidik supaya anak muda tak lalai . Malah paling manis almarhum adalah saksi majlis pernikahan saya serta sering bertanya khabar melalui orang tengah . Murabbi ini mampu mengikat dan menjinakkan hati kita supaya terus menerjang badai perjuangan dan jangan berpaling tumit. Saya mencium tangannya kali terakhir dalam mesyuarat PAS Pusat dua bulan yang lepas, sorotan matanya bening dan terpancar kasih sayang yang tulus. Selamat jalan sang murabbi, berpulang ke negeri abadi setelah seluruh hidupmu diabadikan di atas jalan dakwah ini. Untaian kata- kata nasihatmu tetap kami sematkan di relung dada kami, kami akan terus menggalang tugas dakwah ini...alfatihah.

( Penulis ialah AJK Lujnah Tarbiah Dan Perkaderan PAS Pusat)




Solat Jenazah Tuan Guru Harun Taib dijangka Jam 10 pagi 25 jan 2014.

Jenazah Almarhum Tuan Guru Harun Taib dijangka disolatkan pada jam 10 pagi nanti di Markaz Tarbiyah Kubang Lembik. Seluruh ahli PAS dijemput beramai-ramai hadir mendoakan kebaikan untuk almarhum Tuan Guru.

-YB Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
 (Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat)

punca cuaca sejuk di Malaysia dan salji di Indonesia hanya berita palsu

$
0
0



Perasan tak yang baru-baru ni rasa sejuk semacam je? tambah-tambah bila waktu pagi dan waktu malam, memang jarang dah nak bukak kipas sebab rasa duduk dalam aircond je dengan angin yang kuatnya rasa menusuk sampai ke tulang. baru-baru ni jugak kita digemparkan dengan berita kejadian salji di Indonesia, Masya Allah...terkejut sangat bila dengar. adakah kita telah bertukar musim? jika dengan Izin Allah semua benda boleh jadi kan. tapi malangnya berita tu semua adalah palsu semata-mata sebab kejadian tersebut telah disahkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia sendiri.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Secara relatifnya, bulan Januari dan Februari merupakan tempoh suhu minimum yang agak rendah berbanding bulan-bulan lain.

Suhu udara yang sejuk daripada biasa yang dialami di kebanyakan tempat, terutamanya di kawasan pantai timur dan utara Semenanjung pada minggu ini adalah disebabkan oleh tiupan angin timur laut yang agak kencang yang berpunca dari tanah besar China yang pada ketika ini sedang mengalami musim sejuk.

Selain itu, keadaan litupun awan yang kurang di seluruh Semenanjung Malaysia sepanjang minggu ini turut membantu merendahkan suhu pada waktu malam dan awal pagi.

Berdasarkan kepada keadaan cuaca dan tiupan angin untuk beberapa hari yang akan datang, keadaan cuaca sejuk ini dijangka akan berlarutan sehingga awal minggu hadapan.

Berita mengenai kejadian salji di Indonesi adalah tidak benar. Adalah agak mustahil untuk negara-negara beriklim tropika seperti Malaysia dan Indonesia untuk mengalami salji kerana suhu udara kedua-dua negara tersebut adalah tinggi sepanjang tahun.


sumber :
Jabatan Meteorologi Malaysia
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
23 Januari 2014

nurul ain abd salam bagai anak patung comel

$
0
0

memandangkan aku agak stress dalam minggu ni, so aku decide nak pergi window shopping dekat times square, ok window shopping jela cuci cuci mata. aku pon masuk la dari satu kedai ke satu kedai ni, dalam tak sedar tiba-tiba ternampak perempuan cantik dan ayu tengah usung anak dalam stroller. tengok punya tengok rupanya blogger famous cantik manis nurul ain abd salam !!! ini kali kedua aku terjumpa dengan dia sebab masa first time jumpa dulu aku segan gila nak tegur dah la aku terlanggar dia dekat kedai spek mata. arghh tengok-tengok dalam stroller ada irdina and bila pandang muka mak dia OMKKK sekali blogger nurul ain abd salam daa.


kali ni aku tak nak buat segan dah nanti terlepas peluang la nak tegur. aku pon beranikan diri tegur dia...


aku : eh, ni kak ain kan ? ( salam pon tak bagi..ish3...)
dia : a'ah...( dengan muka comel ala anak patung dia mengiyakan je )
aku : eh...nak ambil gambar boleh ?
dia : boleh2..nanti kite panggil suami kite kat sebelah
aku : ok2..( usik2 pipi comel irdina )

kak ain pon pergi kedai sebelah panggil suami dia.

dia : yanggg..ada org nak ambil gambar ni.. ( sweetnyeerr..haha )


pengakuan ikhlas daripada aku,kak ain sangat la cantik n comel bila face to face dengan dia MashaAllah.yelaa kalau tengok gambar pon dah comel lagi la kalau jumpa depan-depan ye dakk. dapat la sembang-sembang sikit-sikit dengan dia, main-main dengan irdina supergebucomels tu and tetiba rasa nervous plak hahaha. dia tanya ada like ke dia punya instagram ? aku pon yang dalam tengah nervous pon jawab..ermm ntah la tak ingat, ada kot wkakakakaka...

yang tak boleh lupa, kak ain gelak memang sopan + cute hihihihi
link blog dia nurul ain abd salam

atlast

 nurul ain abd salam

 nurul ain abd salam


cuti-cuti di marina island

$
0
0

* baru berkesempatan nak update pasal cuti-cuti ni time mid sem yang lepas ( november 2013 ).

after the hectic semester marilah manjakan diri dengan bercuti hohoho. ini adalah satu plan yang agak lama jugak la kawan-kawan aku rancang untuk spend time together before mereka-meraka ni berumah tangga. and veryyy the tenkiu dekat kawan kita ni, Nur Syafiqah sebab dia la yang plan kan percutian kami ni. dialah yang cari tempat, dialah yang pilih tarikh bagi tak clash dengan semua orang dan dialah yang paling banyak bawakkan bekal makanan dan barang-barang lain untuk ktorang.

kebetulan aku pon tengah cuti mid sem so memang best la dapat pergi holidayyy. tapi tak jauh pon percutian kami ni tapi Alhamdulillah dapat jugak spend time together 2 hari 1 malam and that is the best moment yang tak boleh beli dimana-mana kedai. lokasi tempat tinggal kami adalah di Marina Coral Fishing Resort berkonsepkan chalet yang terletak di Lumut, Perak.




cuba tengok gambar belakang dekat atas ni, cantik kan chalet dia ? tempat dia agak terpencil sikit and betul-betul depan laut. bukak je pintu bilik akan nampak la laut yang sangat indah, memang fresh la kalau pagi-pagi macam ni. aku suggest tempat ni untuk honeymoon or bulan madu pon boleh gerenti tempat ni memang best. bagi abang-abang yang berminat untuk memancing pon aku syorkan pergi sini sebab tempat ni dia ada sediakan tempat untuk kita santai dan memancing di hadapan tiap-tiap bilik.

comel rumah dia macam kabin


bukak pintu bilik je dah nampak laut...wahhh

dalam chalet ada dua bilik dan satu bilik air


tempat untuk santai and memancing depan bilik dan tengok anak-anak ketam atas batu hihi


bila malam plak ktorang buat bbq sikit depan bilik, memang tenang la dengan angin sepoi sepoi bahasa and time tu plak dekat semua chalet tu rasanya takde orang kot sebab sunyi je yelaa time tu hari selasa kan siapa la plak nak pergi bercuti hari selasa wkakakaka. lepas habis bbq semua apa lagi berkumpul la satu bilik main game and buat confesion pasal diri masing-masing hihi.

esoknya aku bangun awal sebab nak pergi tenangkan diri dekat depan bilik. sangat-sangatlah mendamaikan bila pagi-pagi dengan sejuk, nyaman, dapat plak dengar deruan ombak, tengok ombak berbuih, tengok anak-anak ketam atas batu, ikan-ikan kecil berenang ditepian haishh mana nak jumpa lagi suasana macam ni. after dah packing barang semua ktorang pon singgah dekat satu pantai ni dalam keadaan hujan renyai ( tak ingat nama pantai ) tapi pantai tu takde orang pon memang best untuk
jadi bahan selfie and ambil gambar sepuas hati macam orang tak pernah jumpa pantai haha.


maaf kawan-kawan terpaksa tutup kaki korang hihi


kaki saya pon hihi

ok selamat tinggal lumut, nanti jumpa lagi.maka kami pon bergerak pulang ke ipoh.


Viewing all 79 articles
Browse latest View live