Quantcast
Channel: monsterz
Viewing all 79 articles
Browse latest View live

minggu orientasi dan Minggu Perkasa Putra UPM

$
0
0



assalamualaikum
kalau dah namanya pon masuk U, mestilah ada orientasi ye tak ? alaa kalau masuk matrik ke, politeknik ke ada jugak orientasi. ada apa masa orientasi ni ? orientasi ni bertujuan untuk sesi pengenalan kepada pelajar-pelajar baru mengenai tempat-tempat yang ada dekat UPM ni, bagi kita kenal sikit la suasana dekat UPM ni macam mana kan sambil tu abang-abang dekat kakak-kaka fasi boleh la ragging budak-budak baru. haha. takdelahh main-main je. Alhamdulillah minggu orientasi dekat UPM ni takde la istilah nak ragging-rangging ke sebab fasi semua layan ktorang macam Mahasiswa.

Minggu orientasi berlangsung selama seminggu dan kebanyakkannya sesi orientasi kolej 12 banyak diadakan di Sanggar dua belas dan di Dewan Putra. kalau ada macam event besar macam Minggu Perkasa Putra tu barulah kami semua akan dibawa naik bas beramai-ramai dan bersesak-sesak dalam bas macam ikan sardin dalam tin. serius semput time ni. hahaha.

sanggar dua belas
macam biasalah kalau orientasi mesti kena bangun awal, nak rebut-rebut bilik air lagi. orientasi dah la start pukul 7.45 pagi macam tu and habis dalam pukul 12.00 tengah malam. bayangkanlah betapa penatnya kami semua nak rushing untuk makan, solat lepas tu pergi ke satu tempat ke satu tempat yang lain. kalau dapat rest pon dalam masa 20 minit je kot untuk solat and makan ataupun nak balik bilik kejap ke. 

barang-barang yang dapat masa orientasi
aktiviti sepanjang orientasi ni banyak jugak, antara yang aku ingat ialah mula-mula kena ice breaking sikit la, kena kira nombor 1 sampai 14 lepas tu beratur ikut nombor masing-masing. ada permainan macam kamil kata, main jual-jual saham ( yang ni enjoy gilaaa ! ), sesi berkenalan ikut pusingan jam, lepas tu ada senam 1 Malaysia, menari oppa gangnam style pon ada ! haha. lepastu fasi-fasi akan ajar ktorang buat cheers bagi kolej 12 and cheers ni memang penting untuk semua kolej sebab nanti pada minggu perkasa putra semua kolej akan berlawan-lawan cheers. bagi aktiviti luar, ktorang di bawa ke Bukit Ekspo UPM iaitu kawasan riadah untuk joging ke memancing ke. dekat Bukit Ekspo ni ada dusun durian, tasik, dengan taman. 

kenangan di Bukit Ekspo UPM


bila semua kolej berlawan cheers memang kecoh satu dewan !

Bagi Minggu Perkasa Putra pula, masa ni la semua pelajar baru UPM akan berkumpul ikut kolej masing-masing dengan memakai pakaian seragam hitam putih. bagi lelaki berbaju kemeja putih & tie (UPM bagi ) dengan seluar slack hitam bagi perempuan pula baju kurung putih dan kain hitam, untuk tudung pulak kena pakai pashmina ( UPM bagi ).

Minggu Perkasa Putra UPM
Minggu Perkasa Putra UPM

ini la roomate aku cik Aida.

orientasi berlangsung sampai la hari jumaat and last sekali kolej aku ada adakan satu aktiviti gotong-royong untuk semua warga kolej 12. ingatkan gotong-royong ni kena la bersihkan kolej, sapu ke mop lantai ke, rupanya kena tanam pokok je. haha. lepastu kutip daun kering. tapi kira ok la tu kan kerja ringan je, lepastu adalaa kena cat tepi-tepi jalan tu yang hitam kuning tu aku pon tak tau la apa nama benda tu hahaha.


baju kolej 12
gambar lepas gotong-royong, ktorang pakai baju kolej 12 ni..cantik tak ? hehehe. lepas dah habis orientasi semua serius rasa boring gila duduk dalam bilik je and tak tahu nak buat apa. yela dah takde dah nak rushing bangun awal, rebut-rebut bilik air, ada abang and kakak fasi tolong bawakkan ktorang pergi sana sini. rinduuuu sangat time orientasi. lepas habis orientasi tibalah masanya minggu kuliah bermula. kena bersiap sedia la sebab dekat Universiti ni semua kita kena buat sendiri. tapi hari ahad tu aku, roomate dengan member bilik depan cadang nak jalan-jalan pergi The Mines sebab nak belajar naik bas pegi luar dari UPM supaya senang la sikit bila nak balik rumah nanti dah tau kena naik bas apa. The Mines jela dekat kan dengan UPM, selain tu ada juga South City Plaza tapi tak pernah pergi lagi. nak tau siapa aku jumpa dekat The Mines ? tunggu untuk next entry ( sini ).




minggu kuliah di UPM

$
0
0


assalamualaikum
setelah seminggu menghadapi minggu orientasi di UPM, kini semua pelajar baru akan menghadapi benda yang sama iaitu menghadiri minggu kuliah. memandangkan kelas aku hari isnin pukul 8 so bangun pagi, siap semua dalam pukul 7.00 dah turun bawah. kenalah bangun dalam pukul 5.30 pagi  ke untuk mandi and bersiap sebabnya pergi kelas kan kena naik bas. dulu masa belajar poli bolehlah kakak aku tolong hantarkan, kelas pukul 9.00 pagi lagi 15 minit baru nak siap. hahaha. dekat sini jangan harap nak buat macam tu, kalau ko tak bangun sejam awal memang tak pergi kelas laa.




bagi aku yang ex diploma dari politeknik ni memang agak terkejut sikit la dengan suasana belajar dekat U ni. semuanya kena berdikari, semuanya kena buat sendiri sampaikan jadual kelas pon kita kena aturkan sendiri ikut yang mana bersesuaian dengan waktu and subjek yang kita ambil supaya tak clash dengan mana-mana kelas. mula-mula susah sikit nak cari kawan yang sama kumpulan kuliah dengan kita and lama-lama dah jumpa bolehlah pakat-pakat bagi sama jadual waktu dengan kelas yang lain. UPM ada anjurkan program Starting School untuk pelajar baru bagi bertujuan untuk melatih student baru mengenali dan memahami suasana pembelajaran di Universiti.


gambar sekadar hiasan


memandangkan aku tak berapa mahir nak berbahasa Inggeris so aku hanya dapat Band 2 untuk Muet. kenapa aku sentuh pasal muet ? UPM ni memang pentingkan pelajar-pelajarnya dalam kemahiran berbahasa Inggeris, so bagi pelajar yang mendapat Muet Band 1 atau 2 perlu mengambil English for Academic Purpose untuk semester pertama dan subjek bahasa Inggeris yang seterusnya. Untung sesiapa yang dapat Muet Band 3,4 dorang kena ambil 2 sahaja subjek BI dan lagi untung untuk pelajar yang mendapat Band 5,6 mereka hanya perlu mengambil 2 kursus elektif BI. bagi aku yang dapat Band 2 ni kira lambat sikit la perjalanan dengan pelajar yang lain.

hari tu aku baru je berkunjung ke Perpustakaan Sultan Abdul Samad dekat UPM ni, besar and best sangat macam-macam ada. aku pergi dengan member, niat untuk jalan-jalan je dulu dalam library ni sebab nanti ada program SPP dan WEBOPAC. Apa itu SPP ? SPP merupakan program sesi pengenalan perpustakaan dan WEBOPAC pula ialah katalog perpustakaan. oleh kerana jadual padat sikit so aku baru ambil kelas SPP je, kelas webopac maybe minggu depan. program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai apa kemudahan yang terdapat dalam PSAS ni dan juga library lain yang ada dalam UPM serta dapat membantu pelajar belajar cara-cara untuk mencari buku-buku didalam perpustakaan. setiap pelajar akan diberi 10 merit jika menghadiri kedua-dua kelas tersebut. Merit tu penting untuk kita stay kolej, untuk pelajar baru kena kumpul 40 merit baru layak memohon untuk stay kolej.



banyak jugak kelas aku dah pergi and semua lecturer mesti suruh beli buku untuk subjek masing-masing. memang perit la kalau nak beli buku matapelajaran U ni sebabnya mahal kan dahlah tebal-tebal je semua. tapi yang menarik dekat sini ada jual buku photocopy. hehehe. dulu la masa orientasi ada dengar-dengar pasal beli buku dekat flat ikan. aku pon heran la apemendeee la flat ikan tu ? tempat kongsi gelap ke ? apa ke? hmmm. last-last bila banyak orang dah cerita baru aku tau. sebenarnya senior-senior UPM dulu bagi nama tenpat tu flat ikan. aku pon tak pasti la asal usul flat ikan tu. ahhaha. dekat flat ikan ni la ramai yang beli buku photocopy tu dengan harga murah. murah mana ? aku pon tak tahu sebab tak pergi lagi. tapi kalau budak UPM tau la jalan nak pergi sana, flat ikan ni terletak betul-betul dekat belakang tembok UPM and berdekatan dengan Fakulti Alam Sekitar. ada pintu kecil yang menghubungkan UPM dengan flat ikan ni kiranya macam ada connection laa dengan UPM. hahaha. apeke peliknya nama flat ikan ? tapi manusia yang tinggal dekat situ. hehe. ok la jom pergi flet ikan beli buku ! hohoho



kalau asyik study study study je mesti la lapar kan. lupa plak nak cerita pasal kafe serumpun. memandangkan aku duduk di kolej 12 iaitu kolej serumpun, so memang meriah habis la dekat kafe sebab semua kolej pon join sekali makan kat sini. makanan boleh tahan sedap la tapi yang paling best makan la ikut suka hati sebab krorang pelajar baru boleh guna kad meal plan. kira macam kad touch and go la boleh nak top up semua. dalam tu ada RM400 lebih bayar sekali bayar dengan yuran dulu, so boleh la guna kad tu je. pergi kafe bawak diri je tak payah bawak duit tau. haha. 



terjumpa Fatin Liyana Asri di the mines !

$
0
0



assalamualaikum
ahad lepas selepas selesai semua minggu orientasi aku dengan member-member pon bercadang jalan-jalan dekat The Mines sebabnya ktorang boring sangat duduk je dalam bilik. lagipun kalau keluar boleh la belajar macam mana nak naik bas kat dalam UPM ni sebelum start kelas and belajar naik bas nak balik pergi ke KTM Serdang nanti.

so lama jugak la tunggu bas UPM yang nak keluar ke The Mines ni dalam sejam jugak la perjalanan dari kolej 12 ke fakulti bahasa lepas tu tunggu bas nak ke The Mines lagi. last-last bas UPM tak muncul-muncul jugak ktorang decide naik je bas Rapid KL sebab dah lambat sangat dah. kena la cas RM1.

first time jejak kaki ke the mines, mesti la kena ambil gambar dulu sebelum masuk. hehe. ingatkan besar tapi takdelah besar sangat lebih kurang macam dekat Ipoh Parade. tapi dekat level bawah memang banyak sangat kedai makan, pilih je nak makan kat mana sambil melihat keindahan tasik dalam the mines tu. serius best dalam shoping kompleks ada tasik lagi and boleh naik bot. feeling ala-ala dekat Italy gituww.



jalan-jalan punya jalan keliling the mines ni, tibalah destinasi terakhir iaitu tingkat atas sekali. apa yang special sangat dengan tingkat atas sekali ni ? kat sini ada banyak sangat kedai komputer, korang boleh pilih nak masuk kedai mana lepastu kedai handpone pon banyak sangat. asyik kena panggil je amoi amoi mau beli handset ka ? cali apa brand ? hahaha.

tengah bersuka ria gelak ketawa riang gembira dengan kawan-kawan tiba-tiba nampak satu gadis yang cantik ayu persis bidadari lalu kat sebelah aku. hmm siapa eh ? macam pernah nampak je tapi kat mana ??? ohh im lost. baru teringat yang lalu sebelah aku tu blogger famous cik Fatin Liyana Asri woi ataupun nama glamour FL. macam mimpi plak kan dapat jumpa fatin liyana, dah la first time sampai the mines jumpa plak dengan famous blogger. masa lalu kat sebelah tu dia tak pandang aku, tapi lelaki yang jalan dengan dia tu pandang aku maybe masa tu muka aku terkejut sangat kot tengok fatin liyana. rasa nak tampar-tampar je muka betul ke dia???

masa pertama kali jumpa tu takde kesempatan nak panggil and ambil gambar sebabnya aku dahlaa terkejut lepastu segan plak nak tegur dia yang cantik molek tinggi berganda dari aku yang kecik ni. last-last second round pusing tingkat atas ternampak lagi fatin liyana dengan seorang jejaka tengah berhenti kat mesin ATM Maybank. so tanpa ragu-ragu lagi aku pergi depan-depan dia and tanya, 

aku : ini kak fatin liyana asri kan ?
FL : ha ah. hehehe.
aku : arghhh nak ambil gambar boleh tak ?
FL : eh boleh-boleh.
aku : err (neves gila time ni dia pelok aku ) SNAP !
FL : eh nak buat macam mana ni, ke nak rendahkan sikit badan ? hehe
aku : hehe. sori la hp kamera tak cantik.
FL : eh takpela ok la tuu. :) SNAP !
FL : student ke ?
aku : ha ah, student UPM. 
FL : umur berapa ?
aku : 21. hehe
FL : ohh. hehe
aku : minat la dengan akak.
FL : yeke. hehe.
aku: kakak cantik laaa !
FL : eh takdelaa. hehehehe :) ( senyum dengan lebarnya, cantik sangat nampak braces dia )
aku : ok laa. hehe ( salam dia ) bye2.
FL. bye2



seee. ringkas dan padat. memang tak tau nak cakap apa sebab aku nerves gila. selalu tengok dia dalam tv and baca blog dia je kan. sekali jumpa depan-depan gugup terusss. tak dinafikan dia memang cantik dan comel sangat ala-ala artis korean gituww. memang best la dapat jumpa fatin liyana, cantik, comel and lemah lembut je orangnya. tapi menjadi tanda tanya siapa jejaka kat sebelah dia tu ? boyfriend ke kawan ke sepupu ke ? hehe. tapi kalau teman istimewa dia ok la kan, semoga berbahagia dan cepat-cepat kahwin tau.
gambar mula-mula tangkap nampak blur sikit tapi ternampak la jugak gambar jejaka yang jalan dengan fatin liyana asri ni walaupun nampak sebelah je. hehe.


betul ke dalam gambar ni fatin liyana asri punya teman lelaki ( boyfriend ) ? kalau betul dah ada lelaki-lelaki kat luar sana melepas la nak tackle cik FL yang cute lagi manis ni . hehe. jangan jelezzz tau ! 




perjalanan dari KL Sentral ke Ipoh dan Ipoh ke KL sentral

$
0
0



assalamualaikum
sebelum ni nasib la pernah jalan-jalan dengan kawan-kawan kelas poli dulu pergi KL naik ETS. ktorang saja nak jalan-jalan KL, pergi la KLCC and jalan tar naik monorail. kiranya takdelah macam terkejut sangat bila dapat sambung study dekat UPM and kena harung semua ni sorang-sorang. bersempena dengan cuti Malaysia hari Isnin, aku pon dah cadang nak balik rumah hari jumaat sebab takde kelas hari jumaat.

so bergerak la pagi dari kolej 12 ke fakulti bahasa untuk tunggu bus yang akan bawak pergi ke KTM Serdang. sesiapa yang nak balik naik train bolehla ke KTM Serdang tapi kalau sesiapa yang nak naik bas aku tak tau lagi macam mana. hehe. harga tiket dari KTM Serdang ke KL Sentral RM3.70


gambar hiasan

bila dah sampai KL Sentral kena beli tiket untuk ke Ipoh pulak. naik keretapi laju orang cakap ataupun nama glamour ETS. hehe. tiket ada 3 jenis iaitu silver, gold dengan platinum. kiranya silver ni paling murah la diikuti dengan gold and platinum. masa nak balik ipoh tu nasib baik la ada tiket silver kalau tak banyak jugak duit habis ni. harga tiket silver hanya RM25. perjalanan ke ipoh mengambil masa 2 jam lebih. boring memang boring la kalau boleh nak bawak makanan banyak-banyak biar orang sebelah jeles. haha.






gambar hiasan

sempat la berehat dekat rumah walaupun sekejap je cutinya. lepas ni memang susah nak balik rumah sebab koko dah start sabtu minggu depan. so memang akan menetap kat UPM ni sampai la cuti raya haji. huhu. untuk tiket balik ke KL Sentral memang dah fully booked sebab aku tau ramai yang nak balik hari isnin sebab cuti sampai isnin je kan. tiket silver memang dan habis  yang tinggal hanya tiket platinum je. aku kena la ambil tiket yang awal sebab perjalanan aku jauh kan nak ke kl sentral, ktm serdang, upm. nampak memang tak jauh tapi aku balik sorang-sorang plak tu so kena la berhati-hati. bagi harga tiket platinum untuk ke KL Sentral RM45. memang la mahal kan tapi nak buat macam mana kalau tak, tak balik la aku. hehe. rupanya tiket platinum ni ada sediakan makanan untuk penumpang. dah la aku tak breakfast pagi tadi, dapat pulak nasi lemak free memang sedap la kan. hari tu aku pergi dengan member naik platinum jugak tapi kenapa tak dapat pon makanan free ? pelik-pelik



lenguh letih penat semua ada dah tak senang duduk dalam train. kalau rasa nak buang air tu better pergi tandas cepat sebab ktm ni ontime sampai. janganlah gedik nak pergi toilet masa dekat-dekat nak sampai. tadi masuk toilet macam nak terbang rasanya sebab tingkap terbukak, lepas tutup tu ok la takdelah angin kuat sangat masuk. haha


tiba je kat kl sentral dah kena beli tiket ke ktm serdang plak. Beli tiket di kaunter ni tau



harga tiket ke Serdang RM1.70. huhh ? lagi la pelik hari tu serdang ke kl sentral RM3.70 ? yang ni plak kl sentral ke serdang jadi RM1.70 ? ada pulak kejap murah kejap mahal. hahaha. lantak la asalkan aku boleh balik dengan selamat. hehe. tadi aku lengah-lengah je turun bawah, rupanya train dah sampai. yela dah la beg berat tak larat aku nak cepat-cepat aihh,. dengan kekuasaan badan aku yang kecik ni hanya boleh bergerak 1.5 cm je sejam. nasib baik sempat masuk dalam, baru je letak menapak kaki dekat dalam tu dah pintu dah nak tutup.hahaha.





sampai ktm serdang kena merentasi jambatan yang panjang sangat. aku dah penat dah ni, walaupun beg tu beg tarik tapi still rasa berat jugak. aku gagahkan jugak la kalau tak siapa lagi nak tolong angkut beg aku ni.
tunggu la dalam 20 minit macam tu bas upm pon sampai. maka naiklah dengan selamatnya.

senarai harga tiket KTM : 

                                                        
                                                        PLATINUM                    GOLD                        SILVER
NORMAL                                        RM45.00                       RM35.00                      RM25.00
WARGA EMAS                               RM34.00                       RM27.00                      RM20.00
KANAK-KANAK                           RM27.00                       RM22.00                      RM17.00
OKU                                                 RM31.00                       RM25.00                      RM19.00
PESARA KERAJAAN                     RM34.00                        RM27.00                     RM20.00

*  bagi pelajar jangan lupa tunjuk kad matrik tau, mana tau dapat diskaun ke (^__^)





Cek Nuffnang sampai !

$
0
0



assalamualaikum
sihat ke semua? dah makan ? kalau sihat and dah makan jangan lupa ucap Alhamdulillah ye. hehe. kalau kita dikurniakan rezeki lebih pon jangan lupa ucap Alhamdulillah ye. al kisahnya nak cerita ni, cek kedua nuffnang aku dah sampai 27/8/2012 hari tu dengan selamatnya. Alhamdulillah, dalam 3 tahun aku berblog ni baru je dapat merasa duit nuffnang sebanyak 2 kali. itupon jumlahnya tak banyak la kalau nak dibandingkan dengan blogger famous yang lain kan.

cek nuffnang bulan 8

kali ni cek sampai cepat je sebab aku cash out duit tu 27/7/2012 and aku terima cek tu dalam masa sebulan je 27/8/2012. dalam masa sebulan dorang proses duit tu, tapi kalau macam masa first time cash out tu aku rasa lama jugak dalam 2 bulan baru cek sampai. maybe masa tu aku tak tau lagi nak pilih tarikh yang sesuai untuk cash out ataupun dulu aku ni baru first time nak cash out itu yang lambat sampai tu.

cek nuffnang bulan 12 lepas

blogger lain banyak yang bagitau suruh cash out cek nuffnang tu hujung-hujung bulan contohnya macam 27, 28, 29, 30 haribulan tapi aku pilih 27 haribulan sebab masa tu 27 hari jumaat, so cepat sikit prosesnya berbanding hari cuti kan. tapi memang aku bersyukur sangat sebab menambah pendapatan dengan dunia blog ni disamping dapat simpan duit sikit dalam bank.

gambar kat atas ni merupakan payment history akaun nuffnang aku.


bagi yang baru nak melangkah ke dunia blog mesti banyak benda nak tau kan. aku syorkan korang letak la iklan nuffnang kat blog korang and pandai-pandai buat entry yang menarik minat orang untuk membaca ataupun menulis entry dengan keyword yang bagus. siapa tau blog korang akan jadi lebih menarik dari blog aku ke ? hehe

Coconut shake with chocolate rice

$
0
0


assalamualaikum

siapa pernah rasa air coconut shake ? tak pernah minum ? samalah kita. hehe. ramai jugak dengar orang cakap air coconut shake ni sedap so aku pon try la beli dekat kafe serumpun ni. ada 3 pilihan kat masa nak beli :
  1. coconut shake without chocolate rice - RM2.00
  2. coconut shake with chocolate rice - RM2.50
  3. coconut shake with ice cream - RM3.00
agak-agak aku pilih yang mana satu ? mesti la aku pilih yang nombor dua. aku ambil yang sederhana, orang cakap yang sederhana kan lebih afdal. wakakaka. memandangkan air milo kat kafe serumpun ni asyik takde je, memang nak kena komplen la macam ni. aku pon beralih arah ke coconut shake. lepas beli je terus minum sementara nak sampai ke bilik. seriusss sedap ! korang patut try tau kat mana-mana yang ada jual coconut shake ni. ok itu je nak bagitau.hehe. bye ^___^



jangan lupa beli !

flat ikan UPM

$
0
0




assalamualaikum

mesti korang kenapa la tiba-tiba aku buat tajuk flat ikan UPM ni ? mesti fikir aku duduk dekat flat lepastu bela ikan dalam bilik. haha. bukanlaa. kalau korang budak UPM mesti tau la apa itu flat ikan. bagi yang tak tahu flat ikan ni merupakan kawasan flat untuk penduduk serdang ni and dekat bawah flat ni ada macam-macam kedai. kedai-kedai ni la yang jadi tarikan untuk student UPM beli buku, nak fotostat, print and banyak lagi la. kat sini jugak ada kedai makan, kedai dobi layan diri pon ada. kalau nak tau, flat ikan ni berdekatan dengan Fakulti Alam sekitar, so kalau naik bas tu kena berhenti dekat fakulti alam sekitar and tinggal jalan sikit ke pintu kecil nak ke flat ikan. 

flat ikan UPM


















flat ikan UPM
semalam sempat la aku pergi flat ikan ni 2 kali tau. hehe tamak punya pasal. eh takdela sebenarnya balik kelas tu dah pergi sebab nak beli buku, ok tujuan utama beli buku je tapi jalan-jalan tengok kedai lain dah beli barang lain plak. kalau korang nak tau jugak, kat flat ikan ni la banyak kedai yang jual buku fotostat untuk student2 dekat sini. yela mana nak mampu beli buku original mahal kot. aku dah cari semalam yang original pon lebih kurang RM80 ke atas. bayangkanlah.



tapi ada satu kedai ni boleh pilih je buku mana kita nak. cuma tinggal tanya dia kos kita ambil, and dia akan tunjukkan catalog senarai buku-buku yang ada untuk fotostat. so aku pon yang tengah takde budget sangat beli 1 je buku dulu iaitu buku Introduction of Java Programming RM46. buku tu kena tulis resit dulu and bayar deposit RM20, buku siap esok so kena datang lagi flat ikan.hahaha. satu lagi buku fotostat Discrete Structures dah ada sumbangan ikhlas dari senior software engineering. hehe. lagi aku beli buku Kenegeraan Malaysia RM4.00 and Tamadun Islam Tamadun Asia ( TITAS ) RM4.50. Siapa yang nak beli buku-buku ni nanti bagitau la ye. 




petang tu pergi lagi sekali sebab nak beli kertas putih and kertas pembalut hadiah untuk menghias bilik yang buruk ni. banyak jugak la duit habis tapi redha jela nak buat macam mana.


sebelum ( bilik kolej 12 )

selepas ( bilik kolej 12 )
selepas ( bilik kolej 12 )
ok tak gambar sebelum dengan selepas ? haha. cakap jela ok penat aku tampat semua ni, makan masa 3 jam semalam. hahaha. ok la no more dinding buruk. hehe. boleh tengok dinding dengan aman. bye !


Perbezaan antara lelaki dan perempuan

$
0
0


Assalamualaikum

Terlalu lama rasanya tak bercerita dekat blog ni. memang tiap-tiap hari tu ada je benda nak dimuatkan dekat sini tapi disebabkan kekangan waktu aku pon tak sempat la nak mengarang ayat, just simpan semua cerita dalam hati je. hehe. sedih kan

baru-baru ni aku baru dapat assignment untuk subject kelas bahasa inggeris, lecturer aku suruh buat 3 essay tapi antara tajuk-tajuk yang ktorang dapat, satu tajuk essay ni paling best iaitu " Men are from Mars and Women are from Venus ", mesti korang macam pernah dengar kan ayat tu? tak pon tak pernah dengar langsung ? hahaha. ok takpe, aku pon sebenarnya belum ada peluang lagi nak baca buku ni tapi dah download yang version pdf punya. dengar lecturer aku membebel pasal perbezaan antara lelaki dengan perempuan ni memang best laa sampai aku tergelak-gelak kat belakang sorang-sorang. haha.

untuk pengetahuan lelaki dekat luar sana, memang jelas dan nyata lagi bersuluh yang kita punya perangai memang berbeza. lelaki berfikir lebih kepada apa yang dia nampak dan perempuan berfikir secara mendalam dan penuh dengan emosi. haishh sebenarnya susah nak explain, tapi try jugak nak explain ni sebab selalunya lelaki jarang nak faham perasaan orang perempuan kan ( tapi nanti ada pulak lelaki datang komen cakap perempuan pon tak pernah nak faham perasaan lelaki..LOL ! )

contoh yang paling terdekat dengan kita ialah kita boleh tengok dekat facebook. sebenarnya aku dah buat kajian ( ceh kajian la sangat ) sikit pasal status lelaki dengan status perempuan ni. kebanyakkannya lelaki akan update hari ni dorang nak main game ni, layan movie ni la ataupun kalau dorang nak cerita sesuatu mesti tulis straight forward je kan and bila marah dorang jarang akan update dekat facebook memang terus set time bila nak gaduh belakang lorong je. lain pulak dengan perempuan, kalau kita tak puas hati dengan seseorang kita akan merapu-rapu la buat ayat itu ini bagi semua orang simpati, nak cakap depan-depan takut tapi bila jumpa rasa bengkek je hati dengan minah ni. hahaha ! ( true story )








perempuan memang suka merepek-merepek kalau bercerita padahal ceritanya pendek je, kita yang buat jadi panjang. lelaki senang apa-apa pon dengan member straight forward je. hahaha. kalau kita nak mengadu masalah kita dekat lelaki pon, mesti dia akan cakap ala rilek la, takde pelah..itu je yang ko boleh cakap ? ni yang aku geram ni, kita ni cerita panjang lebar pasal itu ini. hahh tiba-tiba aku yang emosi ni apsal. hahaha. memang lelaki semulajadi macam tu kan ?


pernah terfikir tak kenapa orang perempuan selalu sangat komplen yang dia tak cantik, buruk laa dekat pakwe / bf / suami ? memang aku sebagai perempuan selalu ada rasa macam tu,suka mempersoalkan pasal diri kita tapi sebenarnya orang perempuan perlukan perhatian dan kasih sayang daripada seorang lelaki. kalau boleh dorang hari-hari nak lelaki puji dorang cantik and dorang takkan bosan nak dengar semua tu. tapi lain pulak bagi lelaki, dorang dah memang tengok kita cantik and sekali je pon dalam setahun cakap cantik sebab dorang dah anggap kita ni memang cantik ! macam tu jugak la dengan ungkapan i love you, kalau boleh hari-hari nak dengar dari mulut orang lelaki tapi masalahnya lelaki ni berat hati atau rasa ego nak cakap jadinya perempuan pon akan rasa kecil hati dengan pasangan dia dan dorang akan anggap pasangan dia tak sayang dia, ada orang lain and macam-macam lagi la. sampai sudah la fikir semua tu lepas tu nangissss....haha..padahal takde mende pon




ini satu yang aku paling nak tekankan dekat sini. lelaki tolong jangan pandang perempuan sampai nak terkeluar bijik mata ok ! sebabnya aku sebagai perempuan ni kalau lelaki pandang macam tu, for sure la dah naik segan sampai tak tau apa yang tak kena dengan diri aku ni. yela yang kita ni dok la betul-betul tudung kot-kot senget ke, nampak rambut ke, baju senget sebelah ke. haishhh sampai aku sendiri pon tak tahu apa yang tersurat dan tersirat disebalik pandangan tu. tapi bagi orang perempuan, mereka akan pandang orang lelaki tu contonya kalau dia hensem pandang la 2 or 3 kali tapi secara senyap-senyap, tak pon intai-intai dari jauh tapi bila lelaki tu pandang buat-buat pandang tempat lain. haha, cool kan orang perempuan ? kikiki




yang ni pulak kalau dalam telefon or jumpa. lelaki kalau boleh nak jadi sekasar yang mungkin la, contohnya ayat ni " wei hidup lagi kau, aku ingat dah lama mati senyap je takde kabo berita " ---> " wei siot r ko ! ko pon asal dah hitam beno, mandi arang ke ? ahahha... pastu same-sama lepak-lepak kat mamak, minum-minum, tengok bola. kalau perempuan pulak lain ceritanya. " eh, ira kan ? lamanya tak jumpe ko yang, makin cantik dah sekarang ? ko warpe sekarang ? ---> " eh takdelah, biasa jela. aku kerja dah sekarang " ---> ye aku tengok ko dah lain sekarang " ---> "ko lagi cantik kot dari aku...hehehe"---> " aku pon bese jela..pandai-pandai je ko " ---> jawapan sampai esok pagi pon tak sudah la macam ni. hahahaha ! lepas tu cakap la apa-apa kita calling2 or mesej2 ye yang...padahal lepas tu senyap lost contact terus. hahaha...





belum masuk cerita kalau bab bergambar plak ! jom kita layan gambar ni




agak-agak korang kenapa macam tu ? sebabnya lelaki lebih mementingkan nilai persahabatan dalam bergambar, kalau perempuan lebih menekan nilai glamour, elegen, dan nak tunjuk kat semua orang dorang lagi cantik dari yang lain-lain. haha.tambah-tambah kalau yang fashionista tu lagi la nak bergaya bagai, memang taknak kalah dari kawan-kawan yang lain. LOL ! cantik la sangat kan


dan yang terakhir sekali aku nak sentuh ialah pasal perhubungan. siapa yang tak sedih kan bila kena tinggal and ditinggalkan. aku sendiri pon pernah alami semua ni banyak kali dah dalam hidup aku, memang sebagai orang perempuan akan rasa down gila lah, sampai tak boleh nak focus study, makan banyak, tulis status merepek dekat facebook bagi semua orang baca and tahu masalah kita. lepastu akan nangis, nangis dan nangis sampai bengkak-bengkak mata, tapi aku tak tahu macam mana lelaki boleh survive lepas dorang putus, yang dorang tau lupa semua masalah dengan awek, lepak dengan kawan-kawan, tengok bola, main game, tidur ! ahahh sungguh berbeza kan.






betul la kata pepatah inggeris ada cakap, 

Men are like Bluetooth : he is connected to you when you are nearby, but searches for another devices when you are away

Women are like Wi-Fi : she sees all available devices but connects to the strongest one






Braces #1 : Tampal gigi dan cabut gigi

$
0
0


Assalamualaikum

bermulalah permulaan hidup aku mulai 13/11/2012. apa yang baru ? apa yang baru bermula ? hehe sebenarnya aku dah lama nak pasang braces ni and bila umur aku dah 21 tahun baru ada kesempatan nak pasang. selalunya orang cakap kalau nak buat braces kena masa zaman kanak-kanak atau remaja kan, aku ni dah dikategori dalam kumpulan dewasa. so takpelah pakai jela bila berpeluang. gigi aku ni kategori gigi berlapis so kalau nak senyum or cakap pon macam segan kan, alaa aku rasa orang yang senasib dengan aku akan rasa benda yang sama.




mula-mula aku dah survey banyak klinik gigi dekat ipoh ni, antaranya Klinik Pergigian Azira dekat Medan Gopeng ( bersebelahan dengan Megoplex ) kos basic dalam RM5000 and belum termasuk kos yang lain, Klinik Pergigian Ong ( belakang taman kanak-kanak ( TKK) )kos basic RM4000 ke atas dan Klinik Pergigian Fair Park ( bersebelahan dengan hotel Fair Park ) kos basic RM3500 and belum termasuk kos yang lain. so antara ketiga-tiga klinik ni aku pilih Klinik Pergigian Fair Park sebabnya dekat situ harga agak murah la dari klinik gigi yang lain.

hari Isnin tu aku survey harga dulu dekat klinik Fair Park tu lepas tu selasa tu baru aku pergi check keadaan gigi aku and consult semua include kos sekali. so semua dalam RM4500 ++ and tak tahu la kot-kot nanti kalau ada kos tambahan ke kalau gigi aku ada masalah ke kan. doktor cakap aku kena tampal gigi sebab gigi aku ada yang berlubang and kena cabut 4 gigi. what 4 batang gigi ? lepas dengar tu aku dah rasa seram sejuk gila dah macam dah tak jadi nak buat braces. aku tanye doktor bila boleh start buat ni, doktor cakap sekarang pon boleh. haha. lepas aku bincang dengan kakak aku, so aku pon setuju nak tampal and cabut gigi kejap tu jugak. rasa takut jangan cakaplah bila dah masuk bilik tu, rasa nak lari pon ada, tapi doktor suruh aku rilek jangan keraskan badan. aku pon ikut nasihat doktor.


lebih kurang macam ni la alat-alat dia..seram kan


Alhamdulillah masa nak tampal tu tak rasa sakit pon tapi bila time cabut gigi tu aku takut. yela banyak orang cakap cabut gigi sakit kan ? tapi aku bersyukur sangat sebab aku tak rasa sakit langsung bila cabut gigi. doktor tu dah sembur ubat bius, cucuk ubat bius sampai 8 ke 9 kali dalam mulut aku tapi alhamdulillah tak rasa sakit pon sebab kita dah rasa kebas kan. rasa kebas tu akan tahan sampai 2 jam. lepas dah habis semua aku dapat ubat antibiotik and pain killer. ubat pain killer kena makan kalau rasa terlampau sakit je, tapi Alhamdulillah lepas dah balik rumah aku tak rasa sakit pon and aku tak sentuh pon ubat pain killer. itulah aku rasa semua bergantung pada diri seseorang, ada yang rasa sakit, ada yang tak. tapi bila balik tu aku tidur kejap sebab letih, bangun tidur aku tukar kapas gigi yang still tak henti keluar darah tu and memang banyak la keluar darah sampai kepala aku dah pening dah. nak berjalan pon rasa terhuyung-hayang maybe sebab kesan dari darah yang banyak keluar tu. lepas aku dah rilek, baring-baring kejap baru rasa tak pening dah. nasib esok pagi darah dah stop keluar.

doktor tu memang baik. namanya doktor Fadzli, dia cakap kalau gigi aku dah baik esok pon boleh datang pasang braces. hehe. tapi memandangkan banyak jugak darah keluar time tu and kena tukar kapas dua kali aku pilih la 4 hari lagi iaitu hari jumaat nak pasang. tapi pagi esoknya gigi aku dah ok so aku mesej doktor tu cakap nak pasang hari khamis, doktor pon balas boleh, datang pukul 12.


(atas) senyum yang tak berapa nak manis
( bawah ) kedudukan 4 batang gigi yang dicabut



nasihat aku untuk yang berminat pakai braces, sebelum nak cabut gigi eloklah korang makan  kenyang-kenyang dulu sebelum pergi cabut gigi, jangan jadi macam aku tau pagi tu aku makan sikit je and tengahari tu aku dah lapar gila tapi gigi dah cabut. nak makan pon susah so kenalah   makan benda-benda lembut jela macam bubur, lepas tu aku makan biskut kering celup dengan milo panas. serius aku tak selesa bila takde gigi, rasa macam apa ntah tak tau nak cakap.

bersyukur la pada sesiapa yang memang dah ada susunan gigi yang cantik and jagalah gigi korang elok-elok ye. gigi macam aku ni berlapis, bila nak makan banyak je benda-benda nak tersekat. lagi satu aku ni kurang confident kalau nak cakap depan orang ramai, aku mesti rasa yang aku ni tak cantik la apa la, segan gila. aku faham siapa-siapa yang senasib dengan aku. so hari khamis nanti aku dah boleh pasang braces. rasa tak sabar pulak nak pasang. hehe. ok tunggu la next entry nanti bila braces aku dah dipasang.




nasib la dan bantai makan ayam banyak-banyak dekat kenny rogers jusco ipoh..wee :D

Braces #2 : Pasang braces a.k.a gigi besi

$
0
0


Assalamualaikum

seperti yang dijanjikan aku nak update lepas aku pasang braces dekat entry sebelum ni sila baca dekat sini. so sekarang besi-besi braces tu semua dah ada dalam mulut aku. hehehe. rasa tak biasa lagi, mulut rasa muncung je bila nak tutup.

semalam 15/11/2012 bersamaan hari khamis dan juga Awal Muharram 1434H untuk semua umat Islam, aku pergi klinik gigi untuk buat pemasangan braces. Memang excited sangat la bila nak pergi pasang tu, sampai-sampai je klinik aku dah sedia dah, takde rasa takut or nervous  pon tapi terpaksa tunggu giliran la sebab ramai orang time tu.

bila nama aku kena panggil, doktor pon tanya gigi adik dah ok ke ? aku cakap ok je ! so dia pon check and bila semua ok dia pon start prosedur nak pasang braces. mula-mula dia bersihkan mulut aku, lepas tu baru start nak lekatkan gam untuk tampal besi-besi kecik tu semua. tapi sebelum tu aku dipakaikan dengan plastik yang untuk regangkan mulut bagi terbukak luas. lepas tu baru doktor lekatkan gam untuk tampal besi and then pembantu doktor tu akan shoot kan besi-besi tu dengan laser warna biru.






lepas dah lekatkan besi, baru la dawai panjang tu dimasukkan dalam mulut aku atas dengan bawah. lepas siap pasang dawai, doktor suruh pilih color apa nak pakai ? memandangkan aku memang teringin sangat nak pakai warna turqouise and memang tak banyak sangat choice color kat situ, so aku pilih warna turqouise or baby blue ke ntah la. hehe. doktor kata tiap-tiap bulan boleh tukar warna. masa nak masukkan getah warna biru tu dekat dalam besi, ada rasa ngilu sikit la. doktor suruh aku jaga-jaga dengan ulser sebab gigi taring belah atas tu akan sebabkan ulser teruk nanti. Alhamdulillah masa pasang pon aku tak rasa sakit just ngilu je, masa cabut gigi dulu pon aku tak rasa sakit. ok itu sahaja prosesnya, dah boleh keluar bilik bedah. cehh

tunggu dekat luar and then bayar baki deposit RM200. dia bagi aku ubat ulser, katanya kalau ada ulser boleh sapu dekat dalam mulut pakai berus kecik yang dia bagi. yeayyy akhirnya aku dah pakai braces, tergelak-gelak aku bila pakai braces sebab susah nak tutup mulut. kesian siapa yang silau tengok gigi aku. wakakaka.

al-kisahnya pulak lepas balik dari pasang braces, aku and family pergi la jalan-jalan ke Aeon Station 18. jalan-jalan punya jalan, aku cari jugak kat food court kot-kot kalau ada jual bubur ke sebab aku dah lapar sangat dah ni, tapi takde pulak jual. lepas tu pergi la farmasi dengan keadaan lapar sebab nak pergi beli berus gigi halus and comel untuk pemakai braces, lepas tu jalan-jalan lagi dalam tu nak cari body wash. baru je nak pilih tiba-tiba....ketappp bunyinya. awww apakah ? rupanya besi yang doktor pasang tu dah tercabut dari landasannya. aku dah panik ni tak tahu nak buat apa, terus pergi bayar barang yang aku pilih tadi.


hari first pakai braces 
 (gambar sebelum bracket gigi tercabut )


aku tengok cermin, nasibla gigi tu luar dari landasan dawai yang selari dengan semua gigi, kiranya gigi tu kebelakang sikit dari gigi yang lain. memandangkan dekat kad klinik tu ada ni handphone doktor, aku pon call. sembang la dengan doktor kejap, aku cakap macam mana ni doktor besi dah tercabut nak buat eh ? doktor cakap datang la dekat klinik saya yang dekat Meru ( Klinik Pergigian Dr. Fadzli ) , saya ada pukul 5.00 - 7.00 malam, kalau tak sempat datang dekat klinik saya yang dekat Klebang 7.00 - 10.00 malam ( Klinik Pergigian Fama ). tapi rasanya tak sempat nak pergi klinik dekat Meru, so aku pon pergi la dekat klinik dia dekat Klebang malam tu. ramai jugak orang dekat situ dekat 2 jam aku tunggu turn. masuk-masuk je dalam doktor tu dah kenal aku, kesian kamu ye terseksa ke tercabut besi ni ? haha. takdelah terseksa mana pon. doktor cakap kamu nak cantik mesti kena tahan sikit. dr. just potong dawai dekat besi yang tercabut tu and itu je. itu je ? tuunggu dekat 2 jam, prosesnya tak sampai 10 minit. dr. akan pasang balik besi yang tercabut tu bila aku datang buat check up 3 minggu lagi. so besi yang tercabut tu dibiarkan dulu lapang kat situ sebab gigi aku masih baru so takde apa-apa kesan lagi katanya. pesan dia kena jaga la besi-besi ni semua jangan bagi tercabut, kalau tak aku terpaksa la balik ipoh dari UPM nanti untuk jumpa doktor.




gambar sebelum dan selepas pakai braces 
gambar bawah ( bracket gigi dah tercabut - gigi yg kebelakang sikit tu )


sekarang ni terpaksa la tahan lapar and makan bubur je sementara nak tunggu kedudukan besi ni dah betul-betul stabil and aku dah tak rasa ngilu lagi. bila tidur rasa ngilu la jugak tapi sikit je, tak sakit pon. ubat pain killer pon still ada lagi dalam simpanan.

Bagi yang nak tahu berapa kos buat braces ni ianya bergantung pada tempat and keadaan gigi korang jugak. untuk aku semuanya RM4520 and kena bayar ansur-ansur la paymentnya. klinik yang aku pergi ni ambil RM100  ke RM150 untuk bayar ansur-ansur tiap-tiap kali pergi check up, so semuanya kira macam ni


  1. Tampal dan cabut 4 batang gigi 
  2. Scaling                                 
  3. Pemasangan braces
  4. Retainer     

     JUMLAH : RM4520

so aku dah bayar RM1020 and bakinya lagi RM3500. nanti setiap kali check up aku kena bayar dalam lingkungan RM100 ke RM150 sahaja la ikut mana yang mampu. arghh ngiluuuu. ok la bye. penat dah menaip dengan gigi berbesi ni. haha ( takde kena mengena )


Braces #3 : Makanan untuk orang pakai braces

$
0
0


Assalamualaikum

genap seminggu aku dah berbraces semalam bersamaan hari Khamis 22/11/2012. eh cantik pulak tarikh tu kan. hehe. dan selama seminggu lebih jugak la ( campur dengan hari lepas cabut gigi ) aku tak boleh nak makan nasi. ahh betapa seksanya hidup kalau tak dapat makan macam orang lain kan? bila tengok orang lain beli nasi dengan lauk sedap-sedap hati aku memberontak habis, takpe takpe sekejap je ni..konon-konon nak pujuk diri sendiri la padahal aku lapar ni hanya tuhan je yang tahu. hanya makanan yang lembut-lembut macam bubur or sup sahaja yang aku boleh makan.

ramai orang tanya aku sakit ke pakai braces ni ? kenapa tak boleh nak makan ? orang lain yang pakai braces tu elok je dorang makan. ni haa nak cerita sikit, masa pasang tu rasa apa-pa pon la biasa je. tapi rasa sakit tu akan datang beberapa hari selepas tu disebabkan dawai-dawai dalam gigi tu dah berfungsi mengetatkan gigi kita, sebenarnya tak rasa sakit tapi rasa ngilu je jangan salah faham. tapi bila gigi bawah bergesel dengan gigi atas akan rasa sakit sikit, tu yang menyebabkan aku tak boleh nak makan. sebabnya gigi-gigi aku still lemah and rasa ketat tu yang tak boleh nak gigit makanan tu. 




so antara makanan-makanan yang boleh dimakan untuk orang yang baru pakai braces ni ialah makanan yang bersifat lembut. hehe. contohnya :
  1. bubur nasi knorr / maggie
  2. sup krim ayam campbell's 
  3. sup cendawan campbell's
  4. telur separuh masak
  5. nestum / oat
  6. cerelac ( kalau nak feeling macam baby la...hahaha )
  7. air milo ( sebab minum milo mengenyangkan )


 itulah makanan harian aku selama berada di UPM ni, kalau dekat rumah senang la mak aku tolong masakkan bubur pagi petang siang malam. tapi kalau kat UPM ni mana nak cari orang yang boleh masak bubur selalu ? huhuhu...

Alhamdullilah setelah seminggu ni baru la aku boleh mengigit sikit-sikit, dah macam baby nak belajar berjalan pulak. itulah orang kata seminggu pertama pakai braces memang kita akan rasa sakit and susah bila nak makan, tapi selepas tu dah ok pon. percayalah sekejap je, kena tahan kan kalau nak cantik ? itu apa yang mak and kakak aku cakap. hehe...


gambar setelah 2 hari pakai braces


tapi sepanjang seminggu ni gigi aku masih sama tiada apa perubahan lagi, 2 minggu lagi nak balik Ipoh pergi check up dengan dr. Fadzli..tak sabarnya..dr cakap boleh tukar color getah tapi rasanya macam nak kekal dengan warna biru je. hehe

info mengenai braces :



durian crepe / durian pancakes Mid Valley dan The Mines

$
0
0



assalamualaikum

apa itu durian crepe ? wei nama macam sedap je kan, rase macam rangup-rangup gitu. ada jugak orang panggil durian pancakes. kecoh dekat facebook orang dok cakap pasal durian crepe ni sampaikan aku dah jadi mengidam benda ni wei. kejam kejam. friends dekat facebook dok upload gambar dorang beli la, makan la durian crepe ni tapi masalahnya aku tak tahu dekat mana dorang beli. haha.

nasib baik ada encik google, aku pon apa lagi google la dekat mana ada jual durian crepe yang terdekat dengan aku sekarang ni memandangkan aku belajar dekat UPM. so banyak yang cakap durian crepe banyak jual dekat Mid Valley. ada satu nama kedai ni Sumptuous Dessert yang terletak di LG Floor berdekatan dengan big Apple rasanya. aku pon lepas habis kelas terus tergesa-gesa pergi Mid Valley sebab mengidam punya pasal.


Sumptuous Desserts
 malangnya kedai ni dah habis stok sebab aku tengok yang display dekat situ hanyalah roti-roti dan kek biasa je. huhu. sedih gila. aku pon pergi la kedai kedua yang ada jual durian crepe ni ataupun kat kedai ni dia tulis durian pancakes. kalau nak tahu kat mana kedainya, kedai ni terletak dekat tingkat 1 Mid Valley namanya Kafe Sweet Chat. 


Kafe Sweet Chat Mid Valley / The Mines
kali niy memang hampa habis la aku duduk dekat kedai tu lama tapi orang ambil order tu tak layan sangat sebab dia busy. haishh aku nak tanya dekat dia je ada tak durian pancakes lagi.last-last aku tunggu lama dekat situ aku pon bangun and tanya, durian pancakes ada tak ? dia cakap "itu aa sulah habis stok ooo. semua cawangan punn habis stokk ooo" adoinyeee punnnn haiii. semua tempat takde ni camno nih ? teringin sangat dah ni. aku balik la dengan hampa. otw nak balik UPM tu aku sempat singgah The Mines lagi untuk cari dekat Kafe Sweet Chat The Mines pulak, tanya-tanya dekat kaunter pon takde jugakk. aaahhhh kenapa dunia ni kejam sangat, aku nak rasa je......sekali lagi aku kecewa

last-last dapat tahu yang kakak aku boleh orderkan dengan satu kedai ni kalau aku nak durian crepe. alaaa kenapa tak cakap awal kakakku ? penat adik cari tau. so bila hujung minggu aku balik rumah dekat Ipoh bolehlaaa rasa macam mana durian crepe tu. jengjeng kini tiba la masa yang ditunggu-tunggu, cuba pertama merasa durian crepe warna-warni ni, selalu kita nampak orang buat warna kuning kan. so yang kuning aku dah ambil dulu, 6 biji RM10. 


durian crepe yang padat dengan isi durian

yang belah atas tu krim dalam durian crepe yang bercampur dengan isi durian

kesimpulannya, bagi aku durian crepe ni rasanya biasa sahaja and takdelah sampai tergila-gila nak makan lagi sampai 10 bijik terus. haha. aku rasa sedap lagi kalau makan isi durian yang original yang baru dikupas tu, rasanya lebih kurang je, cuma ada tambah krim dalam tu. so bagi aku durian crepe ni 2/5 je sedapnya. tak tahu la kalau aku sorang je rasa macam ni, yela lain orang lain citarasakan. so oklah bubyee. aku dah rasa, korang bila lagi ?



Restoran Nasi lemak ayam kampung Ipoh, Perak

$
0
0

Assalamualaikum

kalau korang orang ipoh mesti kenal kan Restoran Nasi lemak kampung ?  famous dah tempat makan ni kat Ipoh dah macam sama famous dengan Nasi Vanggey ! hehe. tapi aku je yang baru nak merasa makan kat sini. so haritu ayah aku cakap nak keluar makan, dia pon bawak la kami semua ke restoran nasi lemak ayam kampung ni. aku pernah dengar je tapi tak tahu dekat mana. restoran dekat pekan ipoh tu, kalau korang lalu dekat round about rumah MB ( Menteri Besar Perak ) lepas tu terus je sampai depan sikit dari sekolah cina tu, masuk kiri yang dekat dengan hotel bajet RM25 tu. haa dah dekat la tuu..


Restoran nasi lemak ayam kampung Ipoh
mula-mula tak tahu nak makan apa sebab tak tahu apa menu istimewa dekat sini, so kami pon decide nak makan nasi la kan dengan lauk-lauk semua, dah malam kan so memang lapar nasi jugak la. kita kan orang melayu sejati. haha. ayah aku pon order la menu-menu istimewa kat sini, ketam masak serbuk kari, ikan stim limau, ayam kampung goreng, dan lain-lain yang tak berapa istimewa iaitu kerabu mangga, kerabu udang, tomyam. tiba-tiba tengok dalam menu ada jugak dia sediakan makanan western, uhhh terliur aku tengok dah la lama tak makan chop-chop ni. haha. aku pon decide nak ambil lamb chop ohoiii demand sangat dah tu.

lamb chop

ikan stim limau

ketam masak serbuk kari

kerabu mangga

kerabu udang
 tapi yang paling famous dekat sini mestilah nasi lemak ayam kampung kan, tapi aku tak try lagi. mesti sedap punyalaaa...



walaupun restoran ni banyak gila orang, tapi services bagus and tak ambil masa yang lama tunggu makanan disebabkan banyak pekerja yang pantas buat kerja. haaa semua dah terhidang aku sorang je melantak lamb chop tiba-tiba malam tu hahaha. pelik gila ! tapi tamak punya pasal aku tak dapat habiskan lamb chop tuu. bukan disebabkan lamb chop tu tak sedap tapi aku  baru jumpa doktor gigi siang tu untuk ketatkan gigi aku, so aku rasa sakit balik dekat gigi and susah nak kunyah makanan liat-liat ni. lepastu makan la nasi pulak, ermmm lauk dia memang superb la aku bagi 10 bintang sebab sedapppp sangat rasa nak tambah lagi seperiuk nasi haha!


muka kenyang tapi lamb chop tak habis. hehehe


tak rugi la makan kat sini. aku cadangkan korang kalau nak keluar dengan family ke makan-makan pilih la restoran ni, sedap pon sedap tau. tak rugi bayar mahal pon janji kita kenyang kan. tapi hati-hati bila lalu ataupun nak bayar dekat kaunter tu sebab dorang letak belut dalam akuarium yang tak bertutup dekat depan kaunter. huhuhu. aku masa mula-mula masuk pon terkejut je tengok ada benda bergerak-gerak macam ular dalam akuarium tu. so kalau nak pergi sini boleh tengok alamat dekat bawah.


Nasi Lemak Ayam Kampung Sdn Bhd
No 43/45 Jalan Ali Pitchay
30030 Ipoh Perak
05 254 4318 / 016 545 9000
Waktu Operasi :4.00 Petang Hingga 2.00 Pagi

Perkhidmatan ETS Train yang mengecewakan

$
0
0



Assalamualaikum

kali ni aku nak buat sesi luahan perasaan blog dalam blog, selalu cerita pasal benda-benda yang aku suka je kan, kali ni benda ni memang aku tak suka and baru first time terjadi. al kisahnya aku ni selalu la jugak menggunakan perkhidmatan ETS Train untuk balik ke rumah dekat Ipoh. selalunya aku ulang alik dari KL Sentral ke Ipoh dan Ipoh ke KL Sentral, jadinya aku pon beli la siap-siap tiket pergi balik dekat KL Sentral tu.

memang la ramai gila la time hari Isnin petang tu, aku ingatkan takde orang time camtu nak beli tiket, tapi nak balik punya pasal tunggu jela dekat sejam sebab nombor giliran aku lambat lagi. dipendekkan cerita nombor aku dah dipanggil, so aku dengan leganya pon pergila dekat kaunter tu untuk beli tiket ETS pergi balik Ipoh...lepas tu dan-dan pulak sistem down so kena tunggu lama sikit la dekat depan kaunter tu. kakak kaunter cakap adik duduk dulu nanti dia panggil balik bila dah ok, lama gak aku tunggu dalam 15 minit macam tu baru dia panggil balik.

kakak kaunter tu pon bagi la tiket yang aku pesan tu, tiket ETS pergi Ipoh tiket yang biasa and tiket ETS pergi KL Sentral aku dapat tiket manual macam dalam gambar dekat bawah ni. aku pon pelik la kertas apa pulak dia bagi dekat aku ni and dia cakap ini tiket manual so consider sebagai tiket sebenar jugak. ok fine ! aku baru tahu ada tiket manual.

tiket normal ETS
tiket manual ETS

balik Ipoh hari Jumaat and pergi KL Sentral balik hari Ahad. dengan sedihnya aku meninggalkan rumah dengan meredah hujannya sebab dah terlambat, so kena la kejar train pukul 3 petang. KTM kan ontime everytime so nak tak nak memang kena cepat.

bila masuk je dalam train terus cari tempat duduk aku..tiba-tiba dekat belakang rupa-rupanya  ada orang yang nak duduk sebelah aku jugak, ok takpela silakan duduk. tapi dia cakap " u 7B kan ? duduk sini, saya 7A tepi tingkap..." haaaa apo ni ? aku pon 7A jugak macam mana boleh sama dengan dia lak ? mustahil ! dia pon tunjuk tiket and aku pon dalam masa yang sama tunjuk tiket jugak. memang sama ! sama tempat duduk ! mustahil ! time tu takdelah pekerja ETS tu lalu so biarkan jelah, dia pon duduk sebelah aku sebab memang takde orang.



sesudahnya tren sampai dekat stesen batu gajah, ada sorang aunty cina ni dia lalu dekat sebelah kitaorang and buat muka pelik. dia cakap " eh ? ni saya punya tempat, u silap ni..." alamak macam mana ni aunty tu dah bising-bising sebelah kitaorang. kebetulan pekerja ETS yang cek tiket tu dah nak datang dekat tempat duduk aku and dia tengok aunty yang berdiri tu. dia pon cek tiket aunty tu and cakap betol la sini lepastu dia cek tiket aku dengan amoi sebelah and dia pelik macam mana boleh sama ? dia tanya dekat aku beli dekat mana tiket ni ? aku cakap la beli dekat KL Sentral........hmm last-last aunty tu dah bising-bising dekat situ, kakak tu suruh aku pindah coach B, seat 14C. aku dengan muka segan gila bawak banyak barang dengan bekal makanan lagi pergi la pindah coach B. sampai coach B takde pon tempat duduk 14C tu memang tak wujud kot, kakak tu bagi salah info. last-last aku kena duduk je dekat tempat duduk mana yang kosong. hmm sedih gila..dah la tempat duduk aku takde tempat boleh letak makanan tu so pegang jela sepanjang perjalanan tu.

aku dengan perasaan sakit hati and geram sekali, sampai je KL Sentral terus nak pergi buat komplen dekat kaunter beli tiket. aku ambil nombor and pergi mengadu dekat kaunter tu, aku cerita semua masalah aku dekat dia and aku cakap la macam mana tiket saya boleh sama dengan orang lain plak ? lepas tu dia nak tengok tiket and aku rasa tiket aku dah hilang so dia tak boleh cek ID tiket tu. hampa. aku pon blah la, sekali aku punggah beg jumpa balik tiket manual tu and pergi balik dekat kaunter. orang tu cek aku punya tiket ID and memang sah-sah ada double booking tiket. aku pon tak paham la macam mana la pekerja KTM ni buat kerja, tak alert langsung..make up nak tebal 10 inci je tapi tak reti buat kerja. adoiyaiii... nasib la aku dapat tempat duduk, kalau tak dapat memang aku nak mintak duit aku balik la. nasib baik jugak dorang dah minta maaf and kata benda takkan terjadi lagi di masa akan datang. ok fine ! aku nak tengok sejauh mana kebenaran tu. korang kalau nak beli tiket tu hati-hati la kalau dapat tiket manual ni sebabnya tiket ni dia hanya tulis tangan and korang kena pastikan dia dah betul-betul reserved tempat kita dalam sistem sekali. aku harap lepas ni takdelah kejadian ni berulang lagi.





dari,
penumpang ETS yang kecewa









Promosi Tutti Frutti Frozen Yogurt

$
0
0


Assalamualaikum

hari tu balik Ipoh sempat singgah and lepak-lepak dekat Tutti Frutti Medah Gopeng Ipoh dengan kakakku tersayang, tutti frutti ni yang bersebelahan dengan Burger King. Mula-mula tak plan pon nak pergi situ, tapi sebab nak pergi Klinik anak sedara aku sorang ni sakit plak and kebetulan tunggu ayah aku datang ambil lambat sangat so lepak kejap dekat situ.


lama jugak tak makan Tutti Frutti ni, nasib la ada orang belanja kan hehehe. rupa-rupanya banyak promotion Tutti Frutti ni buat and kita boleh dapat diskaun ooo untunglahhh. hanya mampu ambil half of bekas tu je and of coz aku pilih my favorite chocolate dengan topping cornflakes. hehe


sesiapa yang tak tahu lagi and lama dah tak pergi Tutti Frutti ni sebenarnya banyak promotion dorang,  aku akan senaraikan dekat bawah supaya korang lebih faham and jelas.


Coffee and Tea


sekarang ni Tutti Frutti ada memperkenalkan produk baru iaitu Coffee and Tea so datang sini takdelah kita makan aiskrim je kan, boleh jugak minum air panas and banyak lagi la, boleh lihat menu dekat atas.

Ladies Day
setiap hari selasa Tutti Frutti ada buat promotion khas untuk perempuan sahaja iaitu Ladies Day. sebanyak 15% diskaun akan diberi bagi pembelian RM15 ke atas dari pukul 6 petang. bagi kaum wanita

Student Discount

ini pula khas untuk student yang tengah belajar, korang akan dapat 10% diskaun khas jika korang pamerkan kad matrik atau ID card. Dari Isnin hingga Jumaat sahaja tau !

Birthday Specials

ini pulak promosi sempena hari jadi, korang hanya perlu tunjukkan ic atau passport untuk sahkan tarikh lahir and dapat 20% discount. wuuu bestnyee

Special Privilege for disabled (OKU)
bagi golong kurang upaya (OKU) anda juga layak untuk mendapat diskaun di cawangan Tutti Frutti sebanyak 50% tanpa syarat minimum pembelian. Cara-cara ialah anda perlu pamerkan kad OKU kepada petugas di kaunter dan layak untuk mendapat diskaun.


Senior citizen promotion

bagi warga emas yang berumur di antara 55 dan ke atas dan setiap pembelian RM15 ke atas layak untuk mendapat 50% diskaun. anda hanya perlu tunjukkan IC atau passport.


Naza Staff Purchase

bagi sesiapa yang bekerja di bawah Syarikat Naza, maka korang layak dapat diskaun dengan setiap pembelian Tutti Frutti di semua cawangan


So tunggu apa lagi ? jom la kita serbu Tutti Frutti yang terdekat...hehehe :)


Review Cosmoderm Vitamin E Cream, Safi apricot scrub & Toner dan Aiken tea tree oil

$
0
0



assalamualaikum
alhamdulillah tamat sudah perjuangan untuk semester satu dekat UPM setelah berhempas pulas nak belajar ( padahal tak hempas mana pon..wakakaka ) kini tibalah masanya berehat kat rumah selama 5 minggu and its time to update blog and buat review produk yehaaaa....dalam kesibukan diri aku mengurus masa antara belajar and buat segala mak nenek assignment, aku telah mengundang beberapa ketul jerawat yang sangat-sangat degil woi, memang tak nak kalah melekat 3 biji dekat dahi...and memang aku dah lama ada masalah jerawat dekat dahi tapi yang hari tu memang besar la lepas tu lama pulak tu nak surut.

kalau dah namanya perempuan mesti nak cuba macam-macam produk bagi hilangkan jerawat ye tak ? ye aku pon sama jugak, penat dah meredah guardian, watson dengan farmasi lain semata-mata nak cari ubat jerawat sampai sanggup berhabis duit. time jerawat degil tu datang pulak sebelum study week arghhh memang lagi la aku tension...!  tapi aku rasa la kan ini kemungkinan  berpunca dari aku bertukar pencuci muka Herb Day Cleansing Foam ( Peach ) the Face Shop kot sebab sebelum ni aku dah biasa guna pencuci Clean & Clear dari sekolah lagi.

Herb Day Cleansing Foam ( Peach ) The Face Shop

mula-mula aku pakai la ubat jerawat yang memang selalu aku pakai tu, ubat nixoderm. ubat tu memang berkesan kalau ada jerawat-jerawat kecil dekat muka aku ni, malam sapu lepas tu in shaa Allah pagi esok dah surut ataupun the next day. tapi kali ni jerawat memang degil taknak pecah jugak. aku pon nak cuba la ubat lain, antara ubat jerawat yang aku beli ialah Oxy 10. aku pilih oxy 10 dari oxy 5 sebab nak nampak lebih berkesan kononnya la kan tapi lepas 3 hari takde kesan pon. 


Oxy 10

lepas tu aku cuba pulak beli minyak tea tree dari aiken ni ataupun aiken tea tree oil based on review yang aku baca dalam internet, and yang ni pon macam biasa jugak takde kesan so al-makanya jalan terakhir aku telah memicit semua jerawat yang besar-besar tu sebab dah tak tahan sangat. memang banyak la darah keluar and aku sapu kan je Aiken Tea Tree Oil tu dekat tempat jerawat tadi. alhamdulillah lama kelamaan aku tengok jerawat dah makin surut sebelum aku start exam. kiranya aiken tea tree oil ni berkesan jugak la walaupun lambat sikit, ada jugak yang cakap suruh beli Body Shop tea tree oil tapi mahal sikit la rasanya RM28 so aku beli jela produk aiken ni murah sikit dalam range RM10 rasanya.


Aiken Tea Tree Oil

bila muka dah separuh baik dari jerawat tadi tiba-tiba terasa muka macam tak licin sangat sebab terlampau banyak whitehead and blackhead. so aku rasa macam nak beli something untuk hilangkan whitehead ni yang pasti mestilah nak cari FACE SCRUB ! jenuh jugak la nak cari produk yang betol-betol sesuai dengan kulit muka aku yang sensitif ni and last sekali aku beli skrub muka dari Safi Balqis Perfect 10 Apricot Scrub and then beli sekali Safi Toner Lidah Buaya ( hijau ) sebab lepas skrub mestilah kena tutup pori guna toner kan memandangkan aku tak guna toner selama ni lepas tu pulak beli Cosmoderm Vitamin E Cream with Rosehip Oil sebagai pelembab muka and krim ni jugak baik untuk hilangkan masalah parut jerawat. 

Safi Balqis Perfect 10 Apricot Scrub 

Safi Toner sari mentimum dan pokok lidah buaya
Cosmoderm Vitamin E Cream with Rosehip Oil




masa nak pilih krim cosmoderm ni aku dah pegang dah moisturizer dari Organic Aid tu and lepas tengok cosmoderm tiba-tiba tertarik sebab dijamin halal kan. promoter tu siap rasa kulit aku and dia cakap aku punya normal skin tapi just oily dekat kawasan T which is kawasan dahi ke hidung, itula pasal banyak jerawat dekat situ and dia pon nampak, dia  suggest suruh ambil krim ni and aku terus letak balik krim organic aid tu. hehe kejam tak ? aku pon pelik kenapa la aku tak ambil satu set produk Safi kan sebab dah alang-alang dah beli skrub muka, toner and why not ambil sekali pelembab safi ? hehe takpelah dah terpilih cosmoderm, harap-harap ok la semua produk ni dengan kulit muka aku.

Alhamdulillah dah pakai dalam 2 minggu semuanya ok la and tak tahu lagi perkembangan masa akan datang..hehehe..so far aku memang suka semua produk yang aku baru beli ni sebab boleh bertahan lama dekat muka aku, kalau tak produk yang tak sesuai tu 2 ke 3 hari dah tunjuk kesan buruk. lain orang lain jenis kulit, so kepada korang berhati-hati la memilih produk kecantikan untuk kebaikan diri sendiri. macam nilah kalau nak ikut turutan aku make up hari-hari :

  1. Pencuci muka Clean & Clear
  2. Safi Balqis Perfect 10 Apricot Scrub ( 2 kali seminggu )
  3. Safi Toner sari mentimum dan pokok lidah buaya 
  4. Cosmoderm Vitamin E Cream with Rosehip Oil
  5. Miyami Two-way Foundation from Cosway
  6. ZA Total Hydration Energy Mist

jerawat dah semakin pulih...
# kalau malas sangat aku just pakai Miyami Two-way Foundation from Cosway je...hehehe




lepas habis exam, its time for shopping !

$
0
0


assalamualaikum
alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah aku dah tamat segala penat lelah exam. kini aku bebas dari cengkaman peperiksaan yang membuat otak aku mendidih saban malam hahahaha. kini tibalah masanya manjakan and hadiahkan diri aku dengan shopping !!! hehe perempuan mana la yang tak suka shopping uolss, kalau ada yang tak suka tu mesti sikit je dalam dunia ni.

macam biasalah tempat favorite aku adalah berjaya times square Kuala Lumpur sebab shopping dekat sini memang best sangat and barang pon murah-murah kalau nak dibandingkan dekat Ipoh tau ! kalau korang nak cari baju yang up to date dan juga murah aku sarankan silalah pergi sini ye, pasti duit korang akan habis hahaha. sebenarnya dah lama cari kasut yang ala-ala kpop tu , alaa tak boleh blah betul sebab aku tak tahu nama kasut tu apa, so aku panggil kasut kpop tapi nak bagitau kat sini ku bukanlah peminat fanatik kpop tapi just suka fashion dorang sahaja.

tengok la beberapa hasil yang aku dah membeli belah dekat times square ni, tapi sebenarnya banyak lagi tapi malas nak tunjuk and ambil gambar, silalah layan gambar apa yang ada. gambar kedua shawl je yang baru beli, baju tu dah lama pon and baru nak pakai balik, saja-saja nak tangkap gambar tayang cincin baru punya pasal hehehe.




part yang paling best adalah terjumpa dengan blogger cantik manis nurul ain abdul salam dekat times square. mula-mula aku nak masuk kedai ni, tapi ada seorang perempuan ni dia duduk betul depan pintu masuk kedai dengan usung stroller semua. aku pon cakap la " excuse me, tumpang lalu " pastu aku terpandang muka baby dalam stroller tu macam muka baby irdina, lepas tu mak dia pandang aku and cakap "soriii" aku tergamam sebentar sebab tak sangka jumpa kak ain, tapi aku diamkan keterujaan aku sebab aku segan gila nak tegur dia kat situ, sebab aku sorang-sorang je time tuh hehe padahal dari jauh aku asyik tengok je dia sebab cantik sangat orangnya, untung suami dia kan. part yang paling comel adalah baby irdina tersenyum je dalam stroller tengok mak dia bz shopping hahaha. kenangan yang tak boleh dilupakan lah bila terjumpa blogger yang kita suka ni, hari tu terjumpa fatin liyana lepas tu jumpa nurul ain abdul salam plak. rezeki2 :)


Trend berspek mata besar

$
0
0


assalamualaikum

pernah tengok orang pakai spek tapi takde cermin ? pernah tengok orang pakai spek lagi besar dari muka walaupun spek tu takde power ? hehe janganlah terkejut sebab sekarang ni memang pakai spek mata besar dah jadi trend kan walaupun korang tak ada masalah rabun, aku rasa masa zaman dulu-dulu dah pakai taktik ni and sekarang baru nak naik balik fashion macam tu. aku jugak tak ketinggalan beli spek ni sebab saja suka-suka nak ambil gambar hahaha. tapi yang tak bestnya muka aku ni kecik sangat and bila test pakai spek lepastu tudung nampak kembang je. aku cari jugak spek yang kecik sikit yang sesuai dengan muka aku, tapi takde pulak !

lantak lah ambil jela mana-mana spek sebab just nak tangkap gambar je pon kan..aku minat lagi beli warna coklat dari warna hitam yang banyak orang pakai tu kan. banyak lagi design glasses yang ada, macam glasses bentuk hello kitty, kucing la, harry potter la and macam-macam lagi la. dalam banyak-banyak spek tu aku pilih brown glasses from rayban. memang nampak besar dari muka hahaha.




tiba-tiba jadi model spek mata yang tak berbayar kihkihkih. nampak macam nak pergi office tak aku pakai macam ni ? haha. saja try fashion sekali sekala walaupun style tunggang langgang..weeeeeeee and ada pulak insan comel ni cuba untuk meniru style aku......



pleaseee la muhamad khalif umar jangan buat muka comel sangat boleh tak ???

Combination of purple and turqoise

$
0
0


assalamulaikum
gabungan warna biru turqoise and purple masuk tak ? hehe aku main pakai je baju and tudung mana yang ada sebab masalah terbesar aku adalah bila nak keluar mesti dekat 2 jam pilih baju sahaja k ! belum nak iron lagi, ini memang habit aku sejak dari dulu lagi silalah jangan pelik. kalau ada sama dengan perangai aku sila angkat hidung sekarang hahaha. so inilah hasilnya...



Masalah bibir kering dan cara mengubatinya

$
0
0



assalamualaikum
aku dulu pernah mengalami bibir kering yang terok sangat time sekolah dulu sampaikan aku tak boleh nak bergaya macam kawan-kawan yang lain sebab dorang kalau keluar pakai lipstik or lipbalm bagai, sampai hati aku meronta-ronta nak pakai jugak tapi akhirnya dapat kesan buruk dekat diri aku sendiri.
bibir aku kering sampai mengelupas la lepas tu aku suka kopek sampai la berdarah..errr sakitnya jangan cakap la bila lagi nak makan makanan pedas-pedas kan.

ramai jugak kawan-kawan aku yang suggest untuk ubat masalah bibir kering ni pakai la lips balm sebab melembapkan bibir kan, kononnya la kan...lepas tu aku terpengaruh and pakai sampai la bibir aku jadi semakinn terok. lepas tu memang aku stop la tak pernah pakai apa-apa selama 5 tahun ni dekat bibir aku bila nak keluar rumah. so aku pon macam haihhh orang lain bibir cantik halus mulus je kenapa la bibir aku macam orang sakit ni.

ada la sorang kawan aku ni suggest suruh beli Vaseline Petroleum Jelly and sapu dekat bibir aku yang bermasalah ni. aku beli Vaseline Petroleum Jelly ni dekat guardian, rupa-rupanya murah je RM4.90 saja.
lepas beli tu dalam kereta terus aku pakai sebab teruja sangat, hahaha. lepas tu dah lama-lama baru aku perasan yang bibir aku dah kurang masalah kering tu and kurang kulit mengelupas. Alhamdulillah aku dah jumpa ubat yang betul and sesuai dengan aku, thanks kawan yang suggest !





aku pon nak cadangkan dekat korang silalah guna Vaseline Petroleum Jelly kalau ada masalah bibir kering, in shaa Allah akan baik. banyak lagi kegunaan Vaseline Petroleum Jelly ni antaranya merawat kulit kering di siku, lutut, dan sebagainya and ada juga aku google Vaseline Petroleum Jelly boleh merawat masalah jerawat tapi tak tahu la betol ke tak nanti aku try ye. tambah-tambah bila dah pakai braces ni bibir selalu kering tau tapi aku just sapu je Vaseline Petroleum Jelly ni selesai masalah !

Viewing all 79 articles
Browse latest View live